CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 691|Reply: 7

[Dunia] Gagal bayar hutang pinjaman, China sudah ambilalih international airport Entebbe, Uganda

  [Copy link]
Post time 30-11-2021 08:59 AM | Show all posts |Read mode
China ambil alih Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe
Agensi

Kampala: China dilaporkan akan mengambil alih Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe, Uganda dan beberapa aset lain di negara Afrika Timur itu.

India Times melaporkan ia sebagai satu lagi langkah China untuk memperoleh aset asing kerana negara peminjam gagal melunaskan pinjaman.

Presiden Uganda, Yoweri Museveni dikatakan sudah menghantar delegasi ke Beijing untuk rundingan semula dengan kerajaan China.

Sebelum ini, kerajaan pimpinan Museveni menandatangani perjanjian dengan Bank Exim China untuk meminjam AS$207 (RM863 juta) bagi pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe.

Pinjaman itu mempunyai tempoh matang selama 20 tahun termasuk tempoh penangguhan tujuh tahun.

Ia bermakna Uganda mungkin menyerahkan satu-satunya lapangan terbang bertaraf antarabangsanya kepada bank berkenaan.

Negara itu bagaimanapun, berusaha merundingkan semula perjanjian itu, tetapi tidak berjaya.

Uganda pada Mac 2021 menghantar delegasi ke Beijing dengan harapan dapat merundingkan semula klausa perjanjian itu.

"Pendedahan bahawa kerajaan Uganda menandatangani perjanjian antara lain mengetepikan imuniti untuk aset kedaulatannya menimbulkan persoalan mengenai tahap penelitian dan usaha wajar dilakukan birokrat di peringkat antarabangsa," menurut laporan allafrica.com.

Disiarkan pada: November 30, 2021 @ 6:30am
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:28 AM | Show all posts
rasanya tiada masalah pun airport org lain yg manage..sbb imigrisin, kastam masih mereka punya

dari segi sekurity mcm tak baguslah, umpama bini kena pinjam ...malu malu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:33 AM | Show all posts
Simunggu replied at 30-11-2021 10:28 AM
rasanya tiada masalah pun airport org lain yg manage..sbb imigrisin, kastam masih mereka punya

dari ...

mcm cerita anak bapak / keluarga 69
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 01:36 PM | Show all posts
Malaysia jaga2. Berhutang memanglah sedap

Itu pun ada yang masih gigih nak HSR demi nak bangga padahal naiknya mungkin sekali seumur hidup.

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 02:07 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 1-12-2021 02:09 PM

Lapangan terbang milik MAHB di Turki kelima paling sibuk di Eropah
| | 11 November 2020


Lapangan Terbangan Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen milik MAHB disenaraikan di kedudukan kelima sebagai lapangan terbang paling sibuk di Eropah.

KUALA LUMPUR - Aset luar negara Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) Lapangan Terbangan Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen di Turki disenaraikan di kedudukan kelima sebagai lapangan terbang paling sibuk di Eropah, mencatatkan purata harian hampir 500 penerbangan.
MAHB berkata, Pertubuhan Eropah bagi Keselamatan Navigasi Udara (Eurocontrol) yang beribu pejabat di Brussels, Belgium mengumumkan senarai kedudukan tersebut pada Oktober 2020.
“Kemampanan kumpulan Malaysia Airports disokong penuh oleh pemulihan menggalakkan yang dicatatkan SAW dalam tempoh beberapa bulan lepas.
“Sejak Julai 2020, trafik penumpang di SAW menyumbang lebih 50 peratus daripada jumlah keseluruhan kumpulan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, pada Oktober 2020, SAW menyumbang 60 peratus daripada jumlah trafik penumpang kumpulan itu sebanyak 2.6 juta.
Mohd Shukrie berkata, pemulihan di SAW dipacu terutamanya daripada perjalanan domestik di Turki.
“Bagi Oktober, trafik penumpang domestik berjumlah 80 peratus tahun ke tahun daripada angka sebelum Covid-19 manakala trafik penumpang antarabangsa sebanyak 40 peratus tahun ke tahun.
“Syarikat penerbangan asing terbaharu yang menyambung semula operasi di SAW ialah Salam Air dari Muscat dengan kekerapan penerbangan dua kali seminggu,” katanya.
Bagi operasi di Malaysia, MAHB berkata, trafik penumpang domestik terus terjejas akibat daripada pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Bagaimanapun, katanya, sebanyak 35 syarikat penerbangan sedang beroperasi dari Malaysia ke 31 destinasi di 23 negara, yang menyediakan sambungan penerbangan penting bagi negara.
“Syarikat penerbangan asing terbaharu yang menyambung semula operasi di Lapangan Terbang Antarabagsa KL adalah Nepal Airlines dari Kathmandu pada 26 Oktober 2020, dengan kekerapan penerbangan empat kali seminggu,” katanya.
Susulan permulaan operasi hab e-penunaian di Hab Cainiao Aeropolis eWTP, Malaysia, pada awal November 2020, KLIA berharap dapat menambah baik sambungan penerbangan di lapangan terbang itu dengan peningkatan kekerapan dan kapasiti pesawat pengangkut. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ing-sibuk-di-Eropah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Msia ada hutang china x?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ada hutang dengan Mainland x..? Yg projek xder faedah (lupa nama)kt Johor tu kira mcm mana...?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 10:55 PM | Show all posts
Uganda dia ambik. Ada lg satu yg dia ambik kat mana eh? Bangladesh ke sri lanka ke?
Nnt HSR kne ambik padan muka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-5-2022 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.100025 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list