CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 22/11/2021

[Copy link]
Post time 23-11-2021 08:24 AM | Show all posts |Read mode




Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 485 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 229,497 kes. Sebanyak sembilan (9) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu tiga (3) kes di Tawau, dua (2) kes di Kudat dam masing-masing satu (1) kes di Ranau, Sandakan, Semporna da Tambunan. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 551 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 218,623 orang. Manakala 1,563pesakit sedang menerima rawatan iaitu 638 orang di hospital, 907 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 18 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 74 orang merangkumi 65 di ICU/repurposed kritikal care serta sembilan (9) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 27 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 64 (30.77%).


Kedudukan Kes Positif COVID-19




a Jumlah kes harian naik 48 kes hari ini. Jumlah kes baharu ialah 485 kes.

b Pertambahan yang agak banyak ini berpunca daripada kenaikan mendadak jumlah kes di Kota Kinabalu daripada 98 kes kelmarin kepada 161 kes (+63) hari ini. Punca utama kenaikan mendadak ini ialah Kluster Lautan Biru yang melibatkan anak-anak kapal TLDM. Jangkitan berlaku semasa operasi dan setakat ini 93 orang disahkan positif. Mengikut statistik, cuma 3 kes daripada 161 kes didaftar di Kota Kinabalu sepanjang 24 jam yang lalu, selebihnya merupakan kes-kes daftar-lewat 2 hari atau lebih lama selepas keputusan saringan diketahui.

c Beberapa daerah lain mencatatkan pertambahan kes harian yang agak ketara seperti Tuaran dan Kota Marudu, tetapi daerah-daerah seperti Penampang, Papar dan Tenom mencatat jumlah kes harian yang jauh lebih rendah hari ini.

d Kes-kes daripada Kluster Lautan Biru (91) kes dan Kluster Kemburongoh (1) kes menyumbang hampir 19% daripada jumlah kes di Sabah hari ini. Adalah juga diperhatikan peratusan kes-kes Saringan Kontak Rapat dan kes-kes Saringan Bergejala hampir sama tinggi, 39% bagi Saringan Kontak dan 36% bagi Saringan Bergejala. Ini satu petanda jelas virus COVID-19 sudah berada secara meluas di tengah-tengah masyarakat dan risiko jangkitan secara sporadik semakin tinggi.

e Sejumlah 469 pesakit (97%) berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2, lima orang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan tiga pesakit dalam Kategori 5. Kes melibatkan 6 pesakit masih dalam penilaian JKNS.

f Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (189) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.

Kluster Lautan Biru Pantai - Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dikesan menular dalam kalangan kru kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dikategorikan sebagai kluster institusi pertahanan. Kes indeks merupakan kru kapal, lelaki, yang berlepas dari TLDM Lumut Perak pada 27 Oktober 2021. Dalam saringan COVID-19 sebelum berlepas ke TLDM Sepanggar, kes indeks serta semua kru kapal didapati negatif. Pada 01 November 2021, kapal tersebut telah tiba di TLDM Sepanggar dan selepas menjalani operasi selama seminggu, kapal kemudiannya berangkat ke Sandakan dan Tawau sebelum kembali semula ke TLDM Sepanggar pada 18 November 2021. Semasa persinggahan, kes indeks dikesan positif COVID-19 menerusi saringan bergejala di Sandakan, manakala satu (1) kes lagi dikesan di Tawau melalui saringan kendiri dan telah menjalani kuarantin di daerah masing-masing. Setibanya di TLDM Sepanggar, didapati tiga (3) kes positif hasil saringan bergejala. Saringan menyeluruh kemudiannya dijalankan terhadap 134 kru kapal dan menemukan 93 kes positif COVID-19 sebagai jumlah kumulatif termasuk 91 kes yang dilaporkan hari ini. Semua kes dan kontak rapat telah diarahkan kuarantin dan rawatan yang sesuai.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.050466 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list