CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1127|Reply: 15

Nazri Aziz Nafi Terima Wang Berkaitan Projek Terowong Dasar Laut

[Copy link]
Post time 30-11-2021 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur – Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, beliau tidak pernah menerima wang RM500,000 daripada seorang ahli perniagaan berkaitan projek terowong dasar laut dan jalan-jalan utama di Pulau Pinang.


Mohamed Nazri, 67, juga menyatakan beliau tidak menerima wang daripada ahli perniagaan itu, Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli sebagai balasan memperkenalkannya kepada Lim Guan Eng untuk mendapatkan apa-apa projek di negeri tersebut.


Sebaliknya, beliau berkata, Zarul Ahmad yang merupakan Pengarah Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn. Bhd. (CZBUCG) pernah memberikan wang kepada beliau untuk disumbangkan kepada sekolah-sekolah agama di daerah Pattani, Selatan Thailand.




Foto: Kosmo




Mahkamah sedang mendengar perbicaraan terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang atas pertuduhan pindaan menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan projek itu yang bernilai RM6.3 bilion.


Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di antara bulan Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR.


Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, beliau mula mendapatkan sumbangan untuk sekolah-sekolah agama di Pattani sejak 1990-an.


Jelas saksi pendakwaan ke-14, beliau yang berasal dari Hulu Perak dan berketurunan Pattani kerap mengadakan lawatan di daerah itu dan mendapati sekolah-sekolah agama di sana dalam keadaan dhaif.


Sebelum itu, ketika membacakan pernyataan saksi, Mohamed Nazri berkata, beliau mengenali Zarul Ahmad sebagai ahli perniagaan sekitar tahun 90-an namun mereka tidak mempunyai hubungan rapat dalam urusan perniagaan mahupun politik.


Ujarnya, Zarul Ahmad pernah memberitahu beliau berhasrat mengenali `seseorang yang kuat’ di Pulau Pinang bagi membantunya mendapatkan projek di negeri itu.


“Dia tidak nyatakan projek apa, selepas itu saya mengambil inisiatif menghubungi Lim Guan Eng dan memberitahu bahawa seseorang ingin berjumpa beliau berkaitan sebarang projek di Pulau Pinang,” ujarnya.


Saksi berkata, Guan Eng adalah kenalannya sejak tahun 90-an kerana sama-sama terlibat dalam bidang politik sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Menteri lagi.


Menurut Mohd. Nazri, beliau kemudian mengatur pertemuan di antara Guan Eng dan Zarul Ahmad pada awal Januari 2011 di Hotel Shangri La di sini yang mana pertemuan dibuat di pub hotel berkenaan.


Tambahnya, permintaan Zarul Ahmad itu mahupun pertemuan pada waktu malam selepas waktu pejabat, bukan sesuatu yang luar biasa.


Namun, saksi berkata, beliau tidak mengingati sama ada Zarul Ahmad pernah meminta Guan Eng memilih syarikatnya terlibat dalam projek di Pulau Pinang. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2021 10:22 AM | Show all posts
aik  walauintit PH tak masuk thread ni ya

acah berkerak pun tak masuk.

projek ghaib Zaman menteri PH dulu jadi CM.

Doremon habis bateri pun belum tentu terowong boleh siap.

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Setengah zuta je
Zz 2.2j
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku xcaya Nazri dengan anak dia ned tu tak pernah terima duit rasuah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:40 AM | Show all posts
la patut la gigih membekap lie gone eng hehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:48 AM | Show all posts
pasa replied at 30-11-2021 10:22 AM
aik  walauintit PH tak masuk thread ni ya

acah berkerak pun tak masuk.

talibarut DAPig dalam ni spesies bebird 1mm berani kutuk hina Melayu dan Islam aje.

kena geng2 dia kantoi.. tercirit senyap

pastu larik ke forum lowyat cari geng2 cheong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2021 11:04 AM | Show all posts
underground replied at 30-11-2021 10:48 AM
talibarut DAPig dalam ni spesies bebird 1mm berani kutuk hina Melayu dan Islam aje.

kena geng2 di ...

their PP very small

slap their PP swank....splash

Rasa boleh siap kah terowong ajaib ni.

Kos kajian sahaja 300 juta kaw team tepi. Company tu attach lesen EIA mana punya company

Nobita hadiakan tanah RM 200 juta..Sgt mengkagumkan

terowong tak siap, company tu dapat projek ghaib dapat tanah 200 juta, dengar kata tanah tu pun sudah naik condom aluminium

dan suddenly taikun funder politician DAP propertis diorg blh terjun tiruk mati le pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 11:12 AM | Show all posts
pasa replied at 30-11-2021 11:04 AM
their PP very small

slap their PP swank....splash

taikun tu kemurungan..
salahkan bangunan tu sebab dibina tinggi.


macam geng2 sepet kalau pandu lawan arus, eksiden ke.. auto OKU.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2021 11:46 AM | Show all posts
hahahhahahahhahahha
filem tamil sokmo kata

penipu seperti ahli politik
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 11:46 AM | Show all posts
underground replied at 30-11-2021 11:12 AM
taikun tu kemurungan..
salahkan bangunan tu sebab dibina tinggi.

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah membuat sebarang bayaran bagi rancangan projek terowong dasar laut kerana kajian kebolehlaksanaannya belum lagi diterima serta diluluskan oleh kerajaan negeri. Sebaliknya, jelas Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, bayaran sebanyak RM208 juta yang telah dibuat melalui kaedah pertukaran tanah (exchange land) kepada kontraktor Consortium Zenith Construction (CZC) adalah bagi kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci untuk tiga projek lebuh raya sahaja.
Jelasnya, kos bagi kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci bagi projek tiga lebuh raya dan terowong bawah dasar laut pula adalah berjumlah RM305 juta.  “Walaupun sudah banyak kali penjelasan diberikan oleh kerajaan negeri mengenai perincian projek dasar laut yang telah dianugerahkan melalui tender terbuka pada 2012, namun masih lagi berlaku banyak penyelewengan fakta oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai desakan beberapa pihak supaya kerajaan negeri menjelaskan mengenai status pemberian tanah kepada konsortium projek dasar laut sebagai bayaran untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek tersebut.Desakan itu berikutan wujud dakwaan projek terowong dasar laut berkenaan mungkin tidak akan diteruskan dan digantikan dengan pembinaan jambatan ketiga sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tanah yang diserahkan terbabit yang kini sudah dibangunkan dengan kediaman.
Dalam pada itu Kon Yeow menjelaskan, kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut ketika ini telah siap dan akan dibentangkan kepada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri sejurus segala ulasan daripada agensi teknikal termasuk agensi-agensi Persekutuan diterima.Berkenaan cadangan menggantikan terowong bawah dasar laut dengan jambatan pula jelasnya, kajian kebolehlaksanaan yang dilakukan oleh CZC adalah untuk terowong bawah dasar laut sahaja, bukannya untuk jambatan.
“Walaupun Kerajaan Negeri tidak menolak kemungkinan membina jambatan sebagai link ketiga, namun ia belum lagi dipertimbangkan. “Sebarang pertimbangan hanya akan dilakukan setelah kajian kebolehlaksanaan dibentangkan secara rasmi kepada kerajaan negeri,”

https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/tiada-pembayaran-untuk-projek-terowong-dasar-laut/




Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 11:49 AM | Show all posts
https://www.bharian.com.my/bisne ... ojek-tanjong-pinang

KUALA LUMPUR: Ewein Zenith II Sdn Bhd (EZII), anak syarikat milik penuh Ewein Bhd, memeterai perjanjian usaha sama dengan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZC) untuk menetapkan terma dan syarat bagi cadangan pembangunan tanah di Tanjong Pinang, Pulau Pinang.

EZII, yang juga anak syarikat milik penuh Ewein Zenith Sdn Bhd (EZ), adalah calon yang dilantik untuk membangunkan tanah seluas 1.76 ekar itu yang ditandakan sebagai Plot 1 dengan kos RM159.75 juta.

Ewein berkata, CZC dianugerahkan projek oleh kerajaan Pulau Pinang untuk mereka bentuk, membina dan menyiapkan jalan raya sehala ke jalan pesisir pantai sedia ada dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang (Jalan Sehala Pesisir Pantai Utara) dan jalan pintas dari Bandar Baru Ayer Itam (Farlim) menghubungkan ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (Ayer Itam-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu).

Selain itu, CZC juga memperoleh kontrak mereka bentuk, membina dan menyiapkan jalan pintas untuk menghubungkan bahagian pinggiran utara (Persiaran Gurney) ke koridor timur pulau itu (Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu) mengelakkan daerah perniagaan pusat George Town (Persiaran Gurney-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu) dan laluan ketiga (terowong) dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam, Daerah Utara Seberang Perai.

DISYORKAN UNTUK ANDA
Ewein dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, cadangan usaha sama itu akan dibiayai menerusi dana dalaman syarikat dan/atau pinjaman bank.


Memandangkan lokasi strategik tanah itu, syarikat berkenaan membayangkan pembangunan itu akan menguntungkan dan sejajar dengan pelan strategik jangka panjang kumpulan untuk mengukuhkan perniagaan pembangunan hartanahnya.


“Justeru, ia dijangka memberi sumbangan positif kepada kedudukan kewangan Ewein Group dan seterusnya menyediakan nilai yang baik kepada pemegang saham syarikat,” kata syarikat itu.

huwa manyak ong...sulah dapat tanah flee, terowong talak siap

dapat tanah mau bikin condom aluminium mewah..

solly aa..PRN sarawak lambat lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 11:54 AM | Show all posts
Saksi berkata, Guan Eng adalah kenalannya sejak tahun 90-an kerana sama-sama terlibat dalam bidang politik

harap macai2 hadam lah pengakuan jujur ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
datuk zarul tu ayah maria elena tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang tak rasa pelik ke tiber heols tanak bertanding lepasni? Iols saspek must be something heols terkantoi, kene ugut utk pencen awal or else….

Dalam ramai2 politician di mesia ni heols top on my list nak tengok hancorrr lebur career dia so that bini entitled dia tuh sedar diri. Second in line, si jibauk bibir pink
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw bini tolol heols pernah meratib yidin xpernah return her GL (rasanya salah sebut ni tp seems to be mcm retainer nak tender2 something).. so tak mustahil heols ni pernah ajar bini tender pojek gomen. Maybe benda camni yg buat heols takleh nak dump bini white chick ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Bini dia cakap Yidin pegang dia punya BG (Bank Guarantee).. Ntah apa ntah. Patutnya kalau cukup syarat, confirm dapat balik BG…

Kaki merempan so, tak tau lah apa yang betul apa yang salah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.076232 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list