View: 1092|Reply: 3
|
Masjid Besar Cordoba Kritikal, Rosak Akibat Peluh Pengunjung
[Copy link]
|
|
Masjid Besar Cordoba dilaporkan berada dalam keadaan ‘kritikal’ berpunca daripada peluh pelancong.
Media melaporkan masjid itu berdepan masalah pemeluwapan akibat jutaan pelancong yang mengunjungi monumen tersebut setiap tahun.
Keadaan kritikal monumen itu didedahkan dalam satu laporan yang dikemukakan kepada kerajaan.
Laporan itu menyatakan bahawa aktiviti pemeluwapan telah merosakkan beberapa bahagian utama masjid tersebut.
Foto: Arab News
Pemeluwapan juga telah menyebabkan kerosakan pada mihrab ikonik masjid itu yang menghadap ke arah Makkah.
Masjid Besar Cordoba yang menerima lebih dua juta pengunjung tahunan, dibina antara abad kelapan dan ke-10.
“Masalah itu berlaku disebabkan oleh konfigurasi seni bina khas ruang dan pengudaraan yang tidak mencukupi.
“Haba dalam badan yang dikeluarkan pelancong menyebabkan kerosakan. Penyejatan itu menyebabkan beberapa bahagian terjejas sekali gus menyumbang kepada kerosakan tersebut,” jelas laporan itu.
Monumen itu sudah pun berdepan cabaran disebabkan status Cordoba sebagai bandar paling panas di Semenanjung Iberia dengan mencecah suhu hampir 47 darjah Celsius. -CARI
Sumber: mStar/ Arab News |
|
|
|
|
|
|
|
benang ni iols dapat hidu kekepamannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah panas ke cuaca situ skang ni
Taun 90an dulu je acik penah masuk sejid ni
Sejup jugak la mcm blue mosque negara isketambola sinun
Tepi2 sejid ni ada pokok oren
Tu la pestaim acik tgk pokok oren irl, peghak sungguh, ada je gambo weols adik beradik beratoq sederet bawah pokok oren tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|