CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1705|Reply: 17

[Tempatan] Grab masuk NASDAQ

[Copy link]
Post time 4-12-2021 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Dari Segambut ke New York: Grab mula disenarai di Nasdaq




Kuala Lumpur: Di bawah penanda simbol "GRAB", peneraju superapp di Asia Tenggara, Grab Holdings Limited meraikan penyenaraian syarikat bersama warga kerja Grab, rakan-pemandu, penghantar dan peniaganya bersempena penganjuran sulung majlis deringan loceng pertama pembukaan Nasdaq di rantau ini.

Berlangsung di Singapura, majlis itu diadakan selepas syarikat pengangkutan dan penghantaran yang berusia sembilan tahun itu mengumumkan penggabungan dengan syarikat pengambilalihan tujuan khas (SPAC) bernilai US$40 bilion (kira-kira RM169.12 bilion).

Pada April lepas, syarikat itu telah bergabung dengan Altimeter Growth Corp, SPAC daripada Altimeter Capital Management dan meraih US$4.5 bilion, termasuk US$750 juta daripada Altimeter.

Dalam ucapan, Pengerusi Asia Pasifik Nasdaq, Bob McCooey berkata, ini merupakan penyenaraian awam Amerika Syarikat yang terbesar oleh sebuah syarikat Asia Tenggara.

"Saya telah melihat perkembangan Grab menjadi nama yang terunggul dan menjadi superapp nombor satu di Asia Tenggara.

"Setelah meluangkan beberapa hari di Singapura, saya telah mencuba menempah kereta, memesan makanan dan membuat pembayaran melalui GrabPay. Saya amat tertarik dengan pengalaman penggunaan aplikasi ini!

"Lebih penting, saya menghormati syarikat seperti Grab yang telah memperkasakan rakyat di serata Asia Tenggara dan saya gembira dapat bertemu dengan rakan pemandu dan rakan peniaga Grab di sini, dan mereka adalah contoh bagaimana teknologi boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan dan peluang memperoleh pendapatan," katanya.

Antara peniaga GrabMart Pasar yang menghiasi papan tanda Grab di Times Square New York.
Antara peniaga GrabMart Pasar yang menghiasi papan tanda Grab di Times Square New York.
McCooey berkata pencapaian hari ini adalah bukti kerja keras warga kerja Grab dan pembuka semangat kepada semua untuk berinovasi dan merealisasikan agenda digitalisasi di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Bersama Grab, Anthony Tan berkata, penting bagi syarikat pengangkutan dan penghantaran untuk tidak melupakan asas pembangunan syarikat ini.

"Malah, nadi dan usaha keras warga kerja Grab untuk menyediakan khidmat kepada rakan niaga kami dan sebagai pulangan, dedikasi mereka dalam memberikan khidmat kepada para pelanggan telah meletakkan Grab pada kedudukannya hari ini.

"Ini merupakan sebab mengapa kami menganjurkan majlis ini di tempat kami. Ia amat bermakna untuk berada di sini bersama-sama komuniti kami dan berkongsi saat ini bersama mereka, meraikan lembaran baharu perjalanan Grab," katanya pada majlis itu.

Tan dan Pengasas Bersama Grab, Tan Hooi Ling berada di pentas bersama wakil rakan-pemandu, penghantar dan komuniti peniaga Grab.

Mereka mewakili barisan hadapan yang telah membawa pelanggan, menyediakan dan menghantar makanan dan barangan penting, terutamanya semasa tempoh kawalan pergerakan yang kritikal bagi mengawal penularan pandemik Covid-19.

Sebagai pengiktirafan usaha kolektif dan sokongan berterusan komuniti Grab sehingga merealisasikan pencapaian penting ini, kira-kira 1,500 warga kerja Grab serta wakil-wakil rakan Grab dari Asia Tenggara telah dipaparkan di Menara Nasdaq, Times Square, New York City, selepas Grab disenaraikan secara rasmi di Nasdaq.

Dari pejabat pertamanya yang berpangkalan di Segambut di sini, penyenaraian Grab di Nasdaq telah menetapkan penanda aras yang tinggi untuk syarikat permulaan di Asia Tenggara.

Dalam kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Rafiza Ghazali berkata, sebagai agensi pendanaan milik kerajaan Malaysia yang telah menyokong Grab (dahulunya dikenali sebagai MyTEKSI) pada peringkat awalnya, pihaknya amat berbangga untuk menyaksikan Grab sebagai alumni pertama Cradle mencapai pentas global.

"Komitmen dan kejayaan keusahawanan Grab seharusnya dikongsi dengan pelbagai pihak. Perjalanan anda merupakan satu kisah yang memberikan ilham.

"Sebuah syarikat permulaan berasaskan teknologi Malaysia yang berkaliber tinggi telah berkembang teguh di peringkat antarabangsa. Kami percaya kejayaan anda akan memberi inspirasi kepada mereka untuk 'Think BIG' dan terus menjadi contoh yang baik kepada syarikat permulaan lain di Malaysia.

"Bekerjasama adalah permulaan, terus bersama adalah perkembangan dan usaha sama akan membawa kejayaan yang seterusnya.

"Kami gembira untuk terus mewujudkan dan membina sebuah ekosistem yang menyokong persekitaran pembentukan perniagaan yang inovatif dan teguh bagi usahawan teknologi dan pembawa pembaharuan, seiring dengan prinsip kami iaitu 'Creating Leading Startups!'," katanya.

Grab diasaskan pada 2012 dengan misi untuk memacu Asia Tenggara ke hadapan dengan mewujudkan pemerkasaan ekonomi untuk semua orang dan sejak itu, aplikasi pintar Grab telah dimuat turun ke dalam berjuta-juta peranti mudah alih.

Operasi Grab kini merentasi pelbagai bidang termasuk penghantaran, mobiliti dan perkhidmatan kewangan digital di lebih 400 bandar di lapan negara Asia Tenggara iaitu Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Aplikasi pintar Grab membolehkan jutaan orang mendapatkan khidmat rakan pemandu dan rakan peniaganya untuk memesan makanan atau barangan runcit, menghantar pakej, menaiki kereta atau teksi, membayar pembelian dalam talian atau memanfaatkan perkhidmatan seperti pinjaman, insurans, pengurusan kekayaan dan telemedicine, hanya melalui satu aplikasi pintar harian.

Saham Grab diniagakan antara US$8.13 dan US$13.29 pada hari pertama dagangan. Kaunternya ditutup tidak berubah pada US$8.75, turun 20.5 peratus dengan 35.71 juta saham bertukar tangan.

https://www.hmetro.com.my/bisnes ... disenarai-di-nasdaq

Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 10 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2021 01:47 PM | Show all posts



Najib Razak

Saya pasti ramai yang terkejut dengan pengumuman Kementerian Kewangan mahu menggantikan bas perantara MRT dan LRT dengan Grab.
Sebelum PRU14, salah satu fitnah yang disebar oleh mereka yang menyokong PH kononnya isteri saya, Rosmah adalah pemilik Uber dan Grab.
Oleh itu, jika benar isteri saya pemilik Grab, kenapa PH mahu menggunakan Grab?

Tuduhan kononnya isteri saya pemilik Grab atau Uber adalah satu lagi fitnah PH untuk menyemarakkan kemarahan orang ramai terhadap saya dan isteri.
Uber adalah syarikat Amerika Syarikat dan kini bernilai US$72 bilion (RM300 bilion) manakala Grab adalah syarikat tempatan yang dimulakan oleh usahawan muda Malaysia ketika pentadbiran saya.

Grab yang bermula sebagai ‘My Teksi’ berjaya bersaing dan turut menggantikan Uber di Malaysia dan negara di Asia Tenggara - suatu kebanggaan untuk negara.
Jika benar isteri saya pengasas dan pemilik Uber dan Grab maka dia adalah usahawan paling berjaya di Malaysia yang turut memahat nama di luar negara! Malangnya, ini tidak benar. isteri saya tiada kena-mengena dengan Uber dan Grab.

Selepas PRU14, saya sempat bertemu dengan beberapa pemandu teksi. Ada antara mereka meminta maaf kepada saya kerana terperdaya dengan fitnah ini kerana mereka Uber dan Grab yang mencetus saingan kepada sumber rezeki mereka.  

Mereka beritahu ramai pemandu teksi yakin bahawa kerajaan PH akan mengisytihar Uber dan Grab sebagai haram di Malaysia jika mereka menang. Sebab itu, mereka turut membantu berkempen bagi PH dan mencemuh kerajaan BN setiap kali mereka membawa penumpang.

Itu adalah taktik sangat licik PH untuk menipu dan menggunakan pemandu teksi dan meracuni pemikiran sebagai penyebar propaganda anti-kerajaan kerana PH tahu, pemandu teksi berjumpa dengan ramai orang setiap hari.

Saya akui saya dapat lihat ramai rakyat Malaysia senang dengan khidmat e-hailing pada masa itu Ramai pemandu Malaysia turut memperoleh pendapatan tambahan apabila menjadi pemandu Grab atau Uber.

Sebagaimana dilihat di banyak negara, saya buat kesimpulan bahawa adalah agak sukar untuk mengharamkan Uber dan Grab kerana ia hanya memerlukan satu aplikasi telefon pintar.

Ketika itu, saya juga perlu mengimbangi antara keperluan rakyat Malaysia yang mendapat manfaat dari khidmat e-hailing dan keperluan industri teksi.
Untuk itu, saya rasakan perlu ada kesimbangan persaingan bagi semua perkhidmatan. Rancangan kami adalah untuk mengawal selia Uber dan Grab sambil memastikan kerajaan turut menyediakan lebih banyak bantuan kepada pemandu teksi agar mereka dapat turut bersaing secara sihat.

Selain dari bantuan kewangan, kerajaan BN masa saya PM juga berusaha supaya pemandu teksi mendapat permit persendirian dan bukan lagi menyewa permit dari syarikat kroni yang terima beribu permit hasil legasi sebelum pentadbiran saya.

Hari ini, remai pemandu teksi menyesal kerana sedar mereka tertipu. Grab tidak diharamkan sebagaimana mereka harapkan, manakala bantuan khusus untuk pemandu teksi sebagaimana ketika pentadbiran saya turut dihentikan.

Ada kemungkinan fitnah isteri saya pemilik Uber dan Grab ini timbul apabila saya mencadangkan kepada Khazanah Nasional untuk untuk melabur dalam Grab ketika mereka baru bermula kerana saya dapat lihat potensi dalam syarikat ini.

Bagaimanapun, selepas membuat penilaian, Khazanah tidak membuat pelaburan dalam Grab dan saya tidak meneruskan lagi kerana saya menghormati pendirian mereka.

Sudah tentu, Khazanah kesal sekarang kerana syarikat Grab kini sudah bernilai US$11 bilion (RM46 bilion).

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2021 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayangnya..grab ni pindah spore sebab xdpt bantuan dari khazanah. Last mendunia spore yg harum..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2021 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan melayu punya rupanya Mal chinese punya, dah lah hq pun di Singapura!

Ok next!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2021 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cikmouse at 4-12-2021 02:43 PM

Cnp dr FB

GRAB ????

Anak Segambut, asalnya MyTeksi. Tetapi surat khabar Star menulis GRAB sebagai “former Malaysian start-up”.

Banyak tweet dan komentar menyalahkan kerajaan kita kerana terlepas satu unicorn start up ke Singapura. Saya berpandangan ia komentar tidak adil.

Perlu akui Kementerian Kewangan Malaysia melalui Cradle Fund pernah membiyai MyTeksi (sebelum menjadi GRAB) namun terhenti apabila mereka melebarkan pasaran luar Malaysia. MyTeksi mampu menapak kukuh adalah melalui geran MOF.

Sebenarnya GRAB membuat flip pertama apabila ada Merger & Acquisition (M&A) bersama syarikat Altimeter Capital sebuah SPV investment yang berpangkalan di California, USA.

Melalui M&A ini, Grab membuka private investment in public equity (PIPE) berjumlah $4Billion dan syarikat GLC negara iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB) melabur dalam equity ini bersama Mubadala (UAE) dan Temasek (Singapore).

Ya GLC kita terlibat dalam perkembangan syarikat GRAB.

Malaysia tetap menjadi sebahagian growth GRAB. Cumanya perlu kita fahami appetite GRAB sangat besar dan mereka masih laparkan pasaran yang lebih besar.

Isu bermula apabila GRAB memindahkan ibu pejabat operasi sepenuhnya ke Singapura walaupun consumers terbesar mereka adalah di Malaysia. Dua sebab mereka berbuat demikian.

1. Ecosystem cukai korporat di Singapura lebih baik. (Polisi stable).

2. Pasaran pelaburan Malaysia sudah terhad.

Secara mudah, dua faktor diatas ialah untuk expansion strategy. Tidak adil mengatakan kita tak hargai startup tempatan.

GRAB bukanlah satu-satunya syarikat gergasi yang keluar daripada perairan kita. MOF pernah menjawab di Parlimen bahawa tahun 2019 sahaja, 68 syarikat tempatan telah memilih untuk disenaraikan di papan saham luar negara terutama Hong Kong dan Australia.

Kenapa Nasdaq? Obvious reason sebab pasaran SE kedua terbesar di dunia selepas NYSE. Nilai GRAB di US Nasdaq kini adalah RM169 Billion. Sebagai skala Bursa tempatan, jika CIMB dan Maybank gabung sekalipun masih tidak dapat capitalization yang GRAB perolehi. Nilai kapital sebesar ini tidak dapat diperolehi melalui penyenaraian di Bursa Malaysia kerana pasaran pelaburan kita adalah kecil.

Maka dengan menyalahkan kerajaan Malaysia atas visi dan misi GRAB adalah tidak seberapa tepat.

Perniagaan Level unicorn ni bukan berniaga macam founder sabun timbang kilo. Game plan mereka berbeza. Kita kena akui KLSE tu kecik je.

Melalui MOF dan PNB - secara teknikal, GRAB tetap ada ink Malaysia.

Cuma mungkin pelajaran boleh ambil ialah mengapa Khazanah taknak melabur bersama GRAB circa 2018. Ini satu kerugian bagi kita.

Khazanah perlu kenal pasti potensi syarikat unicorn tempatan terutama real tech startup. Saya tak pasti bagaimana Fashion Valet diketegorikan “tech startup” yang dari tahun 2015 sembang nak IPO sampai kesudah rugi. Ini memang Khazanah kena jawab...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2021 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak mah x balik2 spore  lg join majlis raikan grab ni ke?  sbb dulu2 prnh dgr grab ni kak mah yg punya. ...tu pun bangkem yg ckp la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2021 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la si nekmah cabot lari ke singapure. Tibahjah grab masuk nasdaq. Ni koje ko si tua kutuk
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2021 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
DIY bukak kat turki
Rotijohn kat korea selatan
Ni NY plak
Cina mesia duk mendunia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2021 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
cikmouse replied at 4-12-2021 02:41 PM
Cnp dr FB

GRAB ????

Oh myteksi rupanya
Masa tu logo pun semak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2021 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kazanah tu melayu, mana terpikir out of box bagai segala macam ni. Dlm.benak melayu hanya tau Cina pi balik tongsan, cina babi, cina komunis, ratib Dap  Dap Dap. Berapa punya rugi terlepas satu unicorn.
Dgn.bodohnya Kazanah invest dlm.co.susu, tokey Cina tu gak yg.untung besau dapat market Melayu, masuk list Bmf, padahal Kazanah hanya taruk 30% je. Diletaknya macai Melayu tetiap minggu meloncat2 kat Gegar vaganza
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan meols one of those people yang beli saham Myteksi dulu. Sampai sekarang bersenang lenang tinggal kat London with her family.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2021 01:57 PM | Show all posts

baru nak petik ayat ni,

"Khazanah perlu kenal pasti potensi syarikat unicorn tempatan terutama real tech startup. Saya tak pasti bagaimana Fashion Valet diketegorikan “tech startup” yang dari tahun 2015 sembang nak IPO sampai kesudah rugi. Ini memang Khazanah kena jawab"




motip meols masuk porom cari awai2 dulu sbb pesenterbelit ni lah... byk dah ku exposeddi  bangalow  lama itewww
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2021 01:59 PM | Show all posts
Nak tunggu ITEK duCK pulak la masuk pasaran US.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2021 02:01 PM | Show all posts
GRAB punya network & kerja, hujan hujan redah, malam malam, kesungguhan tinggi, tak heran masuk Nasdaq
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2021 02:02 PM | Show all posts
pyropura replied at 4-12-2021 10:54 PM
Kazanah tu melayu, mana terpikir out of box bagai segala macam ni. Dlm.benak melayu hanya tau Cina p ...

terplaing bodo  is pesenterbelit itew..

bukan deme tak tahu pesenterbelit buat apa.. in the end jadi apa?

y deme bagi fund rm30M to vivek yusop tu sampai skang meols tapasti.. sheols is nothing but a social influencer jewww, kalau cerdik tape juge.. tak cerdik2 sampai ke suda beranak 4 nehhh

where is pesenterbelit now? nak masuk klse pun tak dapekkkk lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2021 02:30 PM | Show all posts
Semoga Grab berjaya. Semoga ekonomi US pulih. Sebabnya aku ada unit trust US equity fund.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2021 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
cikmouse replied at 4-12-2021 02:41 PM
Cnp dr FB

GRAB ????

Berani betul org yg tulis nih persoal pasal fv kat lazanah
Tak takut ke nanti tinvy taknak doa deyols masuk sorga sesama heshe dan kaum kerabat
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2021 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kampeni Rosmah!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.060003 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list