CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4

[Copy link]
 Author| Post time 13-5-2022 10:23 AM | Show all posts
holaaaaa.........


keyword hari ni

1) Buta Hati

2) Gaji Buta

3) Jalan Buntu

4) Kepala Angin

5) Lupa diri

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2022 10:55 AM | Show all posts
1) Buta Hati
Walaupun Azam buta hati dia tidak pernah berputus asa untuk berusaha.

2) Gaji Buta
Aini hanya makan gaji buta di tempat kerja kerana selalu curi tulang.

3) Jalan Buntu
Fadzli menemui jalan buntu untuk selamatkan kedainya dari muflis.

4) Kepala Angin
Encik Zamri mempunyai sikap kepala angin.

5) Lupa diri
Ayah menasihati kami agar tidak lupa diri selepas berjaya nanti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 11:09 AM | Show all posts
1) Perompak itu Buta Hati sehingga sanggup membunuh dan merompak barangan berharga milik mangsanya.

2) Jali bagaikan makan Gaji Buta apabila kerap mengular dari pejabatnya.

3) Dia menemui Jalan Buntu setelah lebih sejam sesat di dalam hutan.

4) Sikapnya yang kerap Kepala Angin membuatkan semua rakannya menjauhkan diri.

5) Lulu semakin sombong dan Lupa diri setelah berjaya dan kaya raya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 01:21 PM | Show all posts
1) Buta Hati sungguh orang tua.

2) Gaji Buta sungguh beliau membuat pekerjaan.

3) Jalan Buntu yang ditemui kali ini.

4) Kepala Angin dia menghancurkan keluarganya.

5) Lupa diri sudah si Tanggang itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 07:25 PM | Show all posts
Buta Hati juga dikenali dengan nama buta perut

Ada segelintir pekerja makan gaji buta, perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal dengan nilai gaji yang diterima (familiar x )

PS menemui jalan buntu dengan kehadiran orang ketiga dalam perkahwinan beliau dan memutuskan untuk membuat umrah bagi mencari petunjuk

Jauhkan diri dari lelaki kepala angin kelak makan diri

Fika lupa diri sejak menjawat jawatan pengurus di sebuah syarikat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 09:37 PM | Show all posts
1) Buta Hati
Dian sorang yang Buta Hati kerana meninggalkan ibunya ditepi jalan.

2) Gaji Buta
Orang yang makan Gaju Buta tidak akan berkat hidupnya.

3) Jalan Buntu
Kamal berdepan Jalan Buntu untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi menyelamatkan syarikatnya.

4) Kepala Angin
Pak Samad kurang disenangi kerana selalu mengikut Kepala Anginnya.

5) Lupa diri
Walau sudah kaya Raya, janganlah kita Lupa diri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2022 11:28 AM | Show all posts
1) Buta Hati
Pencuri itu buta hati kerana sanggup membunuh orang tua yang tidak berdaya itu.


2) Gaji Buta
Saya mesti menjalankan tugas dan tanggungjawab ini bersungguh-sungguh supaya tidak makan gaji buta sahaja.

3) Jalan Buntu
Penyelidikan ke atas penyakit berjangkit itu menemui jalan buntu kerana sehingga ke hari ini masih belum diketahui punca penyakit tersebut.

4) Kepala Angin
Susan nak layan orang yg berkepala angin mcm Amin tu

5) Lupa diri
Dia menjadi seorg yang lupa diri setelah berjaya dalam hidupnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2022 06:43 PM | Show all posts
holaaaa......

keyword hari ni

1) Batu Api

2) Campur Tangan

3) Harga Mati

4) Kacang hantu

5) Lidah bercabang

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2022 07:23 PM | Show all posts
1) Batu Api
Hariz menjadi batu api dalam pergaduhan antara Shidee dan Ramli.

2) Campur Tangan
Pak Tahir tidak campur tangan dalam urusan semua anak menantunya.

3) Harga Mati
Semua barang yang dijual di pasaraya itu harga mati.

4) Kacang hantu
Anak-anak muda kacang hantu di kampung itu suka berkumpul di tepi balai raya setiap maghrib.


5) Lidah bercabang
Zul lidah bercabang dan cakapnya tidak boleh dipercayai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 07:33 PM | Show all posts
1) Batu Api sungguh Mak Su tu.

2) Campur Tangan Mak Su menghuru-harakan keadaan.

3) Harga Mati barang itu terlalu tinggi.

4) Kacang hantu itu masih berkeliaran di sana.

5) Lidah bercabang sungguh awak ya!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 12:00 PM | Show all posts
1) Batu Api
Kak Semah tidak disukai oleh ahli keluarganya kerana suka menjadi Batu Api.

2) Campur Tangan
Ibubapa jangan terlalu suka Campur Tangan dalam urusan rumahtangga anak menantu.

3) Harga Mati
Pasaraya biasanya meletakkan Harga Mati berbanding harga Di pasar harian.

4) Kacang hantu
Anak anak perlu diberi perhatian supaya tidak menjadi Kacang Hantu.

5) Lidah bercabang
Saya kurang suka bergaul dengan dia kerana sikapnya yang Lidah Bercabang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 12:27 PM | Show all posts
1) Batu Api
Dalam pergaduhan itu Rahim lah batu apinya.
2) Campur Tangan
Polis terpaksa campur tangan untuk menenangkan keadaan tegang itu.

3) Harga Mati
Semua barang di pasar Melati itu dijual dengan harga mati.

4) Kacang hantu
Pemuda berkelakuan seperti kacang hantu kerana suka berkumpul di tepi jambatan dan mengganggu orang.

5) Lidah bercabang
Abu lidah bercabang dan cakapnya tidak boleh dipercayai.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2022 02:30 PM | Show all posts
Edited by NaylaArisha at 16-5-2022 10:34 PM



Sempena hari guru hari ni


Buat satu karangan berdasarkan tema


"Guru Tunjang Sekolah Sejahtera"


Kredit di berikan sebanyak +15 satu perenggan.


Jom kita menulis.



Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 03:30 PM | Show all posts
Terkesima membaca pengorbanan seorang guru Bahasa Melayu  yang sanggup meredah perjalanan berlumpur sejauh berpuluh-puluh kilometer. Kisah seorang guru dari Kota Bharu, Kelantan ini menjadi contoh apabila beliau sanggup melupakan rasa selesa yang wujud di kebanyakan sekolah di kawasan bandar sebaliknya beliau bersama-sama guru-guru lain tekad menabur bakti kepada anak-anak Orang Asli yang tinggal jauh di pedalaman. Syabas di atas pengorbanan.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 10:34 PM | Show all posts
Selamat menyambut hari guru diucapkan kepada semua guru-guru tidak kira di mana jua berada. Guru-guru telah mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada kita supaya kita dapat menjadi insan yang berguna pada masa depan. Tanpa guru, kita tidak mendapat pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran. Komitmen guru-guru dalam mengajar kita amat tinggi dan tanpa jemu.
Guru ibarat lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain. Pengorbanan guru amat murni kerana sanggup buat apa sahaja demi kepentingan kita

tanpa mengira penat lelah. Seharusnya kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka kerana sanggup luangkan masa mengadakan kelas tambahan, program berbentuk motivasi dan melatih dalam acara sukan demi kebaikan kita di masa hadapan. Mereka sanggup ketepikan hal peribadi demi kejayaan kita.

Bukan ganjaran yang mereka hendakkan dari kita tetapi melihat kita berjaya sudah cukup memuaskan hati mereka. Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.
Kesungguhan mereka dalam mendidik, membimbing kita wajar kita kenang sehingga akhir hayat. Semoga guru-guru dapat teruskan mengajar walau rintangan di zaman sekarang amat tinggi.

Marilah kita sama-sama menghargai jasa-jasa guru. Semoga ingatan kita  pada mereka membuatkan mereka terus bersemangat untuk mengajar pada generasi seterusnya. Terima kasih guru-guru kerana telah memdidik dan membimbing kami dengan sabar. Selamat hari guru. Semoga senyum selalu.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 10:29 AM | Show all posts
Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia. Sanggup mengharungi kepayahan di pedalaman untuk menyumbang dan mengajar anak-anak di sana.


Sanggup menghadapi kerenah dan segala macam ragam para pelajarnya tanpa mengira umur, status dan latar belakang.


Sanggup memikul beban kerjaya mendidik yang semakin mencabar intelektual, skop matapelajaran kian meluas dan pelbagai aktiviti kokurikulum di setiap sekolah.


Sanggup menjadi tempat rujukan, banyak memberi ruang dan masa di mana sahaja berada untuk setiap pelajar yang memerlukan tunjuk ajar mereka.


Terima kasih cikgu kerana pengorbanan-mu hanya Allah layak membalasnya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2022 11:54 AM | Show all posts
Wahai para guru, upaya dan kerja keras yang Anda berikan

untuk menghasilkan yang terbaik dalam diri anak2 kami tidak akan pernah terbayar dengan kata-kata.

kamu ada lah pelita bagi ank2 yg sedang kebingungan dipersimpangan jalan yang gelap,terima kasih kerana ada tepat pada masanya.


selamat Hari Guru














Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:24 AM | Show all posts
Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik si seluruh Malaysia tidak kira di bandar, kampung atau yang jauh di pendalaman.

Guru yang pertama sekali yang akan kita jumpa ialah ibubapa atau penjaga yang mendidik dan memberi tunjuk ajar sejak dari kita kecil hingga sampai dewasa. Kerana sesungguhnya pendidikan bermula dari rumah.

Profesion perguruan sangat di pandang tinggi oleh masayarakat suatu masa dahulu kerana ibubapa akan memeri sepenuh kepercayaan kepada guru guru di sekolah untuk mengajar dan mendidik anak anak tanpa banyak campur tangan. Berbanding sekarang, guru pula seakan akan takut untuk menegur kesalahan anak murid kerana campur tangan ibu bapa yang agak melampau.

Sebenarnya banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh para guru untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi celik huruf hingga bijak pandai. Ada masanya bukan sekadar tenaga malah mengorbankan duir ringgit untuk membantu pelajarnya.

Jadi, marilah kita sama sama menghormati dan mengharga jasa guru guru kita kerana sedikit sumbangan mereka menjadikan siapa kita sekarang ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2022 08:44 AM | Show all posts
holaaa....


keyword hari ni

1) berani mati

2) diam - diam ubi

3) makan suap

4) lapang dada

5) putih hati

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 09:37 AM | Show all posts
1) Angkatan Tentera Malaysia sanggup bertempur berani mati demi mempertahankan tanahair tercinta kita.

2) Seroja walaupun seorang yang pendiam namun diam-diam ubi dia melanjutkan pelajarannya hingga ke luar negara.

3) Dia ditahan oleh pihak berkuasa apabila makan suap sepanjang dia bertugas di Jabatan itu.

4) Dia haruslah lapang dada memaafkan orang sekelilingnya jika mahu hatinya tenang dan bahagia.

5) Leha mengasuh anak-anaknya agar bersikap putih hati seperti yang dianjurkan Rasulullah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.635443 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list