CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 462|Reply: 0

[Terengganu] KBBM bantu perniagaan hampir lumpuh, bernyawa semula

[Copy link]
Post time 27-11-2021 01:37 PM | Show all posts |Read mode
KBBM bantu perniagaan hampir lumpuh, bernyawa semula

BERNAMA



PENGUSAHA makanan tradisional jenama ‘Bekang Tok Minoh’ Noryati Alias menyediakan kuih bekang semasa ditemui di premisnya di Kuala Ibai. FOTO BERNAMA


Kuala Terengganu: Pandemik Covid-19 bukan sahaja menjejaskan peniaga kecil, malah turut memberi tempias kepada empayar perniagaan yang kukuh terbina selama beberapa generasi.

Tidak terkecuali perusahaan makanan tradisional jenama 'Bekang Tok Minoh' yang bertapak dalam dunia perniagaan sejak lebih 80 tahun lalu, namun terpaksa ditutup hampir dua tahun ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Bagaimanapun, pengusahanya, Noryati Alias, 59, berkata, dia bersyukur kerana pada saat 'kejatuhannya', kerajaan melalui pelbagai medium termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa prihatin dan menyediakan bantuan bagi memulihkan perniagaannya.

Beliau berkata, antaranya Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang dilaksanakan KPDNHEP telah membantu memperkenalkan semula produk kuih bekangnya kepada pembeli setelah sekian lama tidak beroperasi.

Menurutnya, dia tidak mempunyai kios jualan sendiri dan hanya letak kuih di pasar raya tempatan dan kedai di sekitar Kuala Terengganu sahaja.

"Jadi melalui KBBM, banyak karnival diadakan di pasar raya terkemuka dan ini adalah peluang untuk usahawan seperti saya memperkenalkan produk kepada pelanggan baharu.

"Apabila menyertai karnival jualan seperti KBBM, bukanlah nilai jualan semata-mata yang diharapkan. Cukuplah sekadar dapat membayar upah pekerja yang menjaga gerai di karnival. Tujuan utama untuk meluaskan rangkaian kenalan.

"Bukan setakat jual pada harga murah, malah saya memberi kuih bekang dan kuih lain secara percuma kepada orang ramai yang mengunjungi gerai di karnival kerana saya percaya sekiranya mereka menyukai kuih diberi, pastinya mereka akan datang kembali kepada saya (untuk membeli)," katanya.

Noryati berkata, melalui KBBM yang pernah disertainya pada 24 hingga 27 September 2020 di Kuala Terengganu City Center Mall (KTCC) di sini, beliau dapat menyaksikan masih ramai masyarakat termasuk golongan muda meminati kuih tradisional Terengganu itu.

Menceritakan mengenai latar belakang perniagaannya, Noryati berkata, pada 2015 beliau mengambil alih sepenuhnya perniagaan kuih bekang diasaskan arwah neneknya, Minoh Salleh.

Sejurus itu, beliau mengembangkan jenama 'Bekang Tok Minoh' dengan memasarkannya di rangkaian kedai runcit dan pasar raya serta menghasilkan pelbagai produk makanan tradisional seperti rendang ayam, ketupat palas dan pes rendang.

"Bagi memastikan peminat makanan tradisional dapat menikmati kuih 'Bekang Tok Minoh' pada bila-bila masa, saya turut menghasilkan produk dalam bentuk sejuk beku dan pelanggan hanya perlu kukus atau panaskan semula dalam ketuhar gelombang mikro," katanya yang bercita-cita ingin membuka francais jenama 'Bekang Tok Minoh' suatu hari nanti.

Sementara itu, Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, KBBM yang sering dilaksanakan bersama dengan Program Jualan Malaysia (PJM) adalah inisiatif kerajaan dalam merancakkan semula perniagaan terutama industri kecil dan sederhana yang terjejas ekoran penularan Covid-19.

Katanya, selain penganjuran KBBM dan PJM pada 24 hingga 27 September 2020, kementerian turut menganjurkan Jelajah 'Franchise Bay' Peringkat Negeri Terengganu pada 8 hingga 10 April tahun ini dan Program Citarasa Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Terengganu pada 11 hingga 14 November lalu di KTCC.

Disiarkan pada: November 27, 2021 @ 12:25pm


sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.045809 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list