CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 491|Reply: 0

[Sarawak] Penganggur miliki 0.06 gram Methamphetamine didenda

[Copy link]
Post time 29-11-2021 09:50 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman denda RM2,600 atau enam bulan penjara sekiranya gagal membayar oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan memiliki 0.06 gram Methamphetamine.

Tertuduh, Ewan Mortada, 26, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Lelaki dari Simunjan itu didakwa melakukan perbuatan terbabit pada 20 September 2020, jam lebih kurang 5.30 petang di Kampung Tabuan Tengah, Tabuan Lot, di sini.

Berdasarkan keterangan kes, tertuduh ditahan di tepi jalan berhampiran kampung tersebut oleh sepasukan polis Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (BJSJN) Kuching susulan dia disyaki terlibat dengan kegiatan dadah.

Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan satu paket plastic lutsinar yang mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine.

Tertuduh seterusnya ditahan oleh polis pada hari sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta sama kerana memiliki dadah berbahaya yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang mekanik dijatuhi hukuman denda RM2,200 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar setelah mengaku bersalah mengambil dadah jenis Methamphetamine.

Sarifudin Suhaili, 26, didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 6 Oktober 2016 bertempat di Pejabat Bahagian Jenayah Narkotik Kuching, pada jam 12.15 tengah malam.
Tertuduh didakwa dan disabitkan mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) Akta sama.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.


utusanborneo.com.my/2021/11/29

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.148191 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list