CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 117|Reply: 0

[Sarawak] Menteri cemburu Sarawak membangun pesat, Kelantan tertinggal

[Copy link]
Post time 28-11-2021 07:52 PM | Show all posts |Read mode
TANJUNG MANIS: Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa berkata, beliau cemburu dengan pembangunan yang dilihatnya berlaku di Sarawak kerana negeri kelahirannya, Kelantan masih ketinggalan dan rakyat belum dapat mengecapi nikmat pembangunan sepenuhnya berikutan senario politik yang sentiasa berubah.

“Sebab itu saya ucap terima kasih kerana rakyat di Sarawak sentiasa bersatu padu, sentiasa bekerjasama memberikan sokongan kepada kerajaan dan hasilnya kita mendapat sebuah negeri yang semakin hari semakin maju, rakyat yang bersatu padu dan merasai kesenangan dan kesejahteraan bersama,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Perkhidmatan Jalur Lebar Satelit (VSAT Wi-Fi) di Rumah Baki, Kampung Sebayang dekat sini hari ini.
Menurut beliau, pelaksanaan pembangunan di Sarawak bukan perkara mudah dan ia menelan kos yang amat besar.

Memberi contoh penyediaan kemudahan infrastruktur internet di luar bandar, beliau berkata untuk mendirikan sesebuah menara, memerlukan RM3 juta dengan perbelanjaan meliputi kos membina menara, sewaan tapak tanah dan sewaan peralatan.

Meskipun mahal, Annuar berkata atas permintaan kerajaan GPS untuk mempercepatkan pembinaan menara-menara tersebut, kerajaan Persekutuan telah melaksanakannya yang menyaksikan lebih 600 tender pembinaan menara telekomunikasi baharu telah dikeluarkan dan ia akan ditambah pada masa akan datang.

“Kerana kita mahu semua rakyat Malaysia di bawah konsep Keluarga Malaysia yang ditekankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak kira di mana sahaja mereka berada, berpeluang mendapat akses kemudahan internet ini,” katanya.


sarawakvoice.com/2021/11/28

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-5-2022 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.174973 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list