CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 53|Reply: 0

[Sabah] Kes penipuan atas talian meningkat

[Copy link]
Post time 26-11-2021 07:48 PM | Show all posts |Read mode
LANCAR: Idris (tiga kiri) melancarkan Program Forum Jenayah Dalam Talian sini semalam.

Kes penipuan atas talian meningkat: Idris



KOTA KINABALU: Jenayah penipuan atas talian di Sabah menunjukkan statistik peningkatan dengan merekodkan 2,804 kes dalam tempoh Januari 2019 hingga Oktober tahun ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata semua kes penipuan itu membabitkan anggaran kerugian mencecah RM79.2 juta.

“Kerugian yang dialami merekodkan angka yang besar dan kajian juga mendapati kes-kes penipuan atas talian berkenaan menunjukkan trend peningkatan yang agak ketara.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersil sudah melaksanakan pelbagai tindakan penguatkuasaan dan pembanterasan bagaimanapun kes jenayah penipuan dalam talian dilihat terus meningkat.

“Atas rasa tanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara, penglibatan masyarakat dalam pencegahan jenayah komersil amat penting,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Forum Jenayah Dalam Talian sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mazli Mazlan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Jauteh Dikun dan Timbalan Pengarah Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia JSJK Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Victor Sanjos.

Idris berkata salah satu inisiatif yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan bagi memastikan kes-kes jenayah penipuan dalam talian ini dapat diturunkan.

“Kempen Pencegahan Jenayah Komersil (Jenayah Atas Talian) Tahun 2021 juga adalah inisiatif JSJK bagi memastikan masyarakat didedahkan segala ilmu pengetahuan berkaitan jenayah komersil.

"Menerusi tema 'Kesedaran Jenayah Komersil Kesejahteraan Komuniti' kempen ini diadakan secara besar-besaran sepanjang November ini di seluruh pelusuk negeri," katanya.
Tambahnya PDRM meletakkan harapan yang amat tinggi agar kempen ini berupaya mencapai matlamatnya sekali gus menurunkan kadar jenayah komersil.


utusanborneo.com.my/2021/11/26




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-1-2022 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.073416 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list