CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 569|Reply: 0

[Terengganu] 800 guni pasir jadi benteng penahan ombak setiap tahun

[Copy link]
Post time 26-11-2021 08:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 26-11-2021 08:48 PM

800 guni pasir jadi benteng penahan ombak setiap tahun

Nurul Fatihah Sulaini
am@hmetro.com.my



AZMAN menyusun batu ke dalam sangkar besi untuk dijadikan benteng pemecah ombak di belakang rumahnya di Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut, di sini. FOTO Nurul Fatihah Sulaini


Besut: Seperti rutin tahunan bagi sepasang suami isteri apabila terpaksa menyediakan sekurang-kurangnya 800 guni pasir sebagai benteng penahan ombak di belakang rumah mereka di Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut, di sini.



Zainab Zakaria, 44, berkata, benteng guni pasir itu hanya mampu bertahan sementara waktu kerana guni itu cepat rosak dan mudah terkoyak.



Katanya, selain menggunakan guni terpakai, dia dan suami, Wan Sopian Nazri Wan Ramli, 45, turut membeli guni digunakan untuk mengisi pati keropok daripada pengusaha keropok di kawasan itu.



"Jika guni sedia ada tidak mencukupi, kami akan beli dengan pembuat keropok selalunya dijual dengan harga 50 sen untuk setiap guni ini.



"Kadang-kala penghulu kampung turut memberi sumbangan guni untuk memudahkan kami membuat persiapan menghadapi hakisan pantai dan ombak besar setiap kali musim tengkujuh," katanya ketika tinjauan di kawasan itu, hari ini.



Zainab berkata, keluarganya seramai enam orang termasuk paling kecil berusia lapan tahun tidak mempunyai pilihan selain terus menetap di situ kerana mempunyai bilangan ahli keluarga ramai.



Katanya, apabila tiba musim tengkujuh, mereka memang tidak tidur lena kerana bimbang berlaku air pasang dan perlu bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).



"Ada penduduk kampung terutama golongan muda mengambil peluang meronda pada waktu malam untuk melihat fenomena air pasang di kawasan ini.



"Bahagian dinding dapur rumah kami beberapa kali retak dan dibaikpulih kesan daripada hakisan pantai dan ombak besar.



"Kami berharap ada pihak dapat membantu membina semula benteng batu di sepanjang pesisir pantai kawasan ini sebelum keadaan bertambah buruk," katanya.



Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohd Azman Mohd Naffi, 31, berkata, dia bersama ayahnya, Mohd Naffi Sulong, 57, mengambil pagar besi terpakai dari tempat besi buruk untuk dijadikan sangkar benteng batu.



Menurutnya, biasanya mereka menggunakan guni pasir sebagai benteng setiap tahun, tetapi sejak tahun lalu ayahnya membuat benteng batu termasuk sumbangan daripada beberapa pihak.



"Kami tinggal di sini sejak 20 tahun lalu dan masa itu jarak rumah dengan kawasan pantai agak jauh, tetapi akibat hakisan, pantai kini tidak sampai 10 langkah kaki dari belakang rumah.



"Hakisan pantai di kawasan itu bertambah serius apabila kerja membina kuala di kawasan itu tergendala sehingga kawasan penempatan penduduk menjadi mangsa laluan aliran ombak.



"Batu besar yang menjadi benteng pemecah ombak perlu ditambah segera kerana hampir sebahagian benteng batu dibina sebelum ini sudah ditenggelami air," katanya.

Disiarkan pada: November 26, 2021 @ 6:20pm


sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.091413 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list