CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 96|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki maut, motosikal rempuh tiang elektrik

[Copy link]
Post time 29-11-2021 09:39 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang merempuh tiang elektrik di Jalan Daiken Tanjung Kidurong, awal pagi tadi.

BINTULU: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan lalu merempuh tiang elektrik dalam kemalangan di Jalan Daiken Tanjung Kidurong, sekitar 1.25 awal pagi tadi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu, mangsa dikenali sebagai Maxlister Miyut Chendang, 28.

"Pasukan paramedik yang turut berada di lokasi kejadian mengesahkan magsa sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan," jelasnya.

Menurut Alexson, siasatan awal yang dijalankan mendapati semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang bergerak dari arah pusat bandar menuju ke Sungai Plan.

Sampai di satu laluan lurus ujarnya, motosikal ditunggang mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas serta merempuh tiang elektrik di sebelah kiri jalan.

Kes ini katanya akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat.


utusanborneo.com.my/2021/11/2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-1-2022 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.097809 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list