CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4

[Copy link]
Post time 13-6-2022 10:02 AM | Show all posts
1) Hidupnya mula terumbang-ambing bagai wau putus tali semenjak di istihar muflis.

2) Mak Biah mula membebel seperti bertih digoreng apabila melihat sikap nakal anaknya, Hadi.

3) Amin cukup cermat melakukan kerjanya diibaratkan kalau menampi jangan tumpah padinya.

4) Amin tidak mahu melakukan pekerjaannya secara membuta tuli seperti aur ditarik songsang.

5) "Hai, bukan main baiknya Abang Abu dengan aku. Kalau tak sebelum ni ada sahaja nak cari fasal dengan aku." Mak Leha mula syak jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah dengan perubahan drastik abangnya itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 11:31 AM | Show all posts

1) Bagai wau putus tali
Hidup Ailin bagai wau putus tali selepas pemergian suaminya.

2) Seperti bertih digoreng
Danial membebel seperti bertih digoreng apabila Kak Sarah menggunakan komputer ribanya tanpa kebenaran.


3) Kalau menampi jangan tumpah padinya
Zaini  memikirkan tentang keputusan untuk berhenti kerja haruslah dilakukan dengan teliti kerana risau kalau menampi jangan tumpah padinya.

4) Seperti aur ditarik songsang
Ibu selalu berpesan janganlah bersikap seperti aur ditarik sonsang apabila membuat sesuatu pekerjaan yang sukar.

5) Jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
Aidelia bersikap seperti jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah dengan mengambil hati Makcik Ani untuk berkawan dengan Amir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 11:59 PM | Show all posts
1) bagai wau putus tali
Azmi bersikap bagai wau putus tali setelah kehilangan kerja minggu lalu.

2) seperti bertih digoreng
Suami mana yang tahan dengan sikap seorang isteri yang kuat mengomel seperti bertih digoreng

3) kalau menampi jangan tumpah padinya
semasa berkemas rumah kita harus bersikap seperti kalau menampi jangan tumpah padinya.

4) seperti aur ditarik songsang
Jika kamu menelaah pelajaran apabila sudah hampir peperiksaan, kamu akan berhadapan dengan banyak masalah seperti aur ditarik songsang,” pesan cikgu kepada pelajarnya.

5) jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
Sifat Ali yg pelik itu bagai jikalau tidak berada ada,masakan tempua bersarang rendah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2022 08:54 AM | Show all posts
holaaa....

keyword hari ni

1) sehari selembar benang, hari-hari menjadi kain

2) bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi

3) burung terbang dipipiskan lada

4) bagai belanda minta tanah

5) terlayang-layang bagai bulu sehelai

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 09:26 AM | Show all posts
1) sehari selembar benang, hari-hari menjadi kain
Usaha yang dilakukan Kartini selama ini mendatangkan hasil ibarat sehari selebar benang, hari-hari menjadi kain.

2) bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi
Sebagai anggota keselamatan Shamsul sentiasa berhati-hati menjalankan tugasnya di sempadan bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi.


3) burung terbang dipipiskan lada
Ibu sering menyindir Amy seperti burung terbang dipipiskan lada kerana hanya tahu bercakap dari bekerja.

4) bagai belanda minta tanah
Puan Aishah sentiasa berhati-hati dengan pekerjanya kerana risau mereka bagai belanda minta tanah.


5) terlayang-layang bagai bulu sehelai
Sejak kematian kedua ibubapanya Amir sudah biasa tidur di masjid seumpama terlayang-layang bagai bulu sehelai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 10:11 AM | Show all posts
1) Sehari selembar benang, hari-hari menjadi kain
Ibu selalu berpesan supaya bersabar apabila membuat sesuatu pekerjaan yang rumit ibarat sehari selembar benang, hari-hari menjadi kain.

2) Bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi
Pak Habib berpesan kepada Ghafur supaya berhati-hati ketika membuat kerja-kerja pemotongan berlian ibarat pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi.

3) Burung terbang dipipiskan lada
Janganlah bersikap seperti burung terbang dipipiskan lada kerana hanya berangan kosong dan berkeinginan tinggi tanpa melakukan sebarang usaha untuk merealisasikan impian tersebut.

4) Bagai belanda minta tanah
Kita haruslah berhati-hati dengan syarat yang diberikan oleh pelabur asing supaya tidak terpedaya bagai Belanda minta tanah.

5) Terlayang-layang bagai bulu sehelai
Ana dan adik-adiknya yang masih kecil umpama terlayang-layang bagai bulu sehelai semenjak kematian kedua ibubapanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2022 10:56 AM | Show all posts
1) Sehari selembar benang, hari-hari menjadi kain adalah amalan kerja yang baik.

2) Bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi keadaan yang membahayakan mereka.

3) Burung terbang dipipiskan ladanya awak yang belum tentu lagi diperoleh sesuatu, sudah direka-reka akan gunanya.

4) Tamaknya Ali bagai Belanda minta tanah.

5) Terlayang  bagai bulu sehelai hidup Ali yang melarat sekarang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 02:43 PM | Show all posts
1) Jika kita rajin berusaha akan membuahkan hasil lumayan. Ibarat sehari selembar benang, hari-hari menjadi kain.

2) Betapa besarnya jasa perajurit kita mengawal dan menjaga sempadan negara daripada musuh, bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi.

3) "Sudah-sudahlah bersikap seperti burung terbang dipipiskan lada. Untungnya belum dapat sudah berangan nak beli macam-macam." Sindir Zali kepada Ali.

4) Sikap Ali yang tamak ibarat bagai belanda minta tanah itu cukup dibenci teman-teman rapatnya.

5) Kehidupan Kamarul seperti terlayang-layang bagai bulu sehelai setelah semua ahli keluarganya meninggal dunia akibat mati dalam kebakaran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2022 05:12 PM | Show all posts
1) sehari selembar benang, hari-hari menjadi kain
Usaha zali ibarat sehari selembar benang,hari hari menjadi kain,akhirnya tercapai juga.

2) bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi
kerana kerjanya bagai pintu tak berpasak, perahu tiak berkemudi,dia meninggalkannya dan meneruskan kehidpan seperti biasa.

3) burung terbang dipipiskan lada
Ayah menyindir Abu yang seperti burung terbang dipipiskan lada kerana banyak sangat keinginan dan rancangan yang ingin dilakukan tetapi dia tidak mempunyai sebarang kemahiran

4) bagai belanda minta tanah
Sudah diberi tempat tinggal,lain pulak diminta ibarat bagai belanda minta tanah

5) terlayang-layang bagai bulu sehelai
kehidupannya terlayang layang bagai bulu sehelai setelah diberhentikan kerja sethn yg lalu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2022 09:11 AM | Show all posts
holaaaa...

keyword hari ni

1) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

2) Ada bangkai, adalah hering

3) Tukang tidak membuang kayu

4) Mencurah garam ke laut

5) Belukar sudah menjadi rimba

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 09:49 AM | Show all posts
1) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Janganlah kita membeza-bezakan pangkat antara kita, teruskanlah bekerja seumpama duduk sama rendah, berdiri sama tinggi kata Tuan Haidar dalam taklimat kepada semua pekerjanya.

2) Ada bangkai, adalah hering
Kawasan Jalan Chow Kit sudah diketahui kawasan hitam sejak dari dulu seumpama ada bangkai, adalah hering.

3) Tukang tidak membuang kayu
Puan Aisyah dihormati semua penduduk taman perumahan kerana beliau seperti tukang tidak membuang kayu.

4) Mencurah garam ke laut
Segala nasihat Pak Samad kepada anak lelakinya bagaikan mencurah garam ke laut.

5) Belukar sudah menjadi rimba
Kesilapan Ismail memilih kontraktor yang salah bagaikan belukar sudah menjadi rimba apabila dinding rumahnya rosak ketika diubahsuai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 10:30 AM | Show all posts
1) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Malaysia kini setanding dengan negara maju yang lain ibarat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

2) Ada bangkai, adalah hering
Ustaz berpesan agar tidak menghampiri tempat-tempat maksiat kerana jika ada bangkai, adalah hering.

3) Tukang tidak membuang kayu
Bersikaplah seperti tukang tidak membuang kayu agar disenangi orang.

4) Mencurah garam ke laut
Nasihat Mak Limah bagaikan mencurah garam ke laut apabila tidak diendahkan oleh anaknya Lili.

5) Belukar sudah menjadi rimba
Bagaikan belukar sudah menjadi rimba apabila benteng rumah Encik Hamid runtuh setelah banglonya siap dibina.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 11:05 AM | Show all posts
1) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Dizaman sekarang yang mementingkan kebendaan, agak sukar untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

2) Ada bangkai, adalah hering
Jagalah iman supaya tidak menjadi seperti Ada bangkai, adalah hering.

3) Tukang tidak membuang kayu
Pak Salleh sangat teliti bak kata pepatah Tukang tidak membuang kayu.

4) Mencurah garam ke laut
Sudah puas dinasihati tetapi bagai mencurah garam ke laut saja.

5) Belukar sudah menjadi rimba
Daud telah dihukum mati kerana mengedar dadah, apa nak dikata belukar sudah menjadi rimba.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 11:21 AM | Show all posts
1) "Kalau hendak mencari jodoh, biarlah Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kedudukan keluarga kita." Pesan Datin Dahlia kepada anak gadisnya, Puteri Julia.

2) Elakkan menjadi seperti Ada bangkai, adalah hering, kerana apabila terjebak dengan penagihan dadah sukar hendak berpatah balik.

3) Jasmin sangat disenangi orang sekeliling kerana sikap penyayangnya terhadap ramai orang ibarat Tukang tidak membuang kayu.

4) Ramli sekali-kali tidak akan Mencurah garam ke laut jika tiada perancangan akan menjadi sia-sia sahaja.

5) Amin betul-betul menyesal dengan keputusannya yang terburu-buru seperti Belukar sudah menjadi rimba.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 11:14 PM | Show all posts
Imran dan Emma dari keturunan kerabat bak duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Di kawasan pelacuran ada bangkai, adalah hering

Selagi hidup jadi lah seperti tukang tidak membuang kayu

Jangan lah buat perkara sia-sia seperti mencurah garam ke laut

Arman telah menjatuhkan talak tiga terhadap isterinya seperti belukar sudah menjadi rimba

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2022 09:13 AM | Show all posts
holaaa....

keyword hari ni

1) periuk mengumpat belanga

2) kacang lupakan kulit

3) sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat

4) mati semut kerana gula

5) ada padi masak, adalah pipit

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 11:04 AM | Show all posts
1) Mak Konah seperti periuk mengumpat belanga, suka sangat menjaja keburukan orang sedangkan keburukan sendiri tidaklah dilihatnya.

2) Adli bagaikan kacang lupakan kulit setelah berjaya dalam hidup dia lupa akan jasa orang yang banyak membantunya.

3) Dollah begitu sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat setelah bersusah payah mengusahakan kebunnya sehingga menghasilkan tanaman yang subur.

4) Akibat terlalu leka dengan kekayaan dan kemewahan akhirnya dia seperti mati semut kerana gula apabila tiba-tiba sahaja jatuh muflis.

5) Tempat ini bagaikan ada padi masak, adalah pipit kerana di situlah lubuk rezeki bagi para peniaga menjana pendapatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 11:56 AM | Show all posts
1) periuk mengumpat belanga
Sally seperti periuk mengumpat belanga suka sangat bercerita hal orang.

2) kacang lupakan kulit
Rohizad seperti kacang lupakan kulit apabila berpura-pura tidak mengenali Lokman yang telah memberinya duit sebelum ini.

3) sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat
Yusri seumpama sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat berusaha belajar di universiti sehingga dapat menggenggam ijazah walaupun terpaksa berkerusi roda.

4) mati semut kerana gula
Oleh kerana terlalu tamak  perompak itu berjaya ditangkap polis seperti mati semut kerana gula.

5) ada padi masak, adalah pipit
Kawasan industri itu semakin padat dengan penduduk kerana banyak didirikan kilang-kilang seperti ada padi masak, adalah pipit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 01:59 PM | Show all posts
1) Periuk mengumpat belanga
Janganlah seperti periuk mengumpat belanga suka sangat bercerita keburukan orang sedangkan diri sendiri pun tidak sempurna.

2) Kacang lupakan kulit
Emilia bersikap seperti kacang lupakan kulit apabila sudah berjaya dan lupa akan jasa kedua ibubapanya.

3) Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat
Pelbagai cabaran ditempuhi oleh Hafiz dan Haiqal untuk meraih kejayaan menggenggam segulung ijazah di universiti luar negara seumpama sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

4) mati semut kerana gula
Mak Ani terlalu leka dengan kata-kata manis penjual pinggan mangkuk sehingga berbelanja ribuan ringgit tanpa menyedari dia telah ditipu ibarat mati semut kerana gula.

5) Ada padi masak, adalah pipit
Puncak Alam semakin padat dengan penduduk kerana banyak didirikan kilang-kilang dan kawasan perumahan seperti ada padi masak, adalah pipit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:26 PM | Show all posts
1) periuk mengumpat belanga
Jangan kita suka berperangai seperti periuk mengumpat belanga kerana akhirnya kita akan malu sendiri.

2) kacang lupakan kulit
Di zaman sekarang ramai orang yang berperangai seperti kacang lupakan kulit.

3) sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat
Akhirnya Adam boleh tersenyum selepas bertahun tahun berpegang pada sabar penghilang penat, tekun pembawa berkat.

4) mati semut kerana gula
Ramai yang mahu cepat kaya hingga tanpa sedar tertipu seperti mati semut kerana gula.

5) ada padi masak, adalah pipit
Bila saudara mara mendapat tahu Rubiah mendapat durian runtuh, maka ramailah yang datang kerumahnya seperti ada padi masak, adalah pipit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.099075 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list