CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 58|Reply: 0

[Sarawak] Limbang perlu sebuah balai bomba mini

[Copy link]
Post time 28-11-2021 04:18 PM | Show all posts |Read mode


Khirudin (kanan) menyerahkan cenderamata kepada Hasbi, disaksikan Mohd Hazmin (kiri).

LIMBANG: Limbang memerlukan sebuah lagi balai bomba mini untuk dibina di kawasan Batu Danau bagi mempercepatkan kerja memadam kebakaran yang berlaku juga meliputi kawasan Medamit.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Hasbi Habibollah berkata, balai bomba yang ada di daerah ini tidak mencukupi untuk menangani kes pemadaman khusus di kawasan Batu Danau dan Medamit.

Beliau berkata permohonan untuk membina balai bomba mini di simpang Batu Danau sudah disuarakan kepada kerajaan sebelum ini.

“Sebuah balai bomba di Limbang memang tak cukup, ini kerana keadaan Limbang yang berbukit khusus di sebelah ulu, dan masalah kesesakan teruk.

“Jika kebakaran berlaku disebelah Medamit dan Batu Danau, bomba tak boleh buat apa-apa kerana kedudukan yang jauh dan sebab itu kita minta bina sebuah lagi balai bomba mini di simpang Batu Danau,” katanya pada Majlis Makan Malam dan Apresiasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang dekat sini malam tadi.

Turut sama ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Datu Khirudin Drahman, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Ketua JBPM Zon Tujuh Limbang Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal, dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang Clarence D.Primus Tiandun.

Ahli Parlimen Limbang itu berkata lagi dengan adanya kemudahan balai bomba mini itu, ia dapat mempercepatkan kerja pemadaman di kawasan pedalaman dan jauh dari pusat bandar tanpa bergantung sepenuhnya kepada balai bomba yang sedia ada.

Hasbi turut berharap bomba sungai dapat ditubuhkan khusus di kawasan perkampungan di kawasan sungai untuk menangani kes kebakaran di kawasan tersebut.

Katanya penubuhan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) amat perlu di daerah  ini terutama di kawasan perkampungan yang jauh dari bandar setiap kali kebakaran berlaku.

"PBS juga ditubuhkan kerajaan untuk menghidupkan kembali amalan kesukarelaan dalam kalangan masyarakat selain menggerakkan semangat dan persiapan menangani kebakarn sebelum jentera tiba di lokasi," katanya lagi.


utusanborneo.com.my/2021/11/28


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-1-2022 01:29 PM GMT+8 , Processed in 21.638087 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list