View: 716|Reply: 1
|
Bunuh, Awet, Tanam Mayat Suami Dalam Rumah
[Copy link]
|
|
Tehran: Seorang wanita warga Iran ditahan kerana didakwa membunuh, mengawet serta menanam mayat suaminya di rumah mereka.
Gulf News melaporkan, jenayah itu bermula pada Ogos tahun lalu apabila adik mangsa melaporkan kehilangan abangnya secara mengejut kepada polis Shiraz.
Di dalam laporannya, dia berkata, abangnya yang berusia 45 tahun sudah berkahwin kali kedua baru-baru ini.
Ketika ditanya, suspek yang berusia 43 tahun mendakwa suaminya keluar rumah beberapa hari lalu dan tidak pernah pulang.
Sehubungan itu, polis Iran melancarkan siasatan berhubung kehilangannya dan apabila disoal siasat, suspek mendakwa tidak mengetahui di mana suaminya berada.
Gambar Hiasan
Bagaimanapun, anak mangsa berasa curiga kerana dia tahu kedua-duanya berselisih faham sebelum kehilangannya.
Namun, polis tidak menemui bukti untuk mensabitkan wanita itu sejak lelaki itu hilang setahun lalu.
Kemudian wanita itu berkahwin dengan orang lain, yang menimbulkan kemarahan penyiasat kerana suami pertamanya masih diklasifikasikan sebagai hilang.
Dia ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di mana dia mengaku membunuh, mengawet, dan mengebumikan suaminya berikutan pertikaian keluarga dan kewangan dengannya.
"Suami saya ketagih dadah, dan kami sentiasa berselisih faham. Sebelum kematiannya, dia jatuh sakit kerana terlebih dos. Saya sangat marah kepadanya.
"Jadi, saya masukkan beberapa biji pil ke dalam air dan berikan kepadanya untuk diminum.
"Apabila saya bangun keesokan paginya, dia sudah mati," kata suspek dalam pengakuannya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
| |
|