CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 421|Reply: 0

[Terengganu] Warga Vietnam bekerja dengan nelayan tempatan jadi tali barut

[Copy link]
Post time 23-11-2021 12:35 PM | Show all posts |Read mode
Warga Vietnam bekerja dengan nelayan tempatan jadi tali barut

Rosli Ilham
am@hmetro.com.my



Rashidilhadi (kanan) menunjukkan sebahagian hasil laut yang dirampas selepas menahan dua bot nelayan Vietnam. FOTO Rosli Ilham



Chukai: Warga Vietnam yang bekerja dengan bot nelayan tempatan dikesan menjadi dalang menyampaikan maklumat bagi memudahkan nelayan Vietnam menceroboh perairan dan merompak hasil laut negara.



Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, perkara itu dibongkar selepas pihaknya berjaya memintas alat perhubungan bot nelayan asing dengan bot tempatan.



Menurutnya, nelayan Vietnam yang bekerja dengan bot tempatan akan berkomunikasi dengan nelayan Vietnam terbabit sebaik mendapati perairan negara selamat diceroboh tanpa kelibat pihak berkuasa.



"Berdasarkan keadaan itu, kita mempertingkatkan rondaan dan operasi termasuk di musim tengkujuh ini dalam suasana ombak besar dan ribut kencang," katanya.



Rashidiihadi berkata, dalam Ops Kuda Laut dan Ops Khas Naga Barat yang dilakukan itu membuahkan hasil apabila dua buat bot nelayan Vietnam berjaya ditahan pada jarak 65 batu nautika dari Kuala Kemaman, kira-kira 9 pagi, kelmarin.



"Kedua-dua bot terbabit sedang menangkap hasil laut negara secara tunda ganding dan sebaik menghampiri, kedua-dua bot Vietnam terbabit cuba merempuh kapal peronda kami dan bertindak melarikan diri.



"Kami terpaksa mengejar bot terbabit selama kira-kira 30 minit sebelum berjaya menahan mereka," katanya.



Katanya, hasil pemeriksaan, terdapat 500 kilogram ikan campuran dan 2,000 liter minyak diesel serta alat tangkapan dan jumlah hasil rampasan keseluruhan termasuk kedua-dua bot itu dianggarkan bernilai RM3 juta.



"Kesemua 25 nelayan Vietnam termasuk dua tekong berusia antara 18 hingga 50 tahun serta kedua-dua bot dibawa ke Jeti Maritim Kemaman untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 15(1), (a) dan 8(a) Akta Perikanan 1985," katanya.

Disiarkan pada: November 23, 2021 @ 9:14am

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.063786 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list