CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4

[Copy link]
Post time 14-6-2022 10:11 AM | Show all posts
1) Sehari selembar benang, hari-hari menjadi kain
Ibu selalu berpesan supaya bersabar apabila membuat sesuatu pekerjaan yang rumit ibarat sehari selembar benang, hari-hari menjadi kain.

2) Bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi
Pak Habib berpesan kepada Ghafur supaya berhati-hati ketika membuat kerja-kerja pemotongan berlian ibarat pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi.

3) Burung terbang dipipiskan lada
Janganlah bersikap seperti burung terbang dipipiskan lada kerana hanya berangan kosong dan berkeinginan tinggi tanpa melakukan sebarang usaha untuk merealisasikan impian tersebut.

4) Bagai belanda minta tanah
Kita haruslah berhati-hati dengan syarat yang diberikan oleh pelabur asing supaya tidak terpedaya bagai Belanda minta tanah.

5) Terlayang-layang bagai bulu sehelai
Ana dan adik-adiknya yang masih kecil umpama terlayang-layang bagai bulu sehelai semenjak kematian kedua ibubapanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2022 10:56 AM | Show all posts
1) Sehari selembar benang, hari-hari menjadi kain adalah amalan kerja yang baik.

2) Bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi keadaan yang membahayakan mereka.

3) Burung terbang dipipiskan ladanya awak yang belum tentu lagi diperoleh sesuatu, sudah direka-reka akan gunanya.

4) Tamaknya Ali bagai Belanda minta tanah.

5) Terlayang  bagai bulu sehelai hidup Ali yang melarat sekarang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 02:43 PM | Show all posts
1) Jika kita rajin berusaha akan membuahkan hasil lumayan. Ibarat sehari selembar benang, hari-hari menjadi kain.

2) Betapa besarnya jasa perajurit kita mengawal dan menjaga sempadan negara daripada musuh, bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi.

3) "Sudah-sudahlah bersikap seperti burung terbang dipipiskan lada. Untungnya belum dapat sudah berangan nak beli macam-macam." Sindir Zali kepada Ali.

4) Sikap Ali yang tamak ibarat bagai belanda minta tanah itu cukup dibenci teman-teman rapatnya.

5) Kehidupan Kamarul seperti terlayang-layang bagai bulu sehelai setelah semua ahli keluarganya meninggal dunia akibat mati dalam kebakaran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 05:12 PM | Show all posts
1) sehari selembar benang, hari-hari menjadi kain
Usaha zali ibarat sehari selembar benang,hari hari menjadi kain,akhirnya tercapai juga.

2) bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi
kerana kerjanya bagai pintu tak berpasak, perahu tiak berkemudi,dia meninggalkannya dan meneruskan kehidpan seperti biasa.

3) burung terbang dipipiskan lada
Ayah menyindir Abu yang seperti burung terbang dipipiskan lada kerana banyak sangat keinginan dan rancangan yang ingin dilakukan tetapi dia tidak mempunyai sebarang kemahiran

4) bagai belanda minta tanah
Sudah diberi tempat tinggal,lain pulak diminta ibarat bagai belanda minta tanah

5) terlayang-layang bagai bulu sehelai
kehidupannya terlayang layang bagai bulu sehelai setelah diberhentikan kerja sethn yg lalu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2022 09:11 AM | Show all posts
holaaaa...

keyword hari ni

1) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

2) Ada bangkai, adalah hering

3) Tukang tidak membuang kayu

4) Mencurah garam ke laut

5) Belukar sudah menjadi rimba

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 09:49 AM | Show all posts
1) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Janganlah kita membeza-bezakan pangkat antara kita, teruskanlah bekerja seumpama duduk sama rendah, berdiri sama tinggi kata Tuan Haidar dalam taklimat kepada semua pekerjanya.

2) Ada bangkai, adalah hering
Kawasan Jalan Chow Kit sudah diketahui kawasan hitam sejak dari dulu seumpama ada bangkai, adalah hering.

3) Tukang tidak membuang kayu
Puan Aisyah dihormati semua penduduk taman perumahan kerana beliau seperti tukang tidak membuang kayu.

4) Mencurah garam ke laut
Segala nasihat Pak Samad kepada anak lelakinya bagaikan mencurah garam ke laut.

5) Belukar sudah menjadi rimba
Kesilapan Ismail memilih kontraktor yang salah bagaikan belukar sudah menjadi rimba apabila dinding rumahnya rosak ketika diubahsuai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2022 10:30 AM | Show all posts
1) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Malaysia kini setanding dengan negara maju yang lain ibarat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

2) Ada bangkai, adalah hering
Ustaz berpesan agar tidak menghampiri tempat-tempat maksiat kerana jika ada bangkai, adalah hering.

3) Tukang tidak membuang kayu
Bersikaplah seperti tukang tidak membuang kayu agar disenangi orang.

4) Mencurah garam ke laut
Nasihat Mak Limah bagaikan mencurah garam ke laut apabila tidak diendahkan oleh anaknya Lili.

5) Belukar sudah menjadi rimba
Bagaikan belukar sudah menjadi rimba apabila benteng rumah Encik Hamid runtuh setelah banglonya siap dibina.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 11:05 AM | Show all posts
1) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Dizaman sekarang yang mementingkan kebendaan, agak sukar untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

2) Ada bangkai, adalah hering
Jagalah iman supaya tidak menjadi seperti Ada bangkai, adalah hering.

3) Tukang tidak membuang kayu
Pak Salleh sangat teliti bak kata pepatah Tukang tidak membuang kayu.

4) Mencurah garam ke laut
Sudah puas dinasihati tetapi bagai mencurah garam ke laut saja.

5) Belukar sudah menjadi rimba
Daud telah dihukum mati kerana mengedar dadah, apa nak dikata belukar sudah menjadi rimba.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2022 11:21 AM | Show all posts
1) "Kalau hendak mencari jodoh, biarlah Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kedudukan keluarga kita." Pesan Datin Dahlia kepada anak gadisnya, Puteri Julia.

2) Elakkan menjadi seperti Ada bangkai, adalah hering, kerana apabila terjebak dengan penagihan dadah sukar hendak berpatah balik.

3) Jasmin sangat disenangi orang sekeliling kerana sikap penyayangnya terhadap ramai orang ibarat Tukang tidak membuang kayu.

4) Ramli sekali-kali tidak akan Mencurah garam ke laut jika tiada perancangan akan menjadi sia-sia sahaja.

5) Amin betul-betul menyesal dengan keputusannya yang terburu-buru seperti Belukar sudah menjadi rimba.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 11:14 PM | Show all posts
Imran dan Emma dari keturunan kerabat bak duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Di kawasan pelacuran ada bangkai, adalah hering

Selagi hidup jadi lah seperti tukang tidak membuang kayu

Jangan lah buat perkara sia-sia seperti mencurah garam ke laut

Arman telah menjatuhkan talak tiga terhadap isterinya seperti belukar sudah menjadi rimba

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2022 09:13 AM | Show all posts
holaaa....

keyword hari ni

1) periuk mengumpat belanga

2) kacang lupakan kulit

3) sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat

4) mati semut kerana gula

5) ada padi masak, adalah pipit

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 11:04 AM | Show all posts
1) Mak Konah seperti periuk mengumpat belanga, suka sangat menjaja keburukan orang sedangkan keburukan sendiri tidaklah dilihatnya.

2) Adli bagaikan kacang lupakan kulit setelah berjaya dalam hidup dia lupa akan jasa orang yang banyak membantunya.

3) Dollah begitu sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat setelah bersusah payah mengusahakan kebunnya sehingga menghasilkan tanaman yang subur.

4) Akibat terlalu leka dengan kekayaan dan kemewahan akhirnya dia seperti mati semut kerana gula apabila tiba-tiba sahaja jatuh muflis.

5) Tempat ini bagaikan ada padi masak, adalah pipit kerana di situlah lubuk rezeki bagi para peniaga menjana pendapatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 11:56 AM | Show all posts
1) periuk mengumpat belanga
Sally seperti periuk mengumpat belanga suka sangat bercerita hal orang.

2) kacang lupakan kulit
Rohizad seperti kacang lupakan kulit apabila berpura-pura tidak mengenali Lokman yang telah memberinya duit sebelum ini.

3) sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat
Yusri seumpama sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat berusaha belajar di universiti sehingga dapat menggenggam ijazah walaupun terpaksa berkerusi roda.

4) mati semut kerana gula
Oleh kerana terlalu tamak  perompak itu berjaya ditangkap polis seperti mati semut kerana gula.

5) ada padi masak, adalah pipit
Kawasan industri itu semakin padat dengan penduduk kerana banyak didirikan kilang-kilang seperti ada padi masak, adalah pipit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 01:59 PM | Show all posts
1) Periuk mengumpat belanga
Janganlah seperti periuk mengumpat belanga suka sangat bercerita keburukan orang sedangkan diri sendiri pun tidak sempurna.

2) Kacang lupakan kulit
Emilia bersikap seperti kacang lupakan kulit apabila sudah berjaya dan lupa akan jasa kedua ibubapanya.

3) Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat
Pelbagai cabaran ditempuhi oleh Hafiz dan Haiqal untuk meraih kejayaan menggenggam segulung ijazah di universiti luar negara seumpama sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

4) mati semut kerana gula
Mak Ani terlalu leka dengan kata-kata manis penjual pinggan mangkuk sehingga berbelanja ribuan ringgit tanpa menyedari dia telah ditipu ibarat mati semut kerana gula.

5) Ada padi masak, adalah pipit
Puncak Alam semakin padat dengan penduduk kerana banyak didirikan kilang-kilang dan kawasan perumahan seperti ada padi masak, adalah pipit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:26 PM | Show all posts
1) periuk mengumpat belanga
Jangan kita suka berperangai seperti periuk mengumpat belanga kerana akhirnya kita akan malu sendiri.

2) kacang lupakan kulit
Di zaman sekarang ramai orang yang berperangai seperti kacang lupakan kulit.

3) sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat
Akhirnya Adam boleh tersenyum selepas bertahun tahun berpegang pada sabar penghilang penat, tekun pembawa berkat.

4) mati semut kerana gula
Ramai yang mahu cepat kaya hingga tanpa sedar tertipu seperti mati semut kerana gula.

5) ada padi masak, adalah pipit
Bila saudara mara mendapat tahu Rubiah mendapat durian runtuh, maka ramailah yang datang kerumahnya seperti ada padi masak, adalah pipit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 11:00 PM | Show all posts
Miza seperti periuk mengumpat belanga tidak sedar kekurangan diri sendiri

Azah mengelak dari berjumpa dengan bekas kawannya seperti kacang lupakan kulit

Setiap sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat akan menjanjikan kejayaaan

Perompak ditangkap ketika mencuri mesin atm seperti mati semut kerana gula

Kuala Lumpur seperti ada padi masak, adalah pipit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2022 04:51 PM | Show all posts
holaaaa

keyword hari ni

1)  di mana bumi dipijak, di sana langit dijunjung

2) ada padi segala menjadi

3) ada persembahan ada kurnia

4) ada sampan hendak berenang

5) kata tidak dipegangnya, janji tidak ditepati

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 07:05 PM | Show all posts
1)  di mana bumi dipijak, di sana langit dijunjung
Apabila berada di tempat orang kita mestilah menghormati adat resam dan cara hidup penduduk setempat bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di sana langit dijunjung.

2) ada padi segala menjadi
Bagi Datuk Shahril beliau tiada halangan untuk mendapatkan tender projek mewah itu kerana ada padi segala menjadi buat dirinya.

3) ada persembahan ada kurnia
Kalau kita selalu menolong orang, suatu masa nanti kita mudah mendapat pertolongan sekiranya berada dalam kesulitan kerana ada persembahan ada kurnia.

4) ada sampan hendak berenang
Azlan dikatakan ada sampan hendak berenang kerana menolak tawaran biasiswa tetapi sanggup bekerja untuk menampung perbelanjaan sambung belajarnya.

5) kata tidak dipegangnya, janji tidak ditepati
Wakil rakyat itu tidak lagi dipercayai pengundi-pengundinya kerana beliau seorang yang kata tidak dipegang, janji tidak ditepati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 08:54 AM | Show all posts
Irwan membawa diri bersesuaian dengan setiap tempat yang dikunjunginya di mana bumi dipijak, di sana langit dijunjung

Kebolehan Siti bertutur bahasa asing menjadi kelebihan untuk dirinya menlayakkan diri menjadi pengacara seperti ada padi segala menjadi

Teruslah berbuat baik sebab ada persembahan ada kurnia

Semua orang tahu Pak Mat suka berhutang dan tidak pernah membayarnya tetapi Rahim masih memberi hutang dengan harapan Pak Mat akan membayarnya seperti ada sampan hendak berenang

Kata tidak dipegangnya, janji tidak ditepati ini adalah ciri-ciri orang munafik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 04:37 PM | Show all posts
1)  di mana bumi dipijak, di sana langit dijunjung
Andai kita berpegang pada pepatah, dimana bumi dipijak, Susana langit dijunjung, nescaya kita akan disukai orang setempat.

2) ada padi segala menjadi
Zainab sangat bagus memasak pelbagai menu back ada padi semua menjadi.

3) ada persembahan ada kurnia
Kita perlu sentiasa berusaha kerana ada persembahan Ada kurnia.

4) ada sampan hendak berenang
Kenapa perlu melakukan sesuatu yang sukar untuk menyiapkan kerja seperi Ada sampan hendak berenang.

5) kata tidak dipegangnya, janji tidak ditepati
Mira tidak disukai teman sekerja kerana selalu bersikap seperti kata tidak dipegangnya, janji tidak ditepati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 23870 Replies : 680
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17234 Replies : 24
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4519 Replies : 33
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16425 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17788 Replies : 7
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15508 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 90604 Replies : 2834
AKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA, MK K-CLIQUE, ZAHIRIL ADZIM] 7PM ISNIN - JUMAAT
eddlisa_uyukAKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA
Views : 3851 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.077266 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list