CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4

[Copy link]
Post time 31-1-2022 12:11 PM | Show all posts
1) Ingkar
Penjawat awam yang ingkar arahan pematuhan jabatan akan dikenakan tindakan tatatertib.

2) Ibarat
Hubungan cinta Ali dan Aisyah ibarat retak menanti belah kerana tiada persefahaman lagi antara mereka.

3) Ikan
Amira gemar makan nasi goreng ikan rebus yang dijual digerai Pak Abu.

4) Ikhlas
Ikhlas dalam setiap amal dan laku membuahkan rahmat dari Ilahi.

5) Imbas
Rupa paras jejaka itu sekali imbas seperti pelakon Kamal Adli

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2022 01:02 PM | Show all posts
1.  Janganlah ingkar dan patuhilah apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan
2.  Nasib jaguh No. 1 dunia, Novak Djokovic bagai telur dihujung tanduk selepas visa miliknya telah dibatalkan kerajaan Australia awal pagi semalam
3.  Semua ikan rasanya sedap dimasak dengan cara goreng
4.  Ikhlas adalah sikap menerima dengan lapang dada apapun yang sudah terjadi
5.  Sila imbas kod QR MySejahtera sebelum masuk ke premis KTMB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 01:02 PM | Show all posts
1) Ingkar
Akibat berkali-kali ingkar pada janji Sarah kini kehilangan kawan baiknya.

2) Ibarat
Ibarat lilin yang menerangi hidup orang lain itulah pengorbanan seorang guru kepada murid-muridnya.

3) Ikan
Ikan parang banyak tulang-tulang halus tapi sedap dimasak asam pedas.

4) Ikhlas
Setiap pemberian yang ikhlas tidak sepatutnya ditayangkan di media sosial.

5) Imbas
Semua pekerja diberikan kad imbas yang baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 04:50 PM | Show all posts
INGKAR
sesiapa yg ingkar arahan akan didenda,kata Guru Besar pada murid2nya

IBARAT
ibarat kacang lupakan kulit apabila sesorg itu lupa akan kebaikkan sahabat yg pernah menolongnya semasa dia susah

IKAN
ikan siakap sangat menyelerakan apabila dimasak stim limau nipis

IKHLAS
saya ikhlas membantu rakan2 yg amat memerlukan bantuan buat masa sekarang ini

IMBAS
romli suka mengimbas kembali memori indah semasa bersama isteri tersayang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 11:43 PM | Show all posts
Zaleha ingkar arahan suami yang menhalangnya dari berjumpa dengan ayahnya sendiri.

Ibarat melepaskan anjing tersepit bermaksud menolong orang yang tidak tahu membalas jasa.

Anak ikan tidak mendatangkan apa-apa manfaat

Surah al-Ikhlas menggambarkan betapa pentingnya sifat ikhlas dalam mengerjakan amal ibadah kerana ia dapat membantu manusia kelak.

Amin imbas kembali sewaktu hidup dalam kesusahan suatu ketika dulu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2022 03:34 PM | Show all posts
holaaa....

keyword hari ini

1) jalur

2) jeling

3) jarang

4) jaguh

5) jumpa

** 1 keyword 1 ayat

** keyword valid selagi belum ada yang baru
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2022 04:16 PM | Show all posts

1) jalur
Pak Leman suka sangat pakai seluar berJALUR merah kuning setiap kali hendak ke kedai kopi.

2) jeling
Aduhai tajam betul si Seha menJELING suaminya bila diusik hendak menambah cawangan baru.

3) jarang
Anak gadis zaman sekarang tidak ada perasaan malu bila memakai pakaian yang JARANG.

4) jaguh
Si Dollah pernah bergelar JAGUH kerana pantang dicabar atau diajak bergaduh.

5) jumpa
Pakcik Lim sangat gembira kerana dapat berJUMPA anak dan cucunya sempena Tahun Baru Cina hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2022 05:29 PM | Show all posts
1) jalur
Jalur Gemilang adalah nama bendera kebangsaan negara kita.

2) jeling
Pak Mail seorang yang bengis sekali dia jeling ramai anak buahnya sudah kecut perut.

3) jarang
Kain ela zaman sekarang banyak yang jarang.

4) jaguh
Jaguh silat negara kita suka melemparkan senyuman.

5) jumpa
Armin merasa gementar untuk berjumpa bakal ayah mertuanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2022 06:32 PM | Show all posts
1. Jalur
Sebagai warganegara yang patriotik, sudah semestinya kita mengibarkan Jalur Gemilang ketika Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

2. Jeling
Cikgu Rohani memberikan jelingan tajam bila Ahmad memotong percakapannya.

3. Jarang
Asmah tidak menyedari kain yang dipakainya agak jarang di bawah sinaran matahari.

4. Jaguh
Jaguh sukan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei memang tiada galang gantinya.

5. Jumpa
Walaupun baru berkenalan selama 3 bulan, Razak tekad mahu berjumpa dengan keluarga Aishah dan meminangnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2022 07:46 PM | Show all posts

1.  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) diminta mengkaji pembekalan liputan Internet menggunakan jalur lebar tanpa wayar tetap (FWB) secara meluas di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak.


2.  Dalam fikiran ibu bapa ini anak kena tahu takut barulah senang nak ajar. ... Sekali jeling je anak terus kecut perut.


3.  Fenomena hujan air batu jarang sekali berlaku di Malaysia sehinggakan apabila ia berlaku, kejadiannya akan mengejutkan banyak pihak.


4.  Tidak mahu dilabel Jaguh Kampung universiti tertua di Malaysia Universiti Malaya UM mensasarkan untuk berada di kelompok 100.


5.  Kementerian Kesihatan (KKM) menawarkan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak COVID-19 secara jumpa terus kepada golongan berusia 18 tahun ke atas, di semua pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh negara mulai esok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2022 12:02 AM | Show all posts
JALUR
jalur gemilang ada lah nama untuk bendera Malaysia

JELING
jelingan manja hana memikat hati hassan

JARANG
langsir yg dibeli ibu amat jarang

JAGUH
ali merupakan jaguh balapan semasa kami bersekolah rendah

JUMPA
semalam kami berjumpa setelah berpisah sekian lama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2022 06:47 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 2-2-2022 02:16 PM

1. jalur

Jalur Sinar Di Celah Daun adalah buku kesukaan saya.
Tukarlah Jalur Gemilang Yang Buruk Itu.

2. jeling

Lagu Menjeling menjadi fenomena.

3) jarang

Dia sudah jarang hubungi mereka.

4) jaguh

Jaguh merupakan motosikal kegemaran ayahnya.

5) jumpa

Lama sudah tiada berjumpa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2022 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tema baju raya Temah tahun ini adalah tema jalur.

Senah menjeling Bucil yang memanggilnya jongang.

Kad raya sudah jarang dijumpai sekarang ini.

Ayam kepunyaan Lan merupakan ayam jaguh di kampung mereka.

Anak-anak sudah lama tidak pulang ke kampung berjumpa ibu setelah dihalau dahulu.

Comments

jangan lupa share pica tema baju jalur tu ye   Post time 2-2-2022 06:06 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2022 06:07 PM | Show all posts
holaaa....

keyword hari ini

1) Kering

2) Kumbahan

3) Kunjungan

4) Kerlingan

5) Kuntum


** 1 keyword 1 ayat

** keyword valid selagi belum ada yang baru
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2022 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
novelloverzz replied at 2-2-2022 05:28 PM
Tema baju raya Temah tahun ini adalah tema jalur.

Senah menjeling Bucil yang memanggilnya jongang.

Tu kan tema Temah nama ai kan nov
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2022 08:25 PM | Show all posts
1. Kering
Saya sukakan warna daun-daun kering semasa musim gugur.

2. Kumbahan
Bau yang busuk itu datang dari loji kumbahan yang berhampiran dengan rumahnya.

3. Kunjungan
Fadzil membuat kunjungan hormat ke pejabat Ketua Pengarah jabatannya.

4. Kerlingan
Kerlingan manja gadis Kadazan yang cantik itu membuat Jamil tidak keruan.

5. Kuntum
Sarah cukup gembira menerima 100 kuntum bunga mawar merah sempena hari lahirnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2022 10:00 PM | Show all posts
1) Kering
Baju yang baru disidai diampaian belum sempat KERING kerana hujan turun dengan tiba tiba.

2) Kumbahan
Bau busuk yang menusuk hidung penduduk taman disebabkan loji KUMBAHAN yang melimpah.

3) Kunjungan
Hari ini kami menerima KUNJUNGAN dari sahabat yang lama terpisah

4) Kerlingan
Amboi tajam sungguh KERLINGAN yang diterima oleh Karim kerana mengganggu anak gadis Pak Halim.

5) Kuntum
Sakit hati bila melihat beberapa KUNTUM bunga mawar saya telah dipetik oleh orang yang lalu lalang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2022 10:38 PM | Show all posts
Senah kurus kering kerana makan hati

Kumbahan juga dikenali sebagai air buangan

Puan Mirza menerima kunjungan rombongan meminang anaknya

Kerlingan gadis itu mengetarkan hati jejaka yang sudah lama meminatinya

Majalah Kuntum majalah kegemaran saya semasa sekolah rendah dahulu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2022 11:09 PM | Show all posts
1) Kering
Ikan kering dikeringkan dengan cara menjemurnya di bawah cahaya matahari.

2) Kumbahan
Indah Water Konsortium adalah agensi yang menyelenggarakan operasi kumbahan dan pembetungan di Malaysia.

3) Kunjungan
Petang tadi Perdana Menteri melakukan sesi kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

4) Kerlingan
Kerlingan mata Aishah membuatkan Hariz tidak tentu arah.

5) Kuntum
Lina memasukkan tiga kuntum bunga cengkih semasa memasak air gula.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 10:51 AM | Show all posts
KERING
Sedapnya makan pulut dgn ikan kering atau ikan pekasam

KUMBAHAN
loji kumbahan kawasan taman perumahan itu sudah lama tidak digunakan

KUNJUNGAN
kunjungan kerumah saudara mara pada cuti kali ini dibatalkan

KERLINGAN
seorg isteri sudah faham maksud kerlingan manja suaminya

KUNTUM
3 kuntum bunga rose bermaksud saya sayang awak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.115967 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list