CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1241|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mekanik maut dihempap kereta

[Copy link]
Post time 21-11-2021 02:44 PM | Show all posts |Read mode
Mekanik maut dihempap kereta

Oleh Zuhainy Zulkiffli - November 21, 2021 @ 10:14ambhnews@bh.com.my




Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang dihempap kereta dalam kejadian di bengkel di Kampung Bukit, Bayan Lepas, malam tadi.-Foto ihsan JBPM




BAYAN LEPAS: Mekanik meninggal dunia selepas dihempap kereta dalam kejadian di sebuah bengkel di Jalan Bayan Lepas, Kampung Bukit, di sini, malam tadi.



Mangsa, 31, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.54 malam.



Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru yang diketuai Hemrizal Che Morad ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.



"Ketika tiba di lokasi, didapati mangsa dipercayai dihempap kereta yang terjatuh ketika sedang melakukan kerja pembaikan.



"Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa," katanya di sini, hari ini.



Jurucakap berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sebelum kes diserah kepada polis bagi tindakan lanjut.



"Mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan operasi tamat pada jam 1.05 pagi," katanya.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.196042 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list