CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8891|Reply: 139

Peniaga Ikan Siakap Seribu Gagal Lengkap Dokumen, Bakal Didakwa

[Copy link]
Post time 22-11-2021 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu– Peniaga di Langkawi, Kedah yang tular awal bulan ini kerana menjual hida­ngan ikan siakap lebih RM1,000 bakal didakwa mengikut Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, peniaga terbabit telah gagal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap dikehendaki kementeriannya mengikut tempoh ditetapkan.


Beliau berkata, peniaga terbabit telah memberi kerjasama baik kepada Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) namun malangnya gagal memenuhi arahan menghantar dokumen perniagaan lengkap dan terperinci.


Foto: Kosmo




“Sebelum ini tempoh penghantaran dokumen terperinci terbabit telah dilanjutkan bagi membolehkan peniaga itu membetulkan kesilapan tersebut.


“Begitupun, ia masih tidak dapat dipenuhi sehingga 17 November lalu. Kertas siasatan telah dibuka dan akan dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di Taman Pengeluaran Makanan Peradong, Manir di sini hari ini.


Kosmo! 4 November lalu melaporkan sekumpulan individu terkejut apabila mereka terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram (kg) di salah sebuah restoran dekat Langkawi, Kedah baru-baru ini.


Rosol berkata, tindakan terbabit dikenakan ekoran kegagalan peniaga itu menyelenggara dan menyimpan rekod dengan wajar.


Jelasnya, peniaga itu akan didakwa Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau kompaun RM25,000 jika sabit kesalahan. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2021 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 22-11-2021 10:19 AM

...SIAKAP senohong gelama ikan duri....bercakap bohong.........akhirnya...'kena'......jugok...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2021 10:13 AM | Show all posts
ha kat fb kemain menjawap
hujung2 dokumen x boleh bagi yg lengkap

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2021 10:15 AM | Show all posts
so lepasni nk guna istilah harga yehudi ke harga mulayu ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2021 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 22-11-2021 10:15 AM
so lepasni nk guna istilah harga yehudi ke harga mulayu ?

Harga langkawi lagi afdhol...sbb terjadi kt langkawi
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2021 10:20 AM | Show all posts
krustykrab replied at 22-11-2021 10:17 AM
Harga langkawi lagi afdhol...sbb terjadi kt langkawi

harga langkawi x sesuai sbb tefal, pyrex, pinggan mangkuk di sana masih dianggap murah yach di sana compare harga di Sogo mahupun Parkson
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2021 10:28 AM | Show all posts
kan dah terungkai, harga nak mahal boleh tapi kena la dgn standard.. bukan ikan salmon kau nak high maintenance sgt.. pastu kedai tu upgrade la siket buat lain dri yg lain restoren terapung katanya
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2021 10:33 AM | Show all posts
Tecyduk juga akhirnya buat pengguna jangan pernah lupa nak guna kuasa pengguna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2021 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka. Kompaun je rm25k.

Patut park tu tamatkan je kontrak dia niaga situ.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2021 10:42 AM | Show all posts
selayaknya lah...charge harga mahal boleh tp facility tip top, pinggan mangkuk lawa rekod semua ada..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2021 10:44 AM | Show all posts
nampak sangat tak pernah bayar cukai
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2021 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakan kedai seafood camni la
Kerusi meja berdaki, pinggan melamin ada bekas kunyit yg tak hilang, gelas sompik, sink basuh tangan berlumut, lantai tak bermop, atap zink.
Dah charge harga mahal cubala improve dari segi kebersihan dan esthetik.

Kedai siakap ni mmg sah2 la fail bab nak provide documents tgk resit tulis tangan pun dah tau. Mcmana dia track sales and income
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2021 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kantoi lel
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2021 11:02 AM | Show all posts
nononcrux: kan dah terungkai, harga nak mahal boleh tapi kena la dgn standard.. bukan ikan salmon kau nak high maintenance sgt.. pastu kedai tu upgrade la siket  ...

ya lor kedai buruk macam kedai kt kg je tapi kemain nak caj mahal. iols pun heran gak org selera nak makan kat kedai buruk gitu. dah le panas
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2021 11:07 AM | Show all posts
Dokumen perniagaan tu kira takde rekod utk transaction record, cash flow, penyata bank la kan? Lagi worst kalau ada tulis service tax tapi duit tu masuk poket. Memang masak laa....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 22-11-2021 10:01 AM
...SIAKAP senohong gelama ikan duri....bercakap bohong.........akhirnya...'kena'......jugok...

Bahaya noh siakap-siakap ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2021 11:39 AM | Show all posts
Sekejapan udah cash
Walaupun udah bertahun lamanya jua sheols berniaga
Rupa-rupanya dokumen tak lengkap

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2021 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Cash.

Korang porumer, sokong lagik acik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2021 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Sumpahang ikang.

-Asdan-
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2021 12:29 PM | Show all posts
Itulah pentingnya bila berniaga bukak SSM dan simpan semua resit serta declare cukai tiap2 tahun simpan segala resit expenses bagai..

Kalu tak buat semua tu, jemput merempan dalam group FB "LHDN CAri Siapa Hari Ini"
ekekekeke...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.097400 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list