CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 1287|Reply: 15

[Tempatan] Caj 50 sen air ikat ‘mati’, ini penjelasan peniaga masa pegawai Kementerian Perdagangan datang

[Copy link]
Post time 29-11-2021 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA- ‘Kalau benda ini ada dulu, aku dah kaya sekarang, berapa ramai minta air bungkus dulu,” itu antara reaksi diberikan pengguna media sosial apabila tular sekeping resit menunjukkan caj sebanyak RM0.50 dikenakan untuk mengikat bungkusan air.

Caj sebanyak RM0.50 hanya untuk mengikat ‘mati’ bungkusan air itu bukan sahaja disifatkan sebagai keterlaluan malah tidak masuk akal memandangkan perkara itu mudah dan senang untuk dilakukan oleh peniaga.

Menerusi perkongsian @usaidsubki di Twitter, lelaki itu menunjukkan sekeping resit daripada sebuah restoran di ibu negara dengan memaparkan jumlah keseluruhan pesanan sebanyak RM20.50.

Daripada jumlah itu, bayaran sebanyak RM7 dikenakan bagi menu nasi goreng ikan masin, tomyam (RM11), teh ais (RM2 serta caj ‘ikat mati’ sebanyak RM0.50.

“Terjumpa gambar ini di Facebook, sudahlah sayur dan roti naik harga, harga ikat mati pun kena caj sekarang,” tulisnya ringkas.

Perkongsian lelaki berkenaan mendapat lebih 4,293 ciapan balas selain 5,153 tanda suka daripada pengguna media sosial yang turut memberikan pelbagai reaksi berhubung perkara itu.

Tangkap layar resit menunjukkan caj sebanyak RM0.50 dikenakan bagi ‘ikat mati’ bungkusan air.

“Tak rasa kedai ini salah, sebab biasanya kalau kedai airnya dibungkus, harga akan mahal sikit sebab bila bungkus air lebih banyak, tapi nak buat macam mana, orang salah faham,” jelas @AmeerZachery.

“Dah tiba masanya untuk kurangkan air manis dan minum air masak, jimat RM2.50, boleh tambah duit beli sayur,” seloroh @TiadaCarut.

“Makin dasyat dunia sekarang, ikat mati pun kena RM0.50,” kata @Nrlizzahmank.

KPDNHEP Keluarkan Kompaun

Susulan itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur telah membuat kujungan ke restoran tersebut



Hasil pemeriksaan dari pihak KPDNHEP mendapati restoran tersebut gagal mempamerkan tanda harga minuman termasuklah harga untuk minuman yang dibungkus (ika mati)

Pihak KPDNHEP WPKL juga telah mengeluarkan kompaun disitu juga kepada pemilik premis restoran tersebut dibawah akta AKHAP 2011 kerana gagal mempamerkan tanda harga

Menurut peniaga tersebut, setelah isu resit tersebut menjadi viral, mereka telah menukar sistem dalam resit dengan menggantikan perkataan ikat mati kepada perkataan bungkus

Semoga isu seperti ini dapat di selesiakan dengan baik bagi mengelakkan kekeliruan dari orang ramai

https://www.kosmo.com.my/2021/11/27/air-ikat-mati-pun-kena-caj-50-sen/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2021 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Caj 50 sen air ikat ‘mati’, ini penjelasan peniaga masa pegawai Kementerian Perdagangan datang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 11:01 AM | Show all posts
sbb tulis ikat mati je ko up ye....
mmg std teh ais bungkus 2.50 ke 3.00 bang...bengap btol kwn tu...

tau viral je..meh tgk muka ko...ishhh...dh rest kwn tu ko kacau...

kalo mamak ko lepak byr teh ais 4 inggit ok je....biawak btol
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 11:03 AM | Show all posts
biasa air harga bungkus and harga minum memang lain..
cumanya resit kau tu tak yah la nak bombastik sangat.
print je teh ais bungkus..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 11:07 AM | Show all posts
ahahhaha....kalau tgk kt grab...dah la harga x sama dgn in store...lps tu di tmbah cas pembungkusan...bukan 50 sen ek...ikutlah if mknn harga lain, if minuman harga lain

kome beli je jugakan...

so bukan isu besar...

hari tu nak beli pakeeza...mahal siot harga nya...cmpur lg kos pembungkusan...gilo..kire jela sekali...mungkin x jadi isu besar
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 11:14 AM | Show all posts
akak kemana pegi bawak bekal, dik. buat sakit hati je dgn peniaga peniaga ni,makan jualan dahla tak sedap rasa macam air kaki...banyak songeh caj sana sini.

sekarang ni pegi keja aku bawak bekal. anak sekolah aku bekal.

pegi berjalan jauh sikit dari rumah contohnya pegi KL ke, pegi seremban ke PD ke, aku bawak bekal.

asal pegi hiking, khemah, pegi bermalam kat airbnb atau apartment mana-mana semuanya aku bawak camping stove / portable cooker.

kalau ye pun nak makan, aku makan je kat kfc, mcd, chicken rice shop...tempat yg mmg tahu dah harga makanannya fixed

food panda pun caj berantu! nasi goreng bodo pun berbelas hinggit! semoga semua peniaga jahat cekik darah ni mati jatuh gaung!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 12:53 PM | Show all posts
merrissa replied at 29-11-2021 11:07 AM
ahahhaha....kalau tgk kt grab...dah la harga x sama dgn in store...lps tu di tmbah cas pembungkusan. ...

haaa betul...blm lagi minimum order charges..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 12:55 PM | Show all posts
ritu aku beli nasi ayam through grab, rm 8.50. then last week aku ternampak gerai yg jual nasi ayam aku beli tu. aku stop dan beli lagi, rm 5 je harganya... bnyk betul drg markup kat grab..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus kpdnhep...
To pengguna..kalau dikenakan caj yg tah apa apa boleh report juga
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 02:04 PM | Show all posts
demi viral lagi

kedai tu pun bodoh. tulis je lah teh ais bungkus RM2.50 yang ko bagi detail pecahan macam tu dah kenapa.

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 02:17 PM | Show all posts
kucingitam replied at 29-11-2021 12:55 PM
ritu aku beli nasi ayam through grab, rm 8.50. then last week aku ternampak gerai yg jual nasi ayam  ...

Mmg dekat grab markup harga byk sbb grab pon ambik berapa percent. Lepastu ada kedai tu setiap order kena tambah lagi packaging price, bila smpai hauk jah packagingnyaa. Ingat ke ada ikat reben ke apa smpai 1.50 packagingnya, rupanya plastik kosong jahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pergi makan kat mana, tetiba lupa ingatan kejap, nak tapau makanan tak habis kena charge, sebelum ni takda pun..blur kejap..dan paling best kena bungkus sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 02:42 PM | Show all posts
Baguslah dah makin celik hak pengguna
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 03:14 PM | Show all posts
.
Mengapa dulu ada kes caj 30sen untuk Ikat Tepi, berbeza dengan kes sekarang caj 50sen untuk Ikat Mati.? .......
.

.
https://www.astroawani.com/gaya- ... is-ikat-tepi-149869 - Netizen bengang restoran di R&R caj 30 sen untuk servis ikat tepi - 21 Julai 2017

https://www.mstar.com.my/lokal/s ... un-premis-ikat-tepi - 2017/07/24 - kompaun-premis-ikat-tepi

.
Adakah semua minuman yang dibungkus di restoran2 dicaj lebih mahal, iaitu lebih mahal 30sen hingga 50sen.?
.



Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo.  Okla tu air teh ais 2.50.bukan teh o ais...ko paham sendiri je la...ikat tepi ke apa...semua bende nak viral..meluat gak org....vongok. org viral ko pon sebok ngikot...laen kali bancuh kat umah je mengong...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 04:37 PM | Show all posts
tak perlu mention pun cas ikat tepi tu
kalo letak rege nes air nam hengget pun org redha je
haiyo ikat pun ada upah ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2022 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.148824 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list