CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 715|Reply: 3

[Borneo] MH370: Apakah akhirnya akan dapat ditemukan jua?

[Copy link]
Post time 6-12-2021 08:08 AM | Show all posts |Read mode
Kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, merupakan salah satu misteri penerbangan terbesar di dunia.

BBC melaporkan, bagaimanapun seorang jurutera aeronautik Britain, yang telah menghabiskan lebih setahun ‘menyiasat’ bencana itu berpendapat, beliau telah ‘mengira’ kedudukan MH370 dilaporkan ‘terhempas’.

Richard Godfrey percaya pesawat Boeing 777 itu terhempas ke Lautan Hindi, 2,000 kilometer barat Perth, bahagian Australia Barat.

Pesawat itu hilang daripada radar semasa penerbangan pada Mac 2014.

Godfrey memberitahu BBC, beliau berharap akan dapat memberikan ‘kesimpulan’ dan jawapan mengenai apa yang berlaku terhadap MH370 dan bagaimana peristiwa sama dapat dihalang pada masa depan.

Beliau menggabungkan set data berbeza yang sebelum ini disimpan dalam domain berasingan, untuk menjajarkan ke lokasi baharu itu di Lautan Hindi Selatan.

“Tiada siapa yang mempunyai idea sebelum ini untuk menggabungkan data satelit Inmarsat, dengan data prestasi Boeing, dengan data hanyut serpihan terapung serta data WSPR,” katanya.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2021 08:10 AM | Show all posts
Malaysia Airlines (MAS) Flight MH370 which went missing seven years ago is trending on social media after a British aeronautical engineer claimed that the spot where the plane crashed has been found.

According to the BBC, Richard Godfrey believed he had managed to find the plane's final location.

He claimed that the plane crashed into the Indian Ocean 2,000km west of Perth, Australia.

The report stated that Godfrey had combined different data sets from separate domains.

"No one had the idea before to combine Inmarsat satellite data, with Boeing performance data, with oceanographic floating debris drift data, with WSPR net data," he told the BBC.

Godfrey claimed that the wreckage could be behind a cliff or in a canyon on the ocean floor.

"You need maybe three or four passes before you start to pick things up. The wreckage could lie as far as 4,000 metres deep," he had said.

The BBC noted that Godfrey was a founding member of the MH370 Independent Group.

In a separate interview with Australian breakfast show programme Sunrise, Godfrey also said that he was "very confident" he had found the plane.

He also alleged that the crashed plane was an "act of terrorism and hijacking" but was open to other theories if the authorities shared more information.

In 2014, MH370 was on its way from Kuala Lumpur to Beijing with 239 people on board when it disappeared from radar.

The search for the missing plane has so far been futile.

An earlier search led by Australia in the Indian Ocean failed to locate the missing plane, causing it to be called off in January 2017.

US exploration firm Ocean Infinity also resumed the search in 2018 on a "no find, no fee" basis but was also unsuccessful.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2021 08:38 AM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2021 12:13 AM | Show all posts



Seorang jurutera aeroangkasa Britain mendakwa memperoleh koordinat tepat di mana pesawat MH370 Malaysia Airlines terhempas dan jatuh ke dasar selatan Lautan Hindi, menyuntik harapan baharu salah satu misteri besar penerbangan diselesaikan.

Menurut teknologi pengesanan penerbangan revolusioner yang digunakan oleh Richard Godfrey, MH370 terjunam di lautan 1933km barat Perth, pada 33.177°S 95.300°E, dengan pesawat itu jatuh pada kedalaman 4000 meter ke lantai laut.

“Lokasi nahas utama adalah di kaki Broken Ridge di kawasan dengan bentuk muka bumi yang sukar di bawah air,” dakwa laporan Godfrey, yang dikeluarkan pada hari Rabu, menurut 9NEWS.

MH370 hilang pada Mac 2014, dengan Kapten Penerbangan Malaysia Zaharie Ahmad Shah maut bersama 238 penumpang dan anak kapal, termasuk enam warga Australia.

Penyelidikan Godfrey, yang didakwanya akan membawa kepada penemuan MH370 tahun depan, adalah berdasarkan perisian Pengesanan dan Penjejakan Global Pesawat Di Mana-mana (GDTAAA) dan data Pelapor Penyebaran Isyarat Lemah (WSPR).

WSPR boleh digambarkan dengan terbaik sebagai pancaran laser yang merentasi dunia, dengan sebarang gangguan yang dilog masuk ke dalam pangkalan data.

Menurut penyelidikan Godfrey, GDTAAA digabungkan dengan data WSPR menyediakan beratus-ratus isyarat radio yang boleh dijejaki setiap dua minit semasa penerbangan Boeing 777-200 tersebut yang membolehkannya menembusi zon carian kritikal.

Pesawat Boeing 777-200 itu hilang tanpa kesan semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, dengan 239 orang di dalamnya.

Dia menerangkan teknologi itu sebagai “sekumpulan tripwire yang berfungsi dalam setiap arah di ufuk ke seberang dunia”. Apabila pesawat terbang melalui “tripwires” isyarat akan terganggu, menurut 7NEWS.com.au.

Godfrey berkata, beliau menggabungkan kaedah baharu itu dengan data daripada sistem komunikasi satelit di atas MH370 untuk menjejaki penerbangan terakhir pesawat yang hilang itu.

“Bersama-sama kedua-dua sistem boleh digunakan untuk mengesan, mengenal pasti dan menyetempatkan MH370 semasa laluan penerbangannya ke Selatan Lautan Hindi,” katanya.

Dalam laporan itu, lokasi nahas malah ditandakan dengan titik merah pada imbasan di dasar Lautan Hindi. “Data ini menyokong kes yang menggembirakan untuk carian yang diperbaharui di lokasi nahas utama,” kata laporan itu.

“Terdapat beberapa pihak sanggup menggunakan AUV (kenderaan bawah air automatik) untuk mencari lokasi yang saya kenal pasti,” tulis Godfrey dalam komen di laman webnya, berikutan laporannya dikeluarkan.

Beliau juga meramalkan MH370 akan ditemui pada separuh kedua 2022 jika pencarian teliti zon 40 batu nautika dijalankan. Bangkai MH370 berada 1933 km barat Perth, pada kedalaman sekitar 4,000m menurut laporan itu, lapor 9NEWS



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.435511 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list