CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 988|Reply: 0

Tular video air banjir jernih seperti kolam

[Copy link]
Post time 1-12-2021 08:49 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan air banjir yang jernih di Minahasa, Sulawesi Utara itu tular di aplikasi TikTok. - TikTok

Tular video air banjir jernih seperti kolam

JAKARTA –  Sebuah video memaparkan keadaan banjir yang melanda sebuah daerah di Indonesia baru-baru ini menjadi tular kerana keadaan airnya yang jernih serta turut mempunyai pemandangan yang indah, lapor laman berita Suara.com.

Video keadaan banjir di daerah Minahasa, Sulawesi Utara itu dimuat naik di akaun TikTok milik @salam_kawanua dan sehingga kini telah ditonton lebih 20 juta kali dengan 1,7 juta tanda suka.

“Banjirnya menimbulkan rasa suka,” demikian menurut kenyataan yang dimuat naik bersama video itu.

Berdasarkan video tersebut, dapat dilihat air banjir di kawasan itu amat jernih dan bersih.

Bahkan, orang ramai masih meneruskan aktiviti harian seperti biasa biarpun terpaksa mengharungi air banjir setinggi paras lutut orang dewasa.

Pemandangan banjir ‘luar biasa’ itu mendapat perhatian netizen yang kemudiannya meninggalkan pelbagai komen dengan rata-rata memuji penduduk di situ yang terbukti pandai menjaga kebersihan kawasan.

“Seumur hidup, ini kali pertama saya lihat air banjir sejernih ini, tabik dengan penduduk di situ,” komen seorang netizen.

“Tidak nampak seperti banjir, namun kelihatan seperti kolam renang,” komen seorang lagi netizen.  – AGENSI

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2021/12 ... rnih-seperti-kolam/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.051340 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list