CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2314|Reply: 26

[Dunia] Penduduk Manchester kecam guru arah pelajar solat di luar bangunan sekolah ketika musim sejuk

  [Copy link]
Post time 5-12-2021 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk Manchester kecam guru arah pelajar solat di luar bangunan sekolah

https://www.utusan.com.my/luar-n ... r-bangunan-sekolah/

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
5 Disember 2021, 7:02 am


TANGKAP layar rakaman video pelajar terpaksa solat di luar bangunan sekolah di Manchester selepas tidak dibenarkan berbuat demikian di dalam bangunan sekolah. - AGENSI

LONDON: Sebuah sekolah di United Kingdom berdepan kritikan selepas tular rakaman video menunjukkan sekumpulan pelajar Islam dipaksa solat di luar kawasan sekolah ketika musim sejuk.

Arab News melaporkan, Oldham Academy North, dekat Manchester, dikecam oleh masyarakat setempat ekoran tular rakaman video itu, lapor MailOnline.

Didakwa seorang guru meminta pelajar terbabit meninggalkan bangunan sekolah untuk menunaikan solat.

Dalam video itu, lapan pelajar lelaki kelihatan sedang solat di tepi jalan raya di luar bangunan sekolah.

Seorang pelajar terlibat berkata: “Kami sedang solat di dalam (sekolah) dan seorang guru masuk memberitahu kami tidak dibenarkan solat. Dia menghempas pintu dan kelihatan marah. Kami sudah lama mempunyai surau dan guru-guru membenarkan kami pergi ke surau itu untuk solat”.

Pihak sekolah mendakwa telah melancarkan siasatan berhubung insiden itu.

Sementara itu, Ketua Majlis Tempatan, Arooj Shah berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai isu itu dan bertindak pantas mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah.

“Setelah bercakap dengan pemimpin sekolah, mereka memohon maaf,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2021 12:04 PM | Show all posts
tak habis2 lagi ke isu Islamophobia kat negara dunia pertama? choi sangat
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu kau ingat sekolah2 gomen tanahair benarkan pelajar bukan beragama Islam shalat ikut agama masing2 di dalam kawasan sekolah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Terang2 ditulis ada surau kt sekolah tu.pnah solat kt surau.cikgu pernah benarkan.pehal nk libatkan agama lain plak?
Dh tua pn bodo
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 5-12-2021 12:07 PM
Dah tu kau ingat sekolah2 gomen tanahair benarkan pelajar bukan beragama Islam shalat ikut agama mas ...

Kalau dibuat pun, penganut agama lain solat ke 5 waktu hari2?boss buat tokong dlm company pun takde pulak nmpak sembah hari2....pasang colok tu pun suruh pekerja asing tolong pasangkan.... iols pernah solat dkt intu trafford centre...dalam prayer room ade ruang sembahyang utk setiap agama ye....ruang cuma dipisahkan dgn langsir jah seingat iols....tu pn umat islam jgk yg penuhkan ruang bahagian muslim solat kat situ...ruang lain sendu jah xde pengunjung....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 12:51 PM | Show all posts
Saja nak dijadikan isu kat Jepun elok je mereka sediakan surau untuk orang muslim tak ada hal pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2021 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 5-12-2021 12:07 PM
Dah tu kau ingat sekolah2 gomen tanahair benarkan pelajar bukan beragama Islam shalat ikut agama mas ...

Agama lain ada ke kena solat 5 waktu sehari? Kenapa mesti nk kutuk negara sendiri pdhal isu ni jelas nyata psl konon2 leluhur yg pung pang psl kebebasan beragama & human right tp amalkan diskriminasi mcm ni..for me sekolah or cikgu sekolah ni kot je yg racist sbb western countries mmg sediakan tempat solat/ beribadat utk setiap agama kt public places
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 01:25 PM | Show all posts
mungkin cikgu tersebut mengamalkan pepatah inggeris 'nipping in the bud' dan 'better late than never' selepas insof melihat apa yang berlaku di France.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2021 02:32 PM | Show all posts
hmm...kan dah kena lapor. Teruknya sekolah ni. Even hospital pun ade multifaith prayer room. Tapi for muslim alhamdulillah ade bilik khas yg senantiasa ade pengunjung. okay je ambik turn solat even kat institusi pun, ade je nurse yg take a break sekejap solat. not a problem , saja sekolah ni melampau.

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 5-12-2021 12:44 PM
Terang2 ditulis ada surau kt sekolah tu.pnah solat kt surau.cikgu pernah benarkan.pehal nk libatkan  ...

itulah tu..dah kata ada surau kt situ apsal xboleh solat kt dlm surau pulak?kalau sekolah x izinkan xde nya terbina surau kt situ.. xpaham la yg tiba2 komen libatkan agama lain pulak..asal boleh hentam agama islam je kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Islamophobia ni org cerdik pun bole jd bodo
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 03:28 PM | Show all posts
zacEfron replied at 5-12-2021 03:20 PM
Islamophobia ni org cerdik pun bole jd bodo

Sebba tu ada pepatah kate

AGAMA Itu untuk orang yg BERFIKIR


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 03:32 PM | Show all posts
tak nak komen pasal sekolah sebab tak tahu peraturan sekolah macam mana..

cuma kagumlah dengan budak2 ni kena halau pun masih gigih solat dalam kesejukan...kat sini surau punyalah berlambak pun masih ada yang malas solat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus budak2 ni...kalau aku pun masuk waktu je terus solat sekarang ni waktu kerja...peduli hape aku sekarang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk budak2 tu..pedulikan..solat kat luar pun x pe...asalkan kita kerja kan solat....aku biasa je solat tepi orang lain lalu lalang tepi printing machine...dah xde surau....semua orang boleh tengok aku tonggang tonggek solat waktu tu...dah tempat orang lalu lalang
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
shiraloveyou replied at 5-12-2021 12:44 PM
Kalau dibuat pun, penganut agama lain solat ke 5 waktu hari2?boss buat tokong dlm company pun takd ...

betul..kt uni2 selalunya ada multifaith prayer hall..kekdahnya muslim juga yg meriahkn.. yg lain2 sendu jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2021 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 5-12-2021 12:51 PM
Saja nak dijadikan isu kat Jepun elok je mereka sediakan surau untuk orang muslim tak ada hal pun.

Jepun tu baru 2 ni je ada surau tu.sbb pak2 arab dah suka dtg jepun.ingat lagi citer pak sedara dulu pegi jepun.. kat airport  solat kt tepi2 gak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 04:57 PM | Show all posts
fido_dido replied at 5-12-2021 02:49 PM
itulah tu..dah kata ada surau kt situ apsal xboleh solat kt dlm surau pulak?kalau sekolah x izinka ...

yang kata surau tu utusan. takde maknanya kerajaan kaper nak bina surau kat sekolah. gereja pun tak ada.

biasanya dorang bagi bilik kosong yg jarang guna ja.


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 5-12-2021 06:50 PM
shiraloveyou replied at 5-12-2021 12:44 PM
Kalau dibuat pun, penganut agama lain solat ke 5 waktu hari2?boss buat tokong dlm company pun takd ...


Aku tak tau agama lain tapi stout Kriste shalat aja waktu pagi dan malam biasanya. Sebab tak 5 waktu sehari la patutnya benarkan aja kan? Ini tak. Kemain dihalang jika nak buat acara ibadah beramai2 seperti buat usrah stail Kriste. Aku mengomen dalam konteks sekolah KPM ya since berita ini pasal sekolah. Korang jangan konar pegi U la multifaith prayer room ka bagai.

Penganut agama Islam ni hanya faham perasaan ditindas bila pi negara kapir yang oppressed meka. Selagi meka majoriti, selagi tu meka takkan faham.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
tupai replied at 5-12-2021 01:10 PM
Agama lain ada ke kena solat 5 waktu sehari? Kenapa mesti nk kutuk negara sendiri pdhal isu ni jel ...

Kau ingat kat negara sendiri ni takda oppression dalam beragama? Baca post #19.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.160062 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list