CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 738|Reply: 3

Polis Jumpa Lebih RM12 Juta Dalam Bonet Kereta

[Copy link]
Post time 23-11-2021 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki didakwa melakukan pengubahan wang haram selepas polis dilaporkan menemui wang tunai lebih AU$4 juta di dalam bonet sebuah kereta di Calamvale, Queensland, pada pagi 20 November lalu.


Polis Queensland berkata, polis terlihat seorang lelaki berada dalam "keadaan mencurigakan" berhampiran sebuah kenderaan yang diletakkan di Jalan Ormskirk pada kira-kira 5 pagi pada hari Sabtu.




Foto: Storyful




Dia meletakkan beg pakaian besar di dalam but kenderaan namun ketika polis menghampirinya dia kelihatan "gugup dan cuba mengelak".


Sebuah video dikongsikan Polis Queensland di Twitter, menunjukkan seorang pegawai polis memotong beg tersebut sebelum menjumpai sejumlah besar wang kertas di dalamnya.


Polis berkata nilai wang yang ditemui melebih AU$4.1 juta.


Suspek, seorang penduduk New South Wales, telah ditangkap dan didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram dan kegagalan untuk mematuhi Arahan Kesihatan Awam Covid -19. - CARI


Sumber: Storyful
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2021 12:05 PM | Show all posts
terbai polis obersea..x goyang duit byk tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 12:15 PM | Show all posts
fuh kalau la rakyat marhaen dapat duit tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 12:15 PM | Show all posts
Bila la nak ada cash mcm ni ermmm...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.289483 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list