CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 566|Reply: 0

[Sabah] 2 Lelaki Terperangkap Dalam Ruang Mesin ATM Di Keningau

[Copy link]
Post time 29-11-2021 09:56 PM | Show all posts |Read mode


Dua individu diselamatkan pasukan bomba selepas terperangkap dalam ruang mesin ATM di sebuah bank di Keningau. – Foto BOMBA

KENINGAU: Dua lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam ruang mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 30-an dipercayai masuk ke bank berkenaan untuk mengeluarkan wang.

Bagaimanapun, pintu bank berkenaan tiba-tiba terkunci secara automatik sehingga memaksa kedua-dua mangsa menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.15 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan empat anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa terbabit.

“Siasatan awal mendapati, semua mangsa terperangkap di ruangan mesin ATM selepas pintu automatik (roller) tertutup sendiri secara tiba-tiba.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian segera membuat ‘size up’ menggunakan peralatan ‘crowbar’,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa dikeluarkan tanpa mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat pada jam 2.38 pagi. – BH Online


sabahpost.net/2021/11/29

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.061111 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list