CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1136|Reply: 0

[Pulau Pinang] Peranan orang awam penting tangani keganasan rumah tangga

[Copy link]
Post time 22-11-2021 05:10 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN - Orang awam perlu memainkan peranan bagi menangani kes keganasan rumah tangga dengan melaporkan kes tersebut kepada ketua komuniti atau pihak berkuasa, kata Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Berucap pada pelancaran kempen ‘Penang Goes Orange 2021’ peringkat Pulau Pinang secara dalam talian pada Isnin, Ahmad Fuzi berkata, usaha itu mampu membawa perubahan besar terhadap seseorang individu yang menjadi mangsa keganasan.

“Usaha untuk mengekang masalah keganasan rumah tangga bukan tanggungjawab individu atau mangsa mahupun kerajaan semata-mata, sebaliknya penglibatan semua pihak termasuk orang sekeliling mangsa, jiran tetangga dan rakan sekerja adalah amat penting.

“Setiap individu di negeri ini berhak untuk berasa selamat dan bebas menjalani rutin hidup harian,” katanya.

Kempen tersebut yang dianjurkan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam terutama rakyat di negeri ini mengenai isu keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.

Ahmad Fuzi berkata, kempen itu juga dirangka untuk membuka ruang kepada mangsa keganasan rumah tangga dalam mencari jalan penyelesaian dan keluar daripada situasi tersebut.

“Penang Goes Orange 2021 bertemakan Keluarga Selamat: Berhubung, Komited, Kolektif membawa mesej menyeru masyarakat untuk berganding bahu menyebarkan kesedaran dan membantu mangsa keganasan dalam mendapatkan pertolongan yang diperlukan,” katanya. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... anasan-rumah-tangga
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.247785 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list