View: 765|Reply: 8
|
Wanita Tertelan Airpod, Disangka Pil Tahan Sakit
[Copy link]
|
|
Seorang wanita mengalami serangan panik apabila tertelan fon kepala tanpa wayar yang disangka ubat tahan sakit.
Carli, dari Massachusetts, Amerika Syarikat, membuat perkongsian mengenai dirinya menangis sejurus insiden malang itu berlaku.
 Foto: Tiktok
"Saya termakan sebelah kiri AirPod," katanya sambil menangis.
"Saya berada di katil dan memegang pil ibuprofen 800, manakala AirPod di sebelah tangan.
"Saya telan sesuatu dan ambil botol air untuk minum.
"Saya kemudian sedar yang saya telan itu sebenarnya bukan pil ibuprofen 800. Saya cuba memuntahkannya tapi tak keluar. Saya dah hilang akal."
Menurut Carli, insiden berlaku ketika dia menumpang tidur di rumah rakannya di Somerville pada 5 November lalu.
Keesokan harinya dia mematikan hubungan AirPod miliknya dan menerima notifikasi daripada telefon yang tertera: "Satu AirPods Pro bergerak bersama anda untuk seketika."
Pada 8 November, Carli memberitahu pengikutnya di laman sosial bahawa fon telinga itu telah keluar dari sistem badannya.
Dia juga telah menjalani imbasan sinar-x untuk mengesahkan bahawa organ dalamannya tidak mengalami kecederaan. -CARI
Sumber: mStar Online Daily Star |
|
|
|
|
|
|
|
aihh mcm2 hal laaa..  |
|
|
|
|
|
|
|
ipong terbaik.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya bila panik macam2 boleh jadi |
|
|
|
|
|
|
|
bukan kaleng2 berak keluar ipod.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik keluar balik. Mau tak panik |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik tiada apa-apa yang buruk berlaku |
|
|
|
|
|
|
| |
|