CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 396|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bomba tumpu aspek menyelamat, bukan reka bentuk

[Copy link]
Post time 22-11-2021 08:04 PM | Show all posts |Read mode
Bomba tumpu aspek menyelamat, bukan reka bentuk

Nur Izzati Mohamad - November 22, 2021 @ 7:53pmbhnews@bh.com.my




Mohammad Hamdan (tengah) sambil diperhatikan Pengarah JBPM Pulau Pinang, Saadon Moktar (kiri) menyematkan Pingat Cemerlang Bomba (PCB) kepada penerima pada Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 JBPM di Pulau Pinang. FOTO NSTP/DANIAL SAAD


BUTTERWORTH: Bidang kuasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tertumpu dalam aspek keselamatan kebakaran bangunan dan menyelamatkan diri sekiranya berlaku kecemasan.



Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, berkata aspek reka bentuk pembinaan bangunan tinggi tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau agensi berkaitan.



"Dari segi pembinaan, kita bersama agensi lain mendapat rujukan pelan bangunan daripada PBT dan kajian bomba lebih kepada keselamatan kebakaran dan pelan melepaskan diri dari kecemasan dengan selamat.



"Dari segi pagar balkoni, ia bukan bidang kebombaan dan kita percaya ada agensi atau jabatan lain melihat perkara ini," katanya pada sidang media, hari ini.



Beliau mengulas mengenai insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Caves, Selangor, pada Rabu lalu.



Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 di Seberang Jaya,.



Mengulas lanjut, Mohammad Hamdan berkata, orang ramai boleh membuat laporan sekiranya curiga pada struktur bangunan tinggi yang boleh memudaratkan keselamatan kepada agensi berkaitan atau bomba.



"Jika ada aduan sedemikian, bomba akan ke lokasi membuat pemeriksaan.



"Ramai ibu bapa mempunyai anak kecil tinggal di kediaman tinggi dan mereka perlu mendidik anak-anak risiko bahaya di kediaman sendiri," katanya.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.054280 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list