CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4

[Copy link]
Post time 25-5-2022 10:07 AM | Show all posts
1) Puas dipanggil namanya namun Pekak badak Pak Samad mengundang geram isterinya, Mak Jah.

2) Leha ibarat Puteri lilin. Susah nak ajak ke mana-mana jika cuaca panas.

3) Perlu berhati-hati dengan Telinga lintah Ajis. Cepat sahaja menangkap perbualan orang.

4) Telinga nipis jadinya mendengar leteran Mak Kiah.

5) Putih hati perempuan itu membuatkan Jalil berkenan hendak dijadikan isterinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 10:32 AM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 25-5-2022 09:13 PM

1) Pekak badak
Pekak badak yang dialami Hashim sudah lama.

2) Puteri lilin
Kamalia memang mengelak untuk keluar waktu panas terik kerana dia bagaikan puteri lilin, kulitnya mudah kering bila terkena cahaya matahari.

3) Telinga lintah
Anak kecil Farhana bagaikan telinga lintah kerana mudah terjaga.


4) Telinga nipis
Salmah terasa hati bila ada yang menggelarnya telinga nipis.

5) Putih hati
Daniel seorang yang putih hati, majikan pun suka dengan hasil kerja-kerjanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 10:46 AM | Show all posts
1) Pekak badak
Sukar menasihati Si Kasim kerana dia pekak badak.

2) Puteri lilin
Engkau ni seperti puteri lilin, berpanas sekejap pun sudah merungut, kata ayah kepada kakak.

3) Telinga lintah
Walaupun Pak Hasan sudah tua tetapi dia telinga lintah.

4) Telinga nipis
mira seorg yg telinga nipis,pantang dgr org mengata dia.

5) Putih hati
Semenjak kecil Arief telah dididik dengan sikap putih hati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 02:14 PM | Show all posts
1) Pekak badak
Pak Sudin selalu dimarahi oleh isterinya kerana Pekak badak.

2) Puteri lilin
Memandangkan cuaca sekarang agak panas, maka ramailah orang yang gelisah seperti Puteri lilin.

3) Telinga lintah
Kita perlu berhati hati berbual tentang rahsia kerana risau ada yang Telinga lintah.

4) Telinga nipis
Orang yang digelar Telinga nipis, amat senang naik marah jika mendengar sesuatu cerita yang tidak tepat.

5) Putih hati
Makin sukar untuk menemui orang yang Putih hatinya di zaman sekarang ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 07:10 PM | Show all posts
Zaman sekarang agak sukar menjumpai orang yang pekak badak

Zira digelar puteri lilin kerana mukanya akan menjadi kemerahan bila terkena cuaca panas

Teman sekerja saya telinga lintah mendengar apa sahaja perbualan dan kuat menyampuk

Anak mak Minah telinga nipis sebab cepat meradang bila ada sesuatu yang tidak kena

Jika terjumpa orang yang putih hati jaga lah baik-baik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2022 10:50 AM | Show all posts
holaaa...
keyword hari ni

1) Alas perut

2) Banyak mulut

3) Buka jalan

4) Buruk siku

5) Gelap mata

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2022 12:22 PM | Show all posts
1) Ketika berbuka puasa hanya memakan kurma dan minum susu sebagai Alas perut.

2) Sikapnya yang ramah dan Banyak mulut membuatkan dirinya mempunyai ramai kenalan.

3) Syarikat Megah Holdings Buka jalan kepada para pekerjanya untuk kenaikan pangkat sebagai CEO.

4) Pak Amat punyalah Buruk siku setelah keris yang diwariskan kepada cucunya minta dipulangkan semula.

5) Hadi sangat amanah dan tidak mudah Gelap mata melihat wang ringgit di depan matanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 08:09 PM | Show all posts
1) Alas perut
Zack hanya makan roti sebagai alas perut untuk pagi tadi.

2) Banyak mulut
Zainab dikenali ramai di kolejnya kerana sikapnya yang banyak mulut.

3) Buka jalan
Zamri menganjurkan program bersama belia tujuannya untuk membuka jalan kepada mereka agar melibatkan diri dalam perniagaan.

4) Buruk siku
Zahirah buruk siku meminta balik telefon bimbit yang diberikan kepada adiknya.

5) Gelap mata
Zainun menjadi gelap mata menerima rasuah wang tunai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2022 06:57 AM | Show all posts
Saya hanya makan nasi lemak untuk alas perut

Anak Azimah banyak mulut macam bertih jagung

Malaysia membuka jalan kepada pelabur asing untuk melabur di Malaysia

Selepas putus sahabat Ira meminta balik semua pemberiannya kepada sahabatnya itu

Ramai manusia gelap mata bila melibatkan harta pusaka sehingga sanggup memutuskan tali persaudaraan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 11:09 AM | Show all posts
1) Alas perut dahulu sebelum keluar bekerja.

2) Banyak mulut yang mula membicarakan tingkahlaku mereka.

3) Buka jalan buat dia menghadapi kehidupan.

4) Buruk siku betul bila minta kembali beg yang sudah diberi itu.

5) Gelap mata pegawai itu melihat jumlah wang rasuah itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 01:04 PM | Show all posts
1) Alas perut
Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah.

2) Banyak mulut
Sara dikenal sebagai seorg yg banyak mulut.

3) Buka jalan
Dengan pertolongan Salim dalam membuka jalan tentang konsep perniagaan itu, Jalil berminat untuk menyertainya bagi mendapatkan wang tambahan.

4) Buruk siku
Sifat buruk siku Zali sgt tidak digemari oleh teman temannya.

5) Gelap mata
dia merasa gelap mata apabila dia bangun dr kerusi yg didudukinya itu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 09:53 AM | Show all posts
1) Alas perut
Saya hanya makan sekeping roti sebagai alas perut.

2) Banyak mulut
Orang yang terlalu banyak mulut, kurang disukai oleh ramai orang.

3) Buka jalan
Dollah cuba buka jalan supaya Azman boleh mencari rezeki dengan berniaga kecil kecilan.

4) Buruk siku
"Engkau ni buruk siku betul" marah Kamal kepada Adli.

5) Gelap mata
Siapa yang tidak gelap mata jika wang yang banyak ada di depan mata.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2022 08:43 AM | Show all posts
holaaaa...

keyword hari ni

1) cakap kosong

2) curi masa

3) habis akal

4) terang hati

5) bulat hati

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 09:12 AM | Show all posts
1) "Ropi kalau bercakap suka cakap kosong sahaja. Bukan boleh percaya sangat."

2) Aini curi masa membaca satu muka surat ayat Al-Quran dan menghafalnya.

3) "Dah tak tahu ikhtiar apa lagi. Sudah habis akal hendak selesaikan masalah ini." Keluh Jalil

4) Aini seorang yang terang hati kerana mudah menghafal ayat-ayat Al-Quran.

5) Jalil bulat hati untuk tutup sahaja Syarikatnya dari terus mengalami kerugian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 11:39 AM | Show all posts
1) cakap kosong
Amin dan Ramli berjumpa dan  hanya sekadar cakap kosong.

2) curi masa
Rani curi masa sekejap untuk ke pejabat pos.


3) habis akal
Rini habis akal bagamana hendak dapatkan pinjaman untuk sambung belajar tidak lama lagi.

4) terang hati
Rania sememangnya seorang yang terang hati sejak dari sekolah rendah.

5) bulat hati
Razali bulat hati menolak pelawaan kawan-kawan untuk pergi memancing.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 03:55 PM | Show all posts
1) cakap kosong
Mereka mahu Jeffrey bertindak dan bukan sekadar cakap kosong sekiranya benar-benar mahu hal berkaitan kesihatan diuruskan oleh kerajaan negeri.

2) curi masa
Jagan biasakan mecuri masa ketika waktu bekerja

3) habis akal
Saya seolah-olah habis akal untuk mendapakan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke universiti pada tahun depan.

4) terang hati
Mudah sungguh mengajar Rafeah menganyam tikar kerana dia terang hati.

5) bulat hati
Fatin sebulat hati menerima tugas yang diberikan padanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2022 09:08 PM | Show all posts
1) cakap kosong
Satu kampung tahu perangai Pak Leman yang suka cakap kosong saja.

2) curi masa
Kerana minat yang mendalam terhadap seni lukisan, Diya curi masa yang sibuk untuk belajar.

3) habis akal
Perangai Ariff yang suka menangis, membuatkan ibunya selalu hilang akal.

4) terang hati
Anak anak Kak Senah semuanya pandai dan terang hati.

5) bulat hati
David sudah bulat hati untuk merantau ke negara asing untuk mencari pengalaman bekerja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 10:54 PM | Show all posts
Zaman sekarang ramai yang bercakap kosong tanpa ilmu

Syila curi masa untuk masuk forum

Idris habis akal memujuk isterinya untuk kembali ke rumah

Orang terang hati mudah menghafal al-Quran

Zakiah bulat hati untuk melangkah pergi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2022 08:43 AM | Show all posts
holaa....

keyword hari ni

1) terang hati

2) tebal muka

3) tin kosong

4) titik peluh

5) tangkai jering

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 09:21 AM | Show all posts
1) Nia mempunyai terang hati kerana mudah menerima pembelajaran yang diajar cikgu.

2) Karim tebal muka bertemu dengan Pengarah Syarikat bagi kenaikan gajinya yang tidak setimpal dengan bebanan kerjanya sekarang.

3) Kata-kata Dollah ibarat tin kosong yang tiada apa-apa makna dan manfaatnya.

4) Ramli berjaya mengumpul duit hasil titik peluh sendiri bagi membayar hutang-hutangnya.

5) Dollah seorang yang tangkai jering. Sangat lokek untuk berbelanja dan selalu berkira.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.290408 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list