CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 549|Reply: 0

[Sarawak] Rumah panjang nyaris musnah terbakar

[Copy link]
Post time 28-11-2021 07:58 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan kebakaran melibatkan longgokan barang-barang di bawah rumah panjang tersebut.

MIRI: Kebakaran melibatkan longgokan barang-barang di bawah rumah panjang nyaris mengakibatkan Rumah Stephen, Ulu Niah dekat sini musnah dalam kejadian hari ini.

Namun kepantasan penduduk rumah panjang yang memadamkan kebakaran menggunakan baldi air berjaya menyelamatkan rumah panjang tersebut.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Law Poh Kiong berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan tersebut sekitar jam 10.27 pagi.

"Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah diketuai Ketua Balainya Rary Binji bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sekitar 18 kilometer dari balai sejurus menerima panggilan tersebut.

"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian mendapati kebakaran longgokan barang-barang di bawah rumah panjang telah berjaya dipadamkan oleh penduduk menggunakan baldi air," katanya dalam satu kenyataan.

Law berkata pasukan bomba seterusnya membuat pemeriksaan untuk memastikan keadaan selamat dan tiada punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.

"Tiada operasi pemadaman dijalankan kerana api telah dipadamkan oleh penduduk sebelum pasukan bomba sampai.

"Setelah memastikan keadaan selamat, pasukan bomba kemudiannya bertolak balik ke balai kira-kira jam 11.08 pagi," ujarnya.


utusanborneo.com.my/2021/11/28

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.097791 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list