|
Selepas kekasih hatinya dimasukkan ke hospital minggu lalu, pelakon dan pengacara sensasi Janna Nick turut menerima nasib sama apabila disahkan menghidap vertigo.
Janna ketika dihubungi Kosmo Online! memberitahu, dia dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu selepas tidak berapa sihat dan muntah berterusan.
Foto: IG
“Doktor kata saya menghidap vertigo. Sebelum ini memang tak pernah ada simptom-simptom sebegitu.
“Sudah empat hari saya tak boleh makan, muntah berterusan, tak boleh berdiri dan tak boleh imbang badan dengan betul.
“Bila berdiri lama sikit saja rasa nak pitam, kepala rasa sakit dan tak selesa. Rasa seperti di awan-awangan,” katanya.
Tambah pelakon Marry Me Senorita itu, doktor sudah pun memberinya sejenis ubat tahan sakit bagi mengelakkan dirinya daripada terus muntah dan mengembalikan selera makan.
“Sekarang ini doktor dah check (periksa) dan bagi saya ubat yang sesuai dengan apa yang saya hadapi. Tadi pun dah selesai buat ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), jadi masih tunggu keputusan.
“Bila saya boleh keluar dari wad itu belum tahu lagi. Sebab doktor masih pantau dan beritahu saya perlukan rehat secukupnya,” ujarnya.
Janna menerusi Instagram turut memuat naik hantaran memaparkan dirinya ketika ini berada di sebuah hospital sambil menikmati hidangan sarapan pagi.
“Selamat pagi. Saya baik tiada apa-apa perlu dirisaukan. Tirus kan muka? makan muntah, makan muntah. Itulah korang selalu kata saya gemuk sangat,” tulisnya.
Tidak lama dahuluu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, turut pernah dimasukkan ke hospital kerana jangkitan paru-paru selepas mengalami batuk selama seminggu.
Baru-baru ini, selepas bekas pengacara Melodi itu meraikan kejayaan sebagai Bintang Paling Popular, buah hatinya Dini Schatzmann terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan akibat demam dan terkena jangkitan kuman. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|