CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 977|Reply: 12

[Dunia] Bank di Britain laksana sistem bekerja 4 hari seminggu

[Copy link]
Post time 24-11-2021 11:43 PM | Show all posts |Read mode
LONDON – Sebuah bank di Britain melaksanakan peraturan bekerja empat hari seminggu tanpa menolak gaji para pekerjanya, sekali gus mendakwa bahawa ia merupakan syarikat terbesar di negara itu yang mengambil langkah sedemikian, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Bank Atom pada semalam turut mengumumkan jumlah jam bekerja setiap minggu bagi 430 kakitangannya diturunkan daripada 37.5 jam kepada 34 jam seminggu dengan jangkaan hampir kesemua mereka akan mengambil cuti pada Isnin atau Jumaat.

Perubahan itu bagaimanapun adalah secara sukarela.

Dasar itu berkuat kuasa pada 1 November lepas dan diperkenalkan untuk menyokong ‘kesejahteraan mental dan fizikal’ pekerja, selain meningkatkan produktiviti, kata syarikat itu. Majoriti pekerja dilaporkan telah beralih kepada sistem kiraan bekerja yang baru.

‘’Bekerja empat hari seminggu memberi lebih banyak peluang kepada pekerja untuk mengejar minat, meluangkan masa bersama keluarga dan membina keseimbangan kerja dengan kehidupan yang lebih sihat,’’ kata Ketua Pegawai Eksekutif Atom, Mark Mullen dalam satu kenyataan.

Mullen menambah, setakat ini beliau tidak melihat penurunan produktiviti atau tahap perkhidmatan pelanggan, tetapi ia ‘akan mengambil masa untuk orang ramai menyesuaikan diri’. – Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2021 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
oo bank atom tak penah dengar nama..ingat kan hsbc tadi baru nak wow
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
tak mengamuk pulak custemer bank bukak 4 hari je...belum termasuk mengeteh macam staf kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Syok nya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
harap malaysia boleh folo skali kaedah ni
sbb m'sia kan suka jilat UK esp acik2 kepam yg semedang dgn london london bagai.
tp akak pun suka je kalo keje 4 hari seminggu dan 3 hari berehat utk spend masa dgn kwn2 dan family
baru la work life balance
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 08:22 AM | Show all posts
what's the catch? gaji sama ke kena potong.. citer tak abes
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2021 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 25-11-2021 08:22 AM
what's the catch? gaji sama ke kena potong.. citer tak abes

Tanya la taxes diaorg berapa setahun.. kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
3 hari cuti, 1 hari untuk hari ummah suci yehudi Sabbath day, 1 hari untuk ummah Kristian pergi gereja, 1 hari lagi untuk ummah ereb fadang fasir nak sembah-Hyang Jumaat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2021 10:59 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 25-11-2021 08:22 AM
what's the catch? gaji sama ke kena potong.. citer tak abes

Ada kaka kitty, dalam article kata tak potong gaji. Ntah2 gaji pun dah ciput potong terus jadi debu2 bertebaran dalam wallet je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 02:03 PM | Show all posts
Samerosie replied at 25-11-2021 10:59 AM
Ada kaka kitty, dalam article kata tak potong gaji. Ntah2 gaji pun dah ciput potong terus jadi deb ...

ha ye.,.. baca laju, tp kira jam bekerja idok la jauh nau bezanyehhh
37.5hrs/ week down to 34 hrs/week, so longer working hrs la for 4 days tu ekk

ni rasa yg huntong still bank la.. sbb operating cost utk operate 5 days vs 4 days tu hagaknya lg banyak boleh reduce dr bagi staff keja 4 days/week. pehtu ye ke staff bank keja goyang kaki? kut tanya kengkawan keja bank smua balik lambat nokks.. counter bank je katup kul 4, deme kul 8-9pm baru balik

pehtu nak suh more customers guna online banking dari pi counter, lama2 customer walk in tak ramai, boleh katup branches khueenn ? tp meols pung lama tak jejak kaki ke bank.. smua online dah skang. unless nak withdraw cash...

#demedahlamarancang.. #kitajelalai
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 02:04 PM | Show all posts
ketipongtipah replied at 25-11-2021 10:34 AM
Tanya la taxes diaorg berapa setahun.. kan?

ehh jgn.. kang ada poremner ckp jgn dok compare yg duk obersea sana

mesia masih aman kekdahnyaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
angelofish replied at 25-11-2021 07:50 AM
tak mengamuk pulak custemer bank bukak 4 hari je...belum termasuk mengeteh macam staf kerajaan


Jangan cuma sebut staf kerajaan je. GLC yang sepatutnya dah ikut cara swasta pun masih banyak lagi ikut perangai staf kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 02:30 PM | Show all posts
Babai replied at 25-11-2021 02:06 PM
Jangan cuma sebut staf kerajaan je. GLC yang sepatutnya dah ikut cara swasta pun masih banyak lagi ...

Bercakap pasal ni kan kaka Babai, kwsp service so far kan i tak boleh nak complain.  Cepat and very cheerful.  I dah pergi cawangan kat Changkat RC, caw. PJ sebelum terbako, kat Nilai, semua service memuaskan.  LHDN juga.  Tapi yg buat naik angin ialah jabatan imigresen aduhai ramai je orang belakang counter tapi kalau kau tak kat sana dekat 8 jam tak sah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.086879 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list