CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 610|Reply: 0

[Sabah] Bandar Digital Tun Said pemangkin pembangunan Utara Sabah

[Copy link]
Post time 27-11-2021 03:25 PM | Show all posts |Read mode


MOU: MoU dimeterai untuk pembangunan Bandar Digital Tun Said Kota Belud.

KOTA KINABALU: Kota Belud dijangka akan mengalami tranformasi pembangunan yang akan memberi manfaat kepada penduduknya.

Menerusi Teknologi Komunikasi dan Informasi oleh Qhazanah Sabah Bhd (QSB), Kota Belud dijangka mampu berkembang menjadi bandar satelit.

QSB dengan kerjasama dengan pemaju Berjaya Land Bhd (B-Land) akan membangunkan Bandar Digital Tun Said yang terletak hanya 5 kilometer dari Kota Belud.

Kedua-dua syarikat itu menandatangan satu Memorandum Persefahaman (MoU) pada Jumaat lalu untuk membangunkan projek terbabit. Ia disaksikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin.

Jafry berkata, bandar baharu itu penting sebagai pemangkin pembangunan ekonomi di Sabah khususnya bahagian utara negeri ini.

Katanya, ia juga akan menjadikan Kota Belud sebagai bandar pelancongan selari dengan Projek Bandar Pintar Bira-Biraan.

"Kota Belud memerlukan pemangkin untuk membangun memandangkan bandar ini tidak rancak dalam aktiviti pembangunan," katanya.

Menurutnya, bandar berkenaan juga kini menjadi sebuah daerah dengan populasi warga tua yang ramai berbanding golongan muda kerana telah berhijrah ke kawasan lain bagi mencari peluang pekerjaan.

"Pembangunan ini akan menghasilkan pelbagai peluang pekerjaan, kita juga boleh menerokai peluang pelancongan dan mengelakkan daripada penghijrahan beramai-ramai golongan muda ke daerah lain.

"Bandar Digital Tun Said dijamin akan menarik minat dan bakat golongan muda dalam pelbagai perniagaan dan pekerjaan," katanya.

Selain itu katanya, bandar baharu itu juga akan menyediakan rumah kepada kakitangan awam di Kota Belud selain pembangunan kawasan perumahan dan komersial.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi QSB Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak serta tetamu kehormat yang lain.


utusanborneo.com.my/2021/11/27

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.110160 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list