CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4527|Reply: 42

Selalu Dianggap Sombong, Yuna Rahim Kini Semakin Glamour

  [Copy link]
Post time 23-11-2021 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Sebut saja nama Yuna, pasti lebih ramai peminat akan teringatkan kehebatan vokal dan pencapaian sudah dimiliki penyanyi lagu Terukir Di Bintang, Yunalis Zarai yang kini semakin menempa nama di Amerika Syarikat.


Namun, selain Yuna yang terkenal sebagai penyanyi itu, sekarang dalam bidang lakonan di tanah air juga ada pelakon muda meningkat naik dikenali Yuna Rahim, 26.


Wanita bertubuh kecil ini mula membuat kemunculannya di persada industri hiburan pada 2017 lalu menerusi lakonan dalam telefilem Rasuk dan Kasut. Ternyata, lakonan mantap Yuna membawa impak buatnya.


Foto: IG




Semakin mendapat peluang mengukuhkan bakat seni, Yuna yang juga graduan Universiti Kolej Damansara Utama (KDU), kampus Glenmarie, Shah Alam ini sudah beberapa kali menjadi 'heroin' dalam drama.


Terbaharu, Yuna atau nama sebenarnya Sharifah Husna Rahim ini muncul sebagai watak Neesa dalam drama Diari Seorang Suami, yang kini disiarkan slot Lestary TV3, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam, sebanyak 13 episod.


Berbicara mengenai wataknya, Yuna berkata dia berpasangan dengan pelakon Afieq Shazwan sebagai suami isteri muda. Mereka berkahwin lari akibat cinta yang tidak direstu keluarga.




  



"Menjadi Neesa ini, satu cabaran besar buat saya kerana perlu melakonkan karekter gadis berusia 18 tahun yang mabuk cinta dan sanggup lari dari rumah semata-mata untuk berkahwin dengan kekasihnya, Hairi, 19, dilakonkan Afieq.


"Kurang matang dan hanya impikan kehidupan indah, Neesa melihat dirinya sebagai isteri harus taat dengan suami saja, namun banyak aspek lain kurang diambil kira. Malah, kebahagiaan yang diimpi Neesa jadi sebaliknya kerana dalam hubungan suami isteri ada pasang surutnya.


"Ditambah, saya juga muncul dengan dua watak berbeza dalam drama ini. Jadi, permainan emosinya sangat berat yang membuat saya serabut juga. Drama Diari Seorang Suami ini sangat-sangat mencabar," katanya.




  



Yuna berkata dia gembira dan syukur kerana digandingkan dengan Afieq dan juga Keith Foo. Menurutnya, banyak sisi positif dalam drama ini yang boleh dijadikan pengajaran oleh penonton.


Berasal dari Pulau Pinang, Yuna dilihat semakin mendapat perhatian penonton selepas beberapa drama lakonannya seperti Sweet Dreams, Lara Syakila, The Gadis, Syurga Untukmu, Angkara Cinta, Kanvas dan Tikam.


Mengulas juga mengenai momentum kariernya, Yuna berkata alhamdulillah, perjalanan kerja itu agak bagus. Ini kerana, dia semakin kenal dengan rentak cara penggiat seni bekerja.




  



"Bila berlakon bukan saya seorang yang bekerja tetapi membabitkan satu pasukan terus. Dulu, ketika saya mula-mula berlakon ada juga yang tak faham dengan cara kerjanya.


"Tapi, sekarang insya-Allah saya dah jadi sangat tahu macam mana nak membezakan watak sendiri dengan karekter-karekter lain sepanjang kita berlakon. Pengalaman ditimba sangat membantu saya," katanya lagi.


Justeru, Yuna mengharapkan agar drama Diari Seorang Suami akan mendapat sambutan baik penonton. Katanya, kisah drama ini kena ditonton teliti untuk lebih memahami kerana ada pelbagai konflik berlaku.




  



Pertama kali menemubual Yuna pada sidang media secara virtual baru-baru ini, melihatnya dari segi perwatakan diri dan raut wajah, dia kelihatan semacam sombong serta kurang mesra.


Mengulas mengenainya, Yuna tidak menafikan perkara itu, namun katanya dia sebenarnya individu yang mudah mesra dan sama sekali tidak bersikap sombong dengan orang lain.


"Bagi mereka yang tidak kenal saya dengan rapat, pasti berpandangan begini dengan mendakwa saya sombong. Tapi, saya okey saja sebab kalau dah kenal nanti akan tahulah betapa saya ramah dan mesra.


"Selain itu, saya juga mengaku berperwatakan kasar kerana itulah diri saya sebenar. Kehidupan saya memang macam budak lelaki sebab dari kecil saya memang dah kasar.




  



"Ditambah, dalam keluarga saya membesar dengan empat orang adik-beradik lelaki yang membuatkan kehidupan diwarnai dengan corak pergaulan yang agak lasak dan saya juga tak ramai kawan perempuan," katanya lagi.


Apapun, Yuna berkata dia tidak terasa hati apabila dirinya dikatakan seorang yang sombong. Ujarnya, setiap orang ada pendapat dan pandangan masing-masing. Malah, baginya itu perkara biasa. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Takda yang sudi komen ke?

Ada vibe Liyana Jasmay. Nak komen tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 02:13 PM | Show all posts
yuna mana ni, berlakon channel ape selalu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 23-11-2021 01:49 PM
Takda yang sudi komen ke?

Ada vibe Liyana Jasmay. Nak komen tu je.

Tapi versi wangi. Liyana tu forever kepam
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 02:46 PM | Show all posts
ooo yang berlakon kat drama tv3 tu kan.......
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 04:34 PM | Show all posts
boleh tak jangan pakai nama org lain. sorang yuna sudah lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2021 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik suka dia ni. Comel dan suara dia beso. Sedap acik dengornye
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
rupa mcm budak habis spm rupanya dah 26
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2021 05:38 PM | Show all posts
sheolss cantik sooo akak approved dan merestui kehadiran sheolss di dalam industri...
tapi tak sangka umoo 26 yach..
mati2 ingat baru 17 dan che pit masih dara lagi rhoperrnya umo dah baya2 ada anak 5 dah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sharifah rupanye.. mcm ramai pulak sharifah husna dlm industri.. nasib la lawo masing2
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
macam mana leh jadi Yuna eh nama sharifah husna
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat kn adik beradik sh amani
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm pnh tgk tp x ingt citer apa.. okla comel
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Woah follower ramai ya, suku juta
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
haifawehbe replied at 23-11-2021 05:36 PM
rupa mcm budak habis spm rupanya dah 26

I pun ingat budak lagi.
Tp dia pandai berlakon. Tp nama dia I tak pernah tahu.
Letak nama penuh sendiri lg sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha replied at 23-11-2021 05:50 PM
macam mana leh jadi Yuna eh nama sharifah husna

Mesti panggilan masa kecik Una.
Tp nak sedapkan jd lah yuna. Mcm cousin i
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2021 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat yuna penyanyi tu tukar nama. Kompius deh.

Orait la tu. Sweet orgnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Lula2 replied at 23-11-2021 07:27 PM
Mesti panggilan masa kecik Una.
Tp nak sedapkan jd lah yuna. Mcm cousin i

Haah panggilan manja dia una..kwn baik fatin afeefa



Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
1st tgk dia jd adik mira filzah dlm cite ben rahim rambut panjang tu.
Igt budak sekolah berlakon, rupanya dia dah 20an gak.
Tua dia drpd si epit tu tp mmg dia tetap nampak mcm budak sekolah menengah.
Selama ni iols ingat dia pelakon kanak2 gak mcm yg lelain tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Liyana jasmay + risteena + nelydia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.070177 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list