View: 2446|Reply: 17
|
Yuna Rahim Masih Takut Nak Kahwin
[Copy link]
|
|
Pelakon utama drama Diari Seorang Suami di TV3, Yuna Rahim, 26, takut untuk berkahwin walaupun kini usianya sudah sesuai untuk melangkah ke fasa hidup berumah tangga.
Yuna atau nama sebenarnya Shafiqah Husna Abd Rahim berkata, dia mungkin bersedia mendirikan rumah tangga kira-kira 10 tahun lagi sekiranya dalam tempoh itu bertemu calon suami yang sesuai.
Foto: IG
"erkahwinan satu tanggungjawab yang sangat besar dan bila kita dah pegang tanggungjawab itu, maka kena tunaikan dengan sepenuh hati dan buat betul-betul.
"Jangan pula fikir nak kahwin itu sekadar mahu lepaskan apa yang diingini saja. Kena faham bahawa perkahwinan adalah satu permulaan hidup yang baharu. Jadi, untuk saya sebenarnya memang takut nak berkahwin," katanya kepada Harian Metro.
Yuna yang ditemui pada sidang media secara virtual drama Diari Seorang Suami baru-baru ini berkata, walaupun kini dia berada pada usia yang sesuai untuk berumah tangga, tetapi baginya sekarang bukan masa untuk bergelar isteri orang lagi.
"erkahwinan adalah tanggungjawab yang amat besar untuk digalas. Jadi, saya kena fikir lebih 10 kali dulu kalau nak berkahwin. Kena tengok juga pasangan kita itu macam mana pula orangnya sebab ikatan perkahwinan ini bukan main-main.
"Ia turut membabitkan ikatan hubungan dua keluarga kerana selepas berkahwin, kita bukan hanya menjalani kehidupan dengan pasangan saja, tetapi keluarga mentua juga. Jadi, mungkin saya akan sedia berkahwin 10 tahun lagi, insya-Allah. Malah, dalam tempoh yang ada ini, nampaknya saya kena cari betul-betul calon suami yang sesuai," katanya.
Menurut Yuna, dia jadi takut dan sangat berhati-hati untuk berkahwin apabila melihat banyak pengalaman orang terutama daripada kawan-kawannya sendiri berkenaan kehidupan alam rumah tangga.
"Apapun, yang pasti sekarang saya belum terfikir nak bercinta lagi. Jadi, kalau rasa ingin bercinta pun belum ada, apatah lagi mahu berkahwin. Dari situ, tengoklah macam mana nanti, kalau ada (jodoh) ada lah, jika tak ada tidak mengapa," katanya.
Menerusi drama Diari Seorang Suami itu, Yuna melakonkan watak Neesa iaitu gadis berusia 18 tahun yang berkahwin muda, tanpa restu keluarga bersama kekasihnya, Hairi yang dilakonkan Afieq Shazwan. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Standard wartawan dan acik2 malaysia, bila tanya soalan pada orang mesti asyik tanya pasal kahwin. Yihhh takde common sense ke? Dah orang tu takmo kahwin lagi.. maknanya belum bersedia untuk galas tanggungjawab tu.... Apa kata lepasni makcik2 dan repot sangkak ni tanya soalan "Hi yuna, makcik nak sponsor awak 10 juta, sebuah rumah banglo dan daging kentut kucate setiap hari kalau awak ada anak", confirm hari tersebut jugak dia pergi cari jantan dan melambung2 sampai ke awan dan langit... Yihhhh... lainkali soalan bagi la soalan yang menyejukkan hati... |
|
|
|
|
|
|
|
korang sabar jap. esok lusa ada laa ni boipren nya tu. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni sweet tapi macam takde aura.. |
|
|
|
|
|
|
|
26? Ingatkan 18. Sweet mukanya |
|
|
|
|
|
|
|
slim, tinggi. mula tengok dia berlakon drama apa tu, lupa plak, yg ada hun haqeem, merqeen. moga dapat jodoh bebaik. carik duit bebanyak |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni blh jd amani muda.. blh la geng dgn amani |
|
|
|
|
|
|
|
takkan nak tanya are u straight or lesbian?
|
|
|
|
|
|
|
|
Artis malaysia skrg rmai khwin muda so kalau diorang berlakon cerita cinta xde feel nak tgk sbb 22 laki bini org. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm sara ali najwa harun awet muda |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni tk mekap pn comel
Bby face btul |
|
|
|
|
|
|
|
26 dah? ingat baru awal 20-an.. comel dia.. penah nampak dia ni kat uptown damansara dengan pelakon cina tu apa nama kahoe hon ke ntah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yuna nih lagi sweet dari Daiyan |
|
|
|
|
|
|
|
Bina career dulu.. tp biasa senyap2 camni tiba2 je kawin.. dia pun perangai elok je kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
lain la dik qieqim....nk kawen xsabaq sgt dh...tp ank xmau..apa citaaaaa...untung la dh kawen muda beranak awal2..nnt hg muda lg anak dah besar..cuci tangan awal...
|
|
|
|
|
|
|
|
sebelum ni tak pernah tau nama dia apa, tapi nampak dia berlakon not bad..tak kayu la mcm pelakon2 baru lain |
|
|
|
|
|
|
|
Oo..yuna namanya. selalu nmpk blakon |
|
|
|
|
|
|
| |
|