View: 1372|Reply: 12
|
Pukul Kawan Hamil, Belah Perut, Curi Bayi
[Copy link]
|
|
Brazil– Seorang wanita dari Brazil dijatuhkan hukuman penjara 57 tahun selepas didapati bersalah memukul rakannya yang hamil sehingga mati dengan menggunakan batu bata sebelum membelah perut dan mencuri bayi dalam kandungan wanita itu, lapor akhbar New York Post.
Tertuduh, Rozalba Maria Grime, 27, dalam kejadian pada 27 Ogos tahun lalu telah mengajak mangsa, Flavia Godinho Mafra, 24, ke sebuah kawasan tapak tembikar lama di bandar Canelinha.
Grime kemudiannya bertindak memukul mangsa beberapa kali pada bahagian kepala dengan menggunakan batu bata sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.
Grime, Foto: Newsflash
Dia kemudian menggunakan sebilah pisau untuk membelah perut mangsa dan mengeluarkan bayi dalam kandungannya sebelum menyembunyikan mayat wanita itu.
Selepas melakukan pembunuhan kejam tersebut, tertuduh pergi ke hospital bersama kekasihnya dan memaklumkan kepada jururawat di situ bahawa dia baru melahirkan seorang bayi.
Pihak hospital bagaimanapun mencurigai dakwaan tertuduh, lantas menghubungi polis.
Semasa perbicaraan yang berlangsung selama 15 jam, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia telah merancang jenayah itu dan mengkaji mengenai cara-cara mengeluarkan bayi yang belum lahir dari rahim serta cara-cara memalsukan simptom kehamilan dan melahirkan anak.
Dia disabitkan dengan jenayah pembunuhan kejam, cubaan membunuh bayi, menyembunyikan mayat, menghalang keadilan, menculik kanak-kanak bawah umur dan menafikan hak bayi yang baru lahir. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Semasa perbicaraan yang berlangsung selama 15 jam, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia telah merancang jenayah itu dan mengkaji mengenai cara-cara mengeluarkan bayi yang belum lahir dari rahim serta cara-cara memalsukan simptom kehamilan dan melahirkan anak.
tp x dpt tipu pihak hospital jgk.. dh ko beranak, mmg la nurse n doc nk check badan tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Fuuh semangat...aku ingat ticher chzy.....
Hati hati chzy.....
Kami paham time is bad...so please...jgn upah org utk lakukan perkara ini terhadap ko ok?
|
|
|
|
|
|
|
|
Duh horror banget beritanya |
|
|
|
|
|
|
|
Bugisdumb atas ni ni tak penat ke menyamar jadi mbak indon? |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm Lisa Montgomery kan..
Tp biasa org cmni background story diorg sedih sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mental betul sampai sanggup berbuat macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kat luar negara selalu ade berita gini, kat belah sini takde sapa heran nak curi baby dlm perut orang.
Maybe blm terdesak lagi kot takpun takde keberanian nak belah perut org. |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Giler.. apa motif kau ni hah.. dengki dengan kawan kau ke smpai sggup bunuh
|
|
|
|
|
|
|
|
tempat shithole mcm brazil tu bersepah anak yatim dan street kids. culik je satu. kalo dorang hilang mmg nobody look for them. truth hurt tapi mmg tu hakikatnya di dunia fana ni. ni ko pi susah2 plot a crime. |
|
|
|
|
|
|
| |
|