|
View: 4057|Reply: 5
|
Mierul Aiman Tak Kisah Syarat Pengikut Sejuta, Sokong Idea Produksi Cari Rating Tinggi
[Copy link]
|
|
|
Ketika ramai pelakon senior bersuara mempertikai kewajaran syarat pengikut sejuta sebelum diterima berlakon, juara Hero Remaja 2021 Mierul Aiman tidak melihat ia sebagai satu isu besar.
Ujar Mierul atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman, 23, adalah wajar pihak produksi meletakkan syarat tersebut yang menurutnya boleh memberikan rating yang tinggi kepada karya mereka.
 Foto: IG
"Bagi saya produksi yang mengetengahkan followers sebagai syarat utama tu... mereka tak salah, setiap penerbit ada perspektif untuk karya mereka.
"Setiap penerbit nak followers banyak kerana boleh beri pengaruh dan akan memberi bantuan kepada mereka untuk raih ramai penonton.
"Tapi saya tak ada la rasa tercabar sangat sebab saya percaya pada rezeki masing-masing," katanya kepada mStar.
Mierul yang juga pendatang baharu dalam industri akui berdepan cabaran untuk menaikkan nama tambahan pula dengan pengikut yang tidak seberapa.
Walaupun begitu, Mierul berkata dia menerima beberapa tawaran untuk berlakon namun masih dalam perbincangan dan tidak dapat berkongsi dengan lebih lanjut.
"Apa pun saya akan terus belajar buat ruang dan peluang insyaAllah rezeki akan sampai.
"Sebab rezeki bukan datang lambat atau cepat tapi datang pada masa yang tepat.
"Ada la tawaran sikit-sikit masih tunggu futher offer dan buat masa ni masih sulit tapi banyak flow bergerak,” katanya.
Dia yang baru muncul dalam Telemovie Hierarki teruja apabila lakonan pertamanya mendapat maklum balas positif daripada penonton.
"Satu pengalaman yang best, belajar banyak benda selepas keluar Hero Remaja.
"Saya berlakon memegang watak Megat dalam Hierarki dengan 12 finalis Hero Remaja yang lain.
"Alhamdulillah ada dapat feedback yang positif daripada penonton dan suka dengan lakonan saya," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hamboi, jawline ko dekkkk. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ehhh sorry sape kata rating naik bila followers ramai?
tu kalau followers tak beli macam khairul aming... ni masalahnya majoriti retis top2 dan sendu serta instafamous tu semua beli followers je memanjang... tengok like pun sedih... views stories edit vieweers konon2 30k... 100k... sekali rhopernyaaaa 5k je tengok story dia yihhhh...
mana la tak lingkup industri hiburan macamni 
nak naikkan rating cari pelakon herlokkkk lagi muda dan mencantikkan pemandangan... pakej storyline best walaupun kekayuan jati ukiran jentayu lembah bujang...
ni ujung2 cari yang ramai followers ko pergi bubuh cik ba B memang la drop terus penonton... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha itulah. sharp gila macam kena asah 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dh srupa Squidward yg "handsome" tu hahahaha.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|