CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 726|Reply: 1

Jual Perabot, Roboh Bumbung Rumah Ibu Demi Beli Hadiah Untuk Kekasih

[Copy link]
Post time 29-11-2021 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Jakarta – Gara-gara ingin membeli hadiah kepada kekasih, seorang lelaki tergamak menjual perabot dan merobohkan bumbung rumah ibunya sehingga akhirnya dia diserahkan kepada polis oleh wanita berkenaan, lapor laman berita Merdeka.com.


Lelaki berusia 24 tahun itu mengaku bersalah dan berbuat demikian bagi mendapatkan wang untuk membelikan hadiah kepada kekasihnya.


Malah, ketika disoal siasat oleh pihak polis, dia tidak lupa untuk mengingatkan kekasihnya agar menjaga kesihatan dan pemakanan.




Foto: Merdeka.com




Menurut Ketua Polis Bantul, Asisten Komisioner Ihsan, lelaki itu mula menjual perabot ketika ibunya tiada di rumah memandangkan hanya mereka berdua yang tinggal di rumah itu.


“Sehingga kini, hasil jualan perabot itu sudah mencecah 30 juta rupiah (RM8,822).


“Perabot di dalam rumah itu telah habis dijual. Oleh kerana tidak tahan lagi dengan sikap anaknya, ibu suspek kemudian melaporkannya kepada pihak polis,” kata Ihsan.


Hasil wang tersebut digunakan lelaki itu untuk membeli hadiah seperti makanan, beg tangan dan baju untuk kekasihnya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan acik dapat anak biawak.... Gf pun masih mahu Bf biawak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.058096 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list