CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 519|Reply: 0

[Borneo] Isu perkahwinan bawah umur antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

[Copy link]
Post time 2-12-2021 10:20 AM | Show all posts |Read mode


Isu berhubung usaha membanteras perkahwinan bawah umur dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, soalan itu akan dikemukakan oleh Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) kepada Kementerian Belia dan Sukan pada Waktu Pertanyaan Menteri.

Pada sesi itu juga, Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) akan membangkitkan persoalan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mengenai kaedah mengawal dan mengurus trend perubahan harga bekalan baja dan racun yang naik mendadak, serta inisiatif khas untuk menaikkan pendapatan petani dan peladang bagi menampung kenaikan harga kos bekalan input pertanian.

Persidangan akan diteruskan dengan sesi soal jawab dan antara tumpuan adalah soalan daripada Sivakumar Varatharaju Naidu (PH-Batu Gajah) kepada Kementerian Kesihatan mengenai sama ada doktor pakar bukan klinikal dengan kelayakan ikhtisas diberi layanan sama rata dengan doktor pakar klinikal dari segi penjawatan, penggajian, kenaikan pangkat dan sebagainya.

Selain itu Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) meminta penjelasan Kementerian Sumber Manusia mengenai langkah bagi mengatasi masalah isu p-panggilan yang tiada perlindungan keselamatan sosial, gaji tetap, pengiktirafan sebagai pekerja dan perlindungan di bawah Akta Kerja 1955.

Selepas sesi itu, Dewan Rakyat akan diteruskan dengan sambungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus berjumlah RM1,526,793,800 kepada Kementerian Pengangkutan dan sebanyak RM520,275,300 kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam Bajet 2022.

Dewan Rakyat bersidang hingga 16 Dis ini.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.063274 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list