CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 518|Reply: 1

[Terengganu] Tanam pokok buah-buahan di tanah terbiar

[Copy link]
Post time 25-11-2021 01:53 PM | Show all posts |Read mode
Tanam pokok buah-buahan di tanah terbiar

Baharom Bakar
am@hmetro.com.my



Dr Azman Ibrahim



Kuala Terengganu: Kerajaan negeri akan mengusahakan tanah terbiar seluas kira-kira 8,000 hektar di seluruh negeri dengan menanam pokok buah-buahan.



Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, projek tanaman buah-buahan termasuk durian musing king itu akan dilaksanakan secara berperingkat.



"Kita akan fokus untuk pembangunan tanah terbiar seluas kira-kira 8,000 hektar di seluruh negeri ini untuk penanaman buah-buahan terpilih dan projek ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat," katanya ketika dihubungi, hari ini.



Ketika mengulas mengenai pengurangan Bajet 2022 di sektor pertanian, Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi berkata, peruntukan diluluskan kerajaan sebanyak RM7.34 juta untuk tahun depan bagi sektor pertanian adalah mencukupi bagi meneruskan kesinambungan kepada usaha menerusi program Tahun Pertanian Terengganu (TPT) 2021.



Beliau berkata, walaupun peruntukan sedikit berbeza berbanding tahun lalu, fokus utama adalah memberi tumpuan kepada impak, kesan serta manfaat melalui program TPT.



"Fokus kerajaan adalah meneruskan perkara memerlukan kelangsungan terutama membabitkan penyelenggaraan sektor penanaman padi, sektor pertanian dan pembangunan tanah terbiar.



"Kerajaan akan meneruskan program memperkayakan sumber perikanan dan marin yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat," katanya.

Disiarkan pada: November 25, 2021 @ 1:28pm





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2021 02:16 PM | Show all posts
sy suggest tanam lalang je...tp payment kena 60% advance
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.315790 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list