View: 4975|Reply: 39
|
Tak Trauma Bercerai, Nadia Brian Nak Kahwin Lagi
[Copy link]
|
|
Bercerai tidak sampai setahun selepas mendirikan rumah tangga tidak meninggalkan kesan atau trauma buat pelakon seksi, Nadia Brian.
Pelakon berusia 30 tahun itu tidak serik untuk kembali berumah tangga sekiranya sudah ditakdirkan bertemu jodoh dalam masa terdekat.
Foto: IG
“Saya tidak serik dengan apa yang pernah berlaku. Kalau sudah sampai jodoh untuk berkahwin lagi, saya tak akan tolak” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) di Damansara di sini semalam.
Nadia Brian kini berstatus solo selepas sah bercerai dengan bekas suaminya, Muizz Nasruddin pada April lalu.
Pemilik nama lengkap Nadia Najwa Mohamed Rashidi itu memberitahu, sebagai seorang wanita, dia memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada lelaki dalam hidupnya walaupun pernah melalui episod duka dalam perkahwinan yang terdahulu.
“Siapa tahu (jika) saya bertemu jodoh pada tahun hadapan dan akan berumah tangga. Saya sedia untuk itu (perkahwinan).
“Soal jodoh kita tidak tahu. Itu rahsia Dia, lagipun saya seorang perempuan. Siapa yang tidak mahu berkahwin dan ada teman hidup?” katanya.
Kosmo! pada 14 Disember 2020 lalu melaporkan Muizz memfailkan perceraian terhadap Nadia, namun masih belum dibicarakan berikutan penutupan mahkamah ekoran situasi semasa Covid-19.
Sebelum ini pelakon naskhah bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri itu pernah mengakui berdepan masalah rumah tangga yang dibina bersama Muizz pada 9 November 2019.
Pergolakan rumah tangga mereka memuncak apabila Muizz yang juga ahli perniagaan mendedahkan tentang kecurangan Nadia kepada umum.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nadia berkongsi keterujaan apabila filem pertamanya berjudul Bu, Kasih Suci yang dilakonkan lima tahun lalu tercalon dalam FFM31.
Ujar Nadia, keterujaannya tidak terhenti setakat itu kerana sebuah lagi filem lakonannya iaitu Ratu Kala Jengking turut tercalon pada festival sama.
“Filem Bu, Kasih Suci itu merupakan filem pertama lakonan saya selepas tamat belajar dalam jurusan teater di Universiti Teknologi Mara. Memang tak pernah sangka saya tercalon untuk kedua-dua filem tersebut. Menang kalah saya tak kisah. Ada rezeki alhamdulillah,” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
nak trauma apa... bukan kena abused pun... yang patut trauma laki tu sebab kahwin2 sekali bini demand macam2... kalau rhoper herlok persis thai n kpop takpe jugak ni macam kucing garfield terlebih cucuk...
kalau iols jadi laki tu pun iols trauma silap2 terus menopos walaupun jantan...
cc @Acikgomen rembes ke harizal kenten |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ketipongtipah at 2-12-2021 01:32 PM
Mata akak ke …..muko engko nape besor?
Ke sbb akak dah amek booster nampok sume besor.. |
|
|
|
|
|
|
|
Acikgomen replied at 2-12-2021 01:29 PM
Ko duduk la kat rumah teres yg ko tepakse sewa tuh
Dah la grill kat pintu pun bekarat
Sa ...
Acik perasan tak gambar ig dia takde pun penampakan duk kat rumah sheols tu, very the nak tunjuk hidup berkepuk2 padahal nan haus jah yihhhh... Lepasni sheols tengah target jerung baru la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols boleh berlakon jd kakak daiyan. Muka rennovate lebih kurang sama. Boleh ajak sekali nadiah shahab.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sure cari jerung baru yang lagi besar ni
Tengok dia macam tak mau down to earth langsung
Laki2 yang nak kawin dia ni wajiblah sediakan rumah banglo untuk dia dan family, kereta,maid.
Duit nafkah kepuk2. Dan sembah ratu sokmo. Gud luck |
|
|
|
|
|
|
|
cercaan yg aku nak taip semua dh ditulis oleh netizen di atas. ok next! |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 2-12-2021 01:35 PM
Acik perasan tak gambar ig dia takde pun penampakan duk kat rumah sheols tu, very the nak tunjuk h ...
Jgn kacau pami!
|
|
|
|
|
|
|
|
laaa dia mamak clan ke.. mati2 ingat dia mmg pan asian. dgn nama brian tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
kNP org Perlis (segelintir yg jadi artis yaach) perangi cenggini haa?
Sorang lagi si Ritrud tu.. korang ni kene kejutan budaya kah sampai perangai cam hauk 7 keturunan
Anyway.. takde citer B.E.R.A.H.I. ke harini ni cuolls? |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaa adoilaa..
dia jadi diri sendiri je cukup dah.cantik je ikutkan. tp bila fefeeling nie buat org turn off jah.
|
|
|
|
|
|
|
|
muka very the desa..kesian ex laki dia da la kendu..nak come to mama x bleh iollss da berlaki..uhuk3 |
|
|
|
|
|
|
|
ninjago replied at 2-12-2021 02:56 PM
hahahaa adoilaa..
dia jadi diri sendiri je cukup dah.cantik je ikutkan. tp bila fefeeling nie bua ...
Drebar jabatan dok citer heshe idok le cantik mana ponnnn
Pelakon lead lain kalo pi set jejauh mesti ada PA bawak keta paling koman2, minah nih sampai skang ada je drebar prodaksyen kena pi kutip dia kat rumah
Tu pasal acik tau rumah sheols grill bekarat ekekekekekek
Hasil begosip dlm bilik potostet |
|
|
|
|
|
|
|
senyuman dia macam nenek lanjut usia |
|
|
|
|
|
|
|
dia muka busuk. tu je nk cakap. bye |
|
|
|
|
|
|
|
benar ya acik. dia feeling taknak kalah cer try suruh dia speaking. berterabur diknonnnn
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada ke laki nak jdkan ko bini?
Perempuan simpanan or madu bernombor kot.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|