View: 909|Reply: 7
|
Suami Isteri Mati Ditikam Sebab Berebut Parkir Dengan Jiran
[Copy link]
|
|
London: Akibat perebutan tempat letak kereta, sepasang suami isteri ditemukan maut ditikam di luar rumah mereka selepas bertengkar dengan jirannya.
Memetik laporan Daily Mail, guru teknologi maklumat Stephen Chapple, 36 dan isterinya Jenny 33, ditikam ketika anak pasangan sedang nyenyak tidur.
“Susulan kejadian tersebut, polis menahan dan menyoal siasat seorang bekas tentera berusia 34 tahun selepas disyaki terlibat dalam pembunuhan itu.
“Kedua-dua pasangan ini ditemui mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius.
“Berdasarkan laporan bedah siasat terhadap Jenny, polis menemukan banyak kesan tikaman, manakala mayat suaminya masih belum diketahui,” jelas laporan itu.
Foto: Daily Mail
Kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan kejiranan di Norton Fitzwarren, Somerset.
Bekas tentera itu masih ditahan kerana disyaki membunuh manakala bapanya yang berusia 67 tahun telah dibebaskan selepas disoal siasat.
Sementara itu, pihak polis yang mengesahkan kejadian itu berkata, kedua-dua anak Chapple yang berusia lima dan enam tahun masih terkejut dan tertekan ekoran kejadian tersebut dan kini berada di bawah jagaan kakak Jenny di kawasan berhampiran.
Dalam perkembangan lain, seorang jiran berkata, pasangan itu terlibat dalam beberapa pertengkaran sebelum ini dengan bekas tentera berkenaan sehingga menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan kereta di luar kawasan serta disekat masuk ke kawasan tempat letak kereta.
“Ketegangan antara mereka memuncak tiga bulan lalu selepas Jenny merempuh kenderaan milik jirannya itu ketika dia pulang ke rumah.
“Perkara menjadi lebih buruk antara mereka selepas itu. Kedua-dua belah pihak bertelagah dan saling menyalahkan berhubung pertikaian itu,” ujarnya.
Penduduk di kawasan tersebut menyifatkan perebutan tempat letak kereta merupakan perkara biasa ekoran jalan yang sempit dan kekurangan ruang. – CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Omputeh pun Ada perangai pprt.... |
|
|
|
|
|
|
|
Adoyai, mulut punya pasal hilang nyawa..anak2 kecik lagi. Silap hb askar tu masuk jail berapa tahun je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Fuh parking memang penting nak nak cam ditulis atas ni, tempat terhad...
Cam sinilah, winter bila lampu kelip tanpa jalan dibersihkan dari salji, menggelupur orang cari parking sebab tak boleh parking tepi jalan. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat org yg gaduh berebut parking kt flat PPR sebelum ni. lagi dahsyah omputeh gaduh rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
kejamnya
kat mana2 pun ada ye jiran perangai setan ni
huntong lah sape2 yg dpt jiran yg baik2 |
|
|
|
|
|
|
|
kereta kat sana tahan lama ke ?tengok dlm video mudah berkarat pastu nak tukar drive shaft pun smpi patah breaker bar tu
|
|
|
|
|
|
|
|
housing project for the poorest citizens
HPPC |
|
|
|
|
|
|
| |
|