View: 1137|Reply: 3
|
[Sarawak]
Bintulu akan miliki ‘Jepak Jaya’
[Copy link]
|
|
BINTULU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mencadangkan kawasan Pembangunan Semula Bandar Bintulu di Jepak ini diberikan nama sebagai ‘Jepak Jaya’.
Katanya, kalau di Kuching ada Petra Jaya, di Bintulu pula ada Jepak Jaya dengan mengingatkan pembukaan Kampung Jepak yang membangun seperti yang berlaku di Petra Jaya.
“Saya berangan-angan. Kalau apa yang ada di seberang itu membangun dengan begitu cantik, dengan infrastrukturnya yang tersusun dan akhirnya bangunannya boleh tahan dengan keadaan yang begitu menarik sekali di kawasan itu.
“Sebenarnya bukan kita memulakan bandar baru, sebaliknya bandar Bintulu ini sudah membangun. Jadi, saya hendak cadangkan kalau dipersetujui kita bangunkan kawasan ini bernama Jepak Jaya,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Pelancaran Projek Pembangunan Semula Bandar Bintulu Fasa 1 di Jepak, Kuala Tatau Bintulu pada Selasa.
Selesai majlis, Abang Johari telah menyerahkan van kepada Persatuan Anak Vaie Bintulu yang diterima Presidennya Pandi Suhaili.
Hadir sama Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip, Menteri Utiliti Sarawak Dato’ Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dato’ Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak Datuk John Sikie Tayai, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Dato’ Majang Renggi, ADUN Murum Chukpai Ugon, Residen Bahagian Bintulu Datu Jack Aman Luat, Timbalan Pengerusi BDA Dato’ Haider Khan Asghar Khan, Pengurus Besar BDA Datu Mohamad Yakup Kari, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).
sarawakvoice.com/2021/11/24
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Vellfire at 24-11-2021 04:18 PM
Jambatan Kemena rancakan pembangunan di Bintulu
BINTULU: Sementara itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari menambah, Pembangunan Semula Bandar Bintulu Fasa 1 ini juga berkait rapat dengan pembinaan Jambatan Kemena.
Katanya, Jambatan Kemena ini bukan sahaja menghubungkan Kampung Jepak dengan Bandar Bintulu, tetapi juga memendekkan jalan menuju ke Lapangan Terbang Bintulu.
“Kita tahu bahawa apabila kita hendak membangunkan kawasan ini, kita berkehendakan dengan kawasan yang baharu perumahan, kedai dan lain-lain di kawasan ini.
“Kalau tidak ada kedai, tidaklah lengkap. Maka, kita bangunkan kawasan di seberang ini termasuk Kampung Jepak.
“Kita bertambah penduduk dan kita mahu harga rumah jangan melambung hingga menyebabkan rakyat tidak mampu membeli. Ini disebabkan niat kita hendak menolong rakyat supaya dapat membeli rumah,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Pelancaran Projek Pembangunan Semula Bandar Bintulu Fasa 1 di Jepak, Kuala Tatau Bintulu pada Selasa.
Untuk memastikan perancangan Pembangunan Semula Bandar Bintulu Fasa 1 Jepak ini dilaksanakan, Abang Johari telah mengarahkan Jabatan Tanah dan Ukur menyediakan 7,000 lot dengan setiap lot sebesar 12 point.
“Dalam perancangan ini, saya telah mengarahkan Jabatan Tanah dan Ukur untuk menyediakan lot sebanyak 7,000 lot.
“Kesemua lot ini akan kita bangun mengikut fasa…. Setiap satu lotnya sebanyak 12 point. Dan, kita bangunkan rumah mampu milik untuk rakyat di Bintulu,” katanya lagi.
Untuk memastikan kawasan Kampung Kemena ini mencapai pembangunan sebagai sebuah bandar, bangunan pentadbiran kerajaan juga akan dipindahkan ke Kampung Jepak.
Sebagai permulaan, kawasan pentadbiran Residen Bahagian Bintulu akan ditempatkan di Kampung Jepak dan pembinaannya sedang dilaksanakan.
“Pertama yang kita buat, sebelum ini Tun Abdul Rahman buat di kawasan Matang, Petra Jaya ialah membina bangunan Tuanku Abdul Rahman, bangunan Pejabat Ketua Menteri.
“Ini digunakan bagi membuka Petra Jaya untuk terus membangun.
“Asas itu kita juga membuka di Bintulu dengan mengalih Pejabat Residen Bahagian Bintulu dari seberang ke Kampung Jepak sebagai permulaannya,” ujarnya lagi.
Hadir sama Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip, Menteri Utiliti Sarawak Dato’ Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dato’ Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak Datuk John Sikie Tayai, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Dato’ Majang Renggi, ADUN Murum Chukpai Ugon, Residen Bahagian Bintulu Datu Jack Aman Luat, Timbalan Pengerusi BDA Dato’ Haider Khan Asghar Khan, Pengurus Besar BDA Datu Mohamad Yakup Kari, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).
sarawakvoice.com/2021/11/24
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan Sarawak sentiasa bantu rakyat miliki rumah sendiri BINTULU: Perumahan di Kemuyang Sibu dan Darul Hana di Sungai Bedaun Santubong merupakan Dasar Perumahan Baharu yang diperkenalkan Kerajaan Sarawak.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kedua-dua projek ini merupakan Dasar Perumahan Baharu yang diperkenalkannya bagi membantu rakyat memiliki rumah dan lengkap dengan kemudahan infrastruktur.
Dasar Perumahan Baharu ini juga akan dilaksanakan di Bintulu bagi membangunkan kawasan Kampung Jepak.
“Apa yang kita buat ialah jalannya besar macam ‘gatted community’. Kita tembok tanahnya, kita beri utilitinya seperti elektrik dan air, dan kita buat paritnya.
“Kesemua ini seperti kos tembok, utiliti dan parit akan ditanggung sepenuhnya Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Pelancaran Projek Pembangunan Semula Bandar Bintulu Fasa 1 di Jepak, Kuala Tatau Bintulu pada Selasa.
Tambah Abang Johari lagi, menerusi pelaksanaan Dasar Perumahan Baharu ini harga rumahnya dalam lingkungan RM100,000 hingga RM160,000 dan sekiranya ditambah dengan tanah yang telah dibangunkan nilainya akan bertambah menjadi RM300,000.
Dalam pada itu, Ketua Menteri turut juga memberitahu inisiatif Kerajaan Sarawak dalam membantu rakyat yang ingin memiliki rumah dengan membayar deposit rumah sebanyak RM10,000 seperti yang telah diumumkan dalam Bajet 2022.
“Kalau nak beli rumah, nilainya kurang daripada RM300,000, RM10,000 deposit akan dibayar Kerajaan Sarawak. Ini adalah dasar kita untuk membantu memiliki rumah,” ujarnya.
Hadir sama Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip, Menteri Utiliti Sarawak Dato’ Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dato’ Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak Datuk John Sikie Tayai, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Dato’ Majang Renggi, ADUN Murum Chukpai Ugon, Residen Bahagian Bintulu Datu Jack Aman Luat, Timbalan Pengerusi BDA Dato’ Haider Khan Asghar Khan, Pengurus Besar BDA Datu Mohamad Yakup Kari, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).
sarawakvoice.com/2021/11/24
|
|
|
|
|
|
|
|
Bintulu jadi bandar perindustrian di Sarawak BINTULU: Pelancaran Projek Pembangunan Semula Bandar Bintulu di Jepak ini merupakan ilham daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Menurut Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip, selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), beliau telah mengarahkan agar merancang pembangunan di Bahagian Bintulu sejajar dengan statusnya sebagai bandar perindustrian di Sarawak.
“Pembangunan yang diilhamkan Ketua Menteri adalah berteraskan meningkatkan kualiti hidup rakyat, penyediaan infrastruktur awam yang mencukupi seperti kemudahan elektrik, air, tempat beriadah dan tempat bermasyarakat di samping penyediaan rumah yang tersusun dan teratur,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan di Pelancaran Projek Pembangunan Semula Bandar Bintulu Fasa 1 di Jepak, Kuala Tatau Bintulu pada Selasa.
Datuk Talib yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak turut menjelaskan Projek Pembangunan Semula Bandar Bintulu ini akan mengubah landskap kawasan ini menjadi penempatan yang dilengkapi kemudahan-kemudahan awam baik dan tersusun.
“Kita telah melihat Skim Pembesaran Kampung Jepak telah berjaya menampung sedikit sebanyak keperluan penduduk Kampung Jepak, akan tetapi lebih banyak lagi diperlukan.
“Demikian juga Skim Kampung Asykirin yang menampung keperluan kampung-kampung Tradisi, Kampung Sinong, Kampung Masjid, Kampung Dato, Kampung Sebezau dan termasuk penduduk kita dari Kampung Jepak,” ujarnya.
Hadir sama Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Menteri Utiliti Sarawak Dato’ Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dato’ Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak Datuk John Sikie Tayai, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Dato’ Majang Renggi, ADUN Murum Chukpai Ugon, Residen Bahagian Bintulu Datu Jack Aman Luat, Timbalan Pengerusi BDA Dato’ Haider Khan Asghar Khan, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Datu Mohamad Yakup Kari, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).
sarawakvoice.com/2021/11/24
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|