CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1337|Reply: 11

[Dunia] ‘Galaksi satelit’ hilang dari Bima Sakti

[Copy link]
Post time 26-11-2021 09:35 PM | Show all posts |Read mode

Imej tidak bertarikh dari NASA itu menunjukkan pusat Bima Sakti yang dilihat menerusi teleskop angkasa Hubble. - Twitter

‘Galaksi satelit’ hilang dari Bima Sakti

PARIS – Satu kajian baharu mendapati ‘galaksi-galaksi satelit’ iaitu galaksi kerdil berkemungkinan telah lenyap di sekitar Galaksi Bima Sakti, lapor laman berita Wionews semalam.

Bima Sakti terbentuk tidak lama selepas letupan ‘Big Bang’ yang menandakan permulaan alam semesta kira-kira 13.8 bilion tahun yang lalu.

Matahari terletak kira-kira 26,000 tahun cahaya dari lohong hitam supermasif yang berada di pusat galaksi berkenaan dan terbentuk kira-kira 4.5 bilion tahun dahulu.

Penggabungan galaksi seterusnya memainkan peranan penting dalam menentukan galaksi yang sedia ada sekarang.

Satelit Gaia yang dikendalikan oleh Agensi Angkasa Eropah (ESA) telah melakukan analisis baharu yang menunjukkan kebanyakan galaksi di Bima Sakti sebenarnya agak baharu.

Kajian diketuai oleh ahli astrofizik, François Hammer dari Balai Cerap Paris di Perancis itu  disiarkan dalam penerbitan The Astrophysical Journal.

‘’Kami menyimpulkan bahawa disebabkan tenaganya dan sudut momentum, kebanyakan galaksi kerdil ini tidak berumur panjang, kurang dari  2 bilion tahun yang lalu,’’ katanya.

Sagittarius iaitu sebuah galaksi satelit 10,000 kali ganda lebih kecil berbanding Bima Sakti telah melalui dua kali pusingan cakera besar galaksi kita yang mengandungi kira-kira 100 bilion bintang. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... ng-dari-bima-sakti/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2021 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena telan?

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 gen z mana kenal bima sakti..dia orang tahu...milky way je...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 11:39 PM | Show all posts
i see....ade kesan letupan or supernova, quasar etc tak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 12:31 AM | Show all posts
Bima Sakti kini dah mula bergesel dengan Andromeda. Halo (outliers pada galaksi contohnya gas, debu, etc yg keliling setiap galaksi) jela, bukan betul2 kena pada galaksi lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 02:18 AM | Show all posts

ada sesuatu telah berlaku. tapi tak tahu apa dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2021 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 27-11-2021 02:18 AM
ada sesuatu telah berlaku. tapi tak tahu apa dia.

Black hole yg tak dapat dicerap dah telan semuanya?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 02:28 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 26-11-2021 06:19 PM
Black hole yg tak dapat dicerap dah telan semuanya?

Not sure. otak manusia boleh rosak kalau nak pikir pasal alam semesta ni.
sebab terlalu jauh dan besar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronok buta kajian mcm dorg ni..tp kena perah otak la kan buat formula nk buat calculation. Keje iols skrg pun byk perah otak nk buat slide and analysis and recommendation. Itupun iols stress tak larat nk kejar timeline.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 05:41 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn ke hubble dh stop amik gmbr?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:46 AM | Show all posts
Firenzza replied at 28-11-2021 01:35 PM
Bkn ke hubble dh stop amik gmbr?

ya betul...sekarang hubble asyik salpe shj
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.558466 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list