CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4

[Copy link]
Post time 6-5-2022 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
1) Ada gula ada semut. Ada dara ada teruna.

2) Cepat kaki ringan tangan menjadi amalan beliau.

3) Bumi mana tidak ditimpa hujan. Siapa yang tiada kesalahan.

4) Air beriak tanda tak dalam. Itu pemikiran dia.

5) Belum duduk sudah berlunjur. Cepat sungguh beliau bertindak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2022 12:36 PM | Show all posts
1) Ada gula ada semut
Pasaraya itu penuh dengan pengunjung sejak buat promosi jualan murah seumpama ada gula ada semut.

2) Cepat kaki ringan tangan
Walaupun Ali masih muda tapi dia seorang yang cepat kaki ringan tangan.


3) Bumi mana tidak ditimpa hujan
Maria mengakui kesilapannya melabur dalam pelaburan tidak berdaftar dan amat menyesalinya seperti bumi mana tidak ditimpa hujan.

4) Air beriak tanda tak dalam
Di media sosial ramai yang menulis berkaitan sesuatu isu yang viral namun tidak semua tulisan yang baik bak kata pepatah air beriak tanda tak dalam.

5) Belum duduk sudah berlunjur
Sikap buruk Asmidar yang terburu-buru dalam membuat keputusan menyebabkan dia menyesal dan teringat pesanan ibunya sekiranya melakukan sesuatu pekerjaan jangan belum duduk sudah berlunjur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 10:51 PM | Show all posts
Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut.

Ravi rajin dan suka menolong seperti cepat kaki ringan tangan

Bumi mana tidak ditimpa hujan tiada manusia maksum kecuali Nabi Muhammad SAW

Banyak bercakap tanda tidak berilmu seperti air beriak tanda tak dalam

Ramai manusia sekarang belum duduk sudah berlunjur bila sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksud

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2022 12:04 PM | Show all posts
holaaa.....

keyword hari ni

1) Berat tulang

2) Makan Angin

3) Rabun Ayam

4) Telinga Kuali

5) Muka Tembok

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 01:07 PM | Show all posts
1) Berat tulang
Oleh kerana Zaim seorang yang berat tulang semua kerja2 di restoran dilakukan ayah dan adik-adiknya.

2) Makan Angin
Musim cuti perayaan dan cuti sekolah ramai yang pergi makan angin.

3) Rabun Ayam
Disebabkan Noriah rabun ayam, dia hanya memandu kereta pada waktu siang sahaja.

4) Telinga Kuali
Samad hanya memdiamkan diri ketika cikgu memarahinya tidak menyiapkan kerja sekolah kerana dia telinga kuali.

5) Muka Tembok
Haliza memang seorang yang muka tembok suka meminta beras di rumah jiran-jiran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 08:22 PM | Show all posts
1) Berat tulang sungguh pemuda itu.

2) Makan Angin merupakan kegemaran Azizah.

3) Rabun Ayam menyebabkan dia sukar bergerak.

4) Telinga Kuali beliau menjadi punca kesusahan dia.

5) Muka Tembok sungguh lelaki miang itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2022 10:46 PM | Show all posts
Antara kriteria spesies biawak versi manusia adalah berat tulang

Lama tidak makan angin asyik makan nasi sahaja

Pak Leman rabun ayam kerana itu dia tidak memandu pada waktu malam

Saya bukanlah kategori telinga kuali

Terdapat segelintir perempuan muka tembok bila tanpa segan silu menari di tik tok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 08:35 PM | Show all posts
1) Berat tulang
Orang yang berat tulang selalu hidupnya susah.

2) Makan Angin
Ramai orang makan angin semasa cuti Hari Raya Aidil Fitri yang lalu.

3) Rabun Ayam
Abu mempunyai rabun Ayam maka dia jarang keluar di waktu Malam.

4) Telinga Kuali
Orang yang digelar Telinga Kuali tidak akan membalas kata kata yang menyakitkan hatinya.

5) Muka Tembok
Dia memang Muka Tembok kerana suka datang makan walau tidak dijemput.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2022 08:40 PM | Show all posts
holaaa....

keyword hari ni

1) Air Muka

2) Alas Perut

3) Bahasa Pasar

4) Batu Loncatan

5) Bekas tangan

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 10:15 PM | Show all posts
Air muka Febians berubah bila terserempak dengan kekasih lama

Roti boleh dijadikan alas perut jika lapar

Bahasa pasar selesa digunakan bila berborak bersama kawan-kawan

Rita mengikuti kursus membuat makanan sebagai batu loncatan sebelum memulakan perusahaan makanan

Hantaran berupa kek adalah bekas tangan ibu pengantin itu sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 10:17 PM | Show all posts
1) Air Muka
Tidak elok menjatuhkan air muka orang di depan orang ramai.

2) Alas Perut
Lili hanya makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah.

3) Bahasa Pasar
Biasanya Afiq dan Raju menggunakan bahasa pasar dalam perbualan seharian.

4) Batu Loncatan
Shamsul menggunakan pengaruh bapanya untuk dia dapatkan pekerjaan dalam sektor kerajaan.

5) Bekas tangan
Gubahan hantaran majlis pertunangan Auni itu hasil kreatif ibunya sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 08:56 AM | Show all posts


1) Air Muka dia berubah mendengar berita itu.

2) Alas Perut dahulu sebelum keluar ke bandar.

3) Bahasa Pasar menjadi bahasa harian beliau.

4) Batu Loncatan itu tidak diperlukannya lagi.

5) Bekas tangan beliau memang menakjubkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 08:37 AM | Show all posts
1) Jatuh Air Muka Siti apabila dia disindir mak mertuanya di hadapan saudara-mara kerana masih lagi tidak mengandung.

2) Ali Alas Perut hanya dengan sekeping roti dan segelas susu.

3) Bahasa Pasar yang digunakan oleh Usop bersama rakan-rakan adakalanya agak kasar.

4) Fauzan menggunakan peluang yang ada sebagai Batu Loncatan untuk memperoleh jawatan yang lebih tinggi.

5) Tia membuatkan pelanggan kagum dan berpuas hati dengan hasil Bekas tangan yang cukup kreatif dan berseni itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2022 10:09 AM | Show all posts
hola.....

keyword hari ni

1) Ayam tambatan

2) Bau-bau bacang

3) Berat sebelah

4) Cuci mata

5) Langkah kiri

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 10:50 AM | Show all posts
1) Razali merupakan Ayam tambatan dalam pasukan bola sepak sekolahnya.

2) Ani merupakan sepupu Bau-bau bacang yang tinggal jauh dari kaum kerabat keluarganya.

3) Bos Berat sebelah dalam memilih pekerjanya berdasarkan sikap ampu mereka terhadap bos.

4) Laila kerap Cuci mata memilih mana-mana koleksi tudung yang cantik dan menarik coraknya.

5) Kami mengalami Langkah kiri apabila dalam perjalanan pulang ke kampung, kereta yang dinaiki rosak secara tiba-tiba.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 11:09 AM | Show all posts
1) Ayam tambatan pasukan itu telah tercedera.

2) Bau-bau bacang sahaja pertalian dia dengan saya.

3) Berat sebelah sungguh pengadil itu.

4) Cuci mata kali ini bila membeli-belah fasa Endemik.

5) Langkah kiri sungguh pemuada itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 11:14 AM | Show all posts
1) Ayam tambatan
Ahmad menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri kerana kehandalannya menjaringkan gol.

2) Bau-bau bacang
Walaupun Suraya dan Noni tidak rapat namun mereka sebenarnya ada bau-bau bacang.

3) Berat sebelah
Keputusan perlawanan bola sepak yang berat sebelah menyebabkan ramai penonton tidak puashati.

4) Cuci mata
Munirah pergi ke pasar malam sekadar untuk cuci mata.

5) Langkah kiri
Jika sudah langkah kiri buat apa pun tidak berhasil.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 12:03 PM | Show all posts
1) Ayam tambatan
Gelaran Ayam Tambatan membuatkan Saiful agak tertekan untuk memberikan kemenangan kepada pasukannya.

2) Bau-bau bacang
Bila kamu sudah berjaya dan kaya, maka ramailah yang mengaku menjadi saudara sedangkan mereka hanya sekadar saudara Bau-bau bacang saja.

3) Berat sebelah
Ramai yang mengutuk tindakan pengadil perlawanan bolasepak itu kerana keputusannya yang Berat Sebelah.

4) Cuci mata
Antara aktiviti yang saya suka laukakan ialah Cuci Mata di kompleks membeli belah berdekatan rumah saya.

5) Langkah kiri
Leman Langkah kiri kerana sebaik saja dia sampai ke majlis rumah terbuka, kambing bakar kegemarannya sudah habis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 04:15 PM | Show all posts
1) Ayam tambatan
Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.


2) Bau-bau bacang
Saya mesti melawat Zainon apabila ke Terengganu kerana kami memang ada bau-bau bacang.

3) Berat sebelah
Sikapnya yang berat sebelah mengecewakan saya.

4) Cuci mata
Semasa bercuti di Air Terjun Lasir dapatlah kami mencuci mata melihat keindahan alam semula jadi di sekitarnya.

5) Langkah kiri
Kami langkah kiri hari ini kerana kereta kami rosak dalam perjalanan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 10:58 PM | Show all posts
Hakimi menjadi ayam tambatan dalam pasukan bola sepak di sekolahnya

Walaupun Syida dan Mazidah tidak mengenali satu sama lain namun mereka sebenarnya ada bau-bau bacang

Keputusan perlawanan yang berat sebelah ini membuatkan ramai peserta protes kepada pihak pengurusan

Kasim suka duduk-duduk di serambi rumahnya sambil mencuci mata melihat gadis yang lalu di hadapan rumahnya

Skuad wanita negara bermula dengan langkah kiri apabila tewas 2-3 di tangan Denmark dalam aksi pertama Kumpulan C saingan Piala Uber di Bangkok, Thailand 2 hari lepas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.118432 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list