CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 959|Reply: 18

[Borneo] Biar kekal rahsia, wanita ‘berdarah emas’ minta identiti tidak didedah

[Copy link]
Post time 2-12-2021 10:24 AM | Show all posts |Read mode


Wanita dari Terengganu yang mempunyai ‘darah emas’ mahu identitinya dirahsiakan susulan tular berita beliau satu-satunya warga Malaysia antara 43 orang di seluruh dunia yang mempunyai darah unik itu.

Wanita berkenaan menyampaikan hasratnya itu kepada pihak Tabung Darah Terengganu, jurucakapnya memberitahu FMT.

Wanita itu menjadi tumpuan orang ramai setelah tular laporan beliau mempunyai darah jenis Rh-null (Rhesus null) yang amat jarang ditemui.

Bagaimanapun, hasrat orang ramai mengetahui lebih lanjut mengenai wanita berkenaan di pintas pihak Tabung Darah atas permintaan beliau sendiri.

Menurut pentadbir laman facebook Derma Darah Terengganu Kite, wanita yang berasal daripada negeri itu meminta supaya segala butiran mengenainya dirahsiakan.

“Kami tidak boleh beri maklumat penderma darah tersebut sebab dia tidak bersedia untuk ditemuramah dan minta agar identitinya dirahsiakan,” menurut pentadbir laman sosial itu.

Menurut beberapa portal, darah jenis Rh-null atau darah emas dilaporkan memberi risiko besar kepada pemiliknya, namun mempunyai kemampuan untuk menyelamatkan jutaan manusia lain.

Keunikan darah emas itu adalah ia dapat diterima oleh sesiapa sahaja kerana sifat-sifat uniknya.

Pentadbir laman berkenaan berkata wanita tempatan itu mula aktif menderma darah pada 2016.

“Kita kenalpasti jenis darah beliau (jenis) Rh-null dari ujian kumpulan darah, di mana ujian darah beliau dihantar ke makmal luar negara untuk pengesahan,” jelas pentadbir itu.

Darah wanita itu dihantar ke Pusat Darah Negara untuk disejuk bekukan dan seterusnya disimpan dalam peti nitrogen -80 darjah celsius, selama 10 tahun.

“Jika ada pesakit yang memerlukan darah jenis ini, maka darah ini akan dicairkan untuk digunakan,” menurut hantaran itu, tanpa mengulas lanjut.

Wanita itu menjadi perbualan masyarakat setelah gambar beliau menderma darah emas tular, di media sosial.

Menurut Medical News Today, jenis darah Rh-null adalah unik kerana sel darah merah tidak mengandungi antigen padanya.

Sehingga kini, hanya sembilan orang yang mempunyai darah emas adalah penderma aktif di seluruh dunia sebagai termasuk warga Malaysia berkenaan.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2021 10:43 AM | Show all posts
Bagusnya org ini...org ini patut dpt anugerah
Dah mcm ala ala mahsuri berdarah putih tu...
Semoga wanita nih panjang umur, diberikan kesihatan yg baik, dpt melahirkan byk zuriat zuriat yg berguna yg mempunyai darah emas ini juga..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2021 10:45 AM | Show all posts
wirazam replied at 2-12-2021 10:43 AM
Bagusnya org ini...org ini patut dpt anugerah
Dah mcm ala ala mahsuri berdarah putih tu...
Semoga wa ...
patut dapat anugerah tu yer ...
tapi kang pasal anugerah tu nanti ... makin ramai kenal dia ...

dan ...
kesian juga lah jika dia sakit ... memang payah jika takde simpanan segera yang boleh d gunakan ...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 10:49 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 2-12-2021 10:45 AM
patut dapat anugerah tu yer ...
tapi kang pasal anugerah tu nanti ... makin ramai kenal dia ...

Maybe bg anugerah senyap 2 je..Semoga wanita tu dpt hasilkan byk zuriat zuriat yg berguna..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2021 10:51 AM | Show all posts
wirazam replied at 2-12-2021 10:49 AM
Maybe bg anugerah senyap 2 je..Semoga wanita tu dpt hasilkan byk zuriat zuriat yg berguna..
aamiin...


rasa nya dia memang ada d peruntukan kan kelebihan kot ...
mungkin ... free tanpa bayaran untuk apa2 rawatan ...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 11:27 AM | Show all posts
beliau satu-satunya warga Malaysia antara 43 orang di seluruh dunia yang mempunyai darah unik itu


dr gugel

as of dec 2021, world population 7.9 billion

Allhuakbar...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2021 12:12 PM | Show all posts
Macam mana kalau dia yang perlukan darah? Boleh terima darah O ke atau kena darah jenis yg sama juga? Dah la rare....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 12:39 PM | Show all posts
wahhhhhhhh ada juga yg darah emas. semoga penderma darah dirahmati kerana sudi bantu kpd sesiapa yg memerlukan.

btw iols x dpt derma darah beberapa tahun dah sb darah tu cukup utk diri sdri je.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2021 01:52 PM | Show all posts
acikbrown replied at 2-12-2021 12:12 PM
Macam mana kalau dia yang perlukan darah? Boleh terima darah O ke atau kena darah jenis yg sama juga ...
dia boleh derma kepada sesapa saja tak kira darah jenis apa ...

tapi...

dia sendiri la payah nanti ... sebab dia hanya boleh menerima darah sejenis dia juga ...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2021 01:54 PM | Show all posts
chinta89 replied at 2-12-2021 12:39 PM
wahhhhhhhh ada juga yg darah emas. semoga penderma darah dirahmati kerana sudi bantu kpd sesiapa yg  ...
sama lah kita ...

last derma 5 tahun lepas ...


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 02:15 PM | Show all posts
Semoga Allah panjangkan umur kakak berdarah emas, murahkan rezeki dan berikan kesihatan yang baik.
Teruskan keje2 baik kak. Kalau manusia tak balas pun takpa, janji dapat balasan dari Allah, tu lagi bagus dan utama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 02:40 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 2-12-2021 01:54 PM
sama lah kita ...

last derma 5 tahun lepas ...

sy last 2017

rindu nk derma darah tp apakah daya x boleh huhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2021 02:43 PM | Show all posts
chinta89 replied at 2-12-2021 02:40 PM
sy last 2017

rindu nk derma darah tp apakah daya x boleh huhu
sebab tu la doktor bising ... suruh makan banyak lagi

sayang kata nya ... sebab darah O

dah la kat tempat ni tak ramai yang menderma ... selalu kekurangan simpanan darah ...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 04:09 PM | Show all posts
betul2 wujud lah darah emas ni ingatkan rekaan semata2 sbb dulu2 pernah baca kat komik barbarian X

ok takde kaitan pun dgn citer komik tu cuma terus teringat bila sebut darah emas tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah entah ramai je warga Malaysia yg Ada type darah mcm ni..biasalah rakyat Malaysia, X concern sgt type darah diaorg apa..dah masuk hospital baru aware jenis darah...kat IC pun takde info ttg type darah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2021 07:18 AM | Show all posts
Jitu replied at 2-12-2021 04:09 PM
betul2 wujud lah darah emas ni ingatkan rekaan semata2 sbb dulu2 pernah baca kat komik barbarian X
...
memula baca tajuk jer ...
terus terpikir ... wah!!~ bahaya ni kalo orang tau siapa dia ... yer lah ... darah dia emas ... mengalir keluar cecair emas pastu baru jadi berketul2 kot

rupa2 nya ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2021 07:21 AM | Show all posts
wirazam replied at 2-12-2021 10:02 PM
Entah entah ramai je warga Malaysia yg Ada type darah mcm ni..biasalah rakyat Malaysia, X concern sg ...
Terpikir juga menda yang sama ...

yer lah ... masa sakit ja baru nak tau dan ambik tau



Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2021 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 3-12-2021 07:18 AM
memula baca tajuk jer ...
terus terpikir ... wah!!~ bahaya ni kalo orang tau siapa dia ... yer lah  ...

dashyat jugak imaginasi awak
tak terpikir pulak sy smpi mcm tu
sy bayangkan darah warna emas je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2021 05:25 PM | Show all posts
Jitu replied at 3-12-2021 02:54 PM
dashyat jugak imaginasi awak
tak terpikir pulak sy smpi mcm tu
sy bayangkan darah warna emas je  ...
yer laa...

takat darah warna emas ... idak ler bahaya sangat

ni sampai sembunyi kan identiti ...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.067668 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list