View: 1207|Reply: 9
|
[Tempatan]
Jakim akan panggil ustaz berhubung isu mandi Safar
[Copy link]
|
|
*Jakim akan panggil ustaz berhubung isu mandi Safar*
Kota Bharu: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil seorang ustaz sekiranya perlu berhubung kuliah agama mengenai mandi Safar yang tular sejak kelmarin.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, perkara itu sudah dalam pengetahuan pihak jabatan agama negeri.
Beliau berkata, berkaitan amalan mandi Safar yang tular itu, ia adalah khurafat dan perkara itu sudah disebut dalam hadis Bukhari dan sahih Muslim bahawa tidak ada kesialan dalam bulan Safar.
"Ini antara amalan jahiliah yang kita kena buang serta ubah masyarakat kita supaya tidak menganggap bulan Safar sebagai bulan sial.
"Nabi menegur kerana perkara ini berlaku sejak jahiliah dan pada zaman Nabi pun, sudah ada sehingga Nabi sebut dalam hadis bahawa tidak ada kesialan dalam bulan Safar.
"Jika masyarakat kita cuba hidupkan kembali amalan mandi Safar ini, seolah-olah ia kembalikan kepada zaman jahiliah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada 18 keluarga mangsa kebakaran di Jalan Sultanah Zainah, di sini, hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial kuliah agama menerusi dalam talian seorang ustaz berhubung amalan mandi Safar.
Menerusi kuliah berkenaan, ustaz terbabit mengatakan mandi Safar itu adalah mandi pada hari Rabu terakhir bulan Safar sebagai usaha menolak bala.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Marzuk berkata, pihaknya mengarahkan Jakim dan jabatan agama negeri supaya memantau kuliah agama oleh pemegang tauliah yang bebas mengajar di masjid dan disiarkan melalui media sosial.
"Pihak kita sudah ada perbincangan secara dalaman terhadap apa saja isu yang tular dan kita memohon pihak berkuasa agama meneliti isi kandungan penceramah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/11/782105/jakim-akan-panggil-ustaz-berhubung-isu-mandi-safar-metrotv
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap jakim/maik/jaheik panggil sekali sohai laksa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ust.Muhaizad ni bagi aku seorang yang lebih terbuka terhadap benda yg label kurafat.
Taktaulah kebenaran disebalik dakwaan/aduan |
|
|
|
|
|
|
|
xde plk yg berani. atau sb x de org report? kena ada yg report dlu baru ada tindakan rsanya..
|
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 28-11-2021 01:21 PM
xde plk yg berani. atau sb x de org report? kena ada yg report dlu baru ada tindakan rsanya..
Zaman skrg kena viral baru tindakkan |
|
|
|
|
|
|
|
Ustaz ni la yang kata pakai emas boleh kawal nafsu… |
|
|
|
|
|
|
|
Bad boy dalam dunia dakwah.
Jangan risau sahabat2, nanti bila terlalu tegang. Lepat akan kembali menyatukan semula geng2 ni dgn menjadi punching bag mereka semula. |
|
|
|
|
|
|
|
JokesCop replied at 28-11-2021 02:29 PM
Bad boy dalam dunia dakwah.
Jangan risau sahabat2, nanti bila terlalu tegang. Lepat akan kembali me ...
Tp dia tk emsem rata2 badboy muka mengancam |
|
|
|
|
|
|
|
Bab mengikut amalan arab ni org melayu memang suka,tak kira benda betul atau salah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|