CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 1162|Reply: 9

Busung Katak, Santau Yang Membunuh

[Copy link]
Post time 21-11-2021 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Busung Katak, Santau Yang Membunuh



Santau atau sihir amat sinonim dalam kalangan masyarakat Melayu. Ianya sering digunakan untuk memberi ‘sesuatu’ yang mereka ingin kepada sang penerima.

Santau juga ada pelbagai jenis bentuk antaranya santau angin dan busung katak. Tidak ramai orang mengetahui tentang kewujudan santau busung katak ini.

Santau ini merupakan antara yang paling bahaya dan ianya sering digunakan untuk menganiaya orang lain.

Apa Itu Busung Katak?
Santau ini kebiasaannya permainan orang asli. Katak hidup yang ditangkap akan dimatikan dengan cara tertentu.

Sebaik sahaja katak itu sudah mati, ia akan dibacakan sesuatu serta menyeru nama orang yang hendak disantau.

Katak itu akan ditiup pada mulutnya menggunakan sebatang buluh kecil sehingga kembung perutnya.

Pekara sama akan menimpa sang penerima apabila perutnya turut akan mengembung seperti katak tersebut.

Membawa Maut
Santau ini merupakan santau yang paling bahaya kerana ianya mampu membawa maut kepada siapa yang terkena.

Orang yang kena santau ini akan mengalami tanda gangguan iaitu apabila menjelang asar hingga ke malam, perut yang disantau itu tiba-tiba buncit serta mengeras dan turut berasa benda bergerak dan mencucuk-cucuk.

Nafas juga akan tersekat-sekat seperti sukar bernafas. Kadang-kadang perut orang di santau itu akan pulih seperti biasa tapi akan kembali busungnya seolah-olah seperti sebuah permainan!

Pesakit akan mengalami mimpi kubur, tempat kotor, mimpi ular hitam atau binatang berbisa. Mimpi tersebut merupakan tanda bahawa mereka sedang disantau.

Ada juga antara mereka mimpi tentang makhluk hodoh dan sering nampak kelibat atau lintasan lembaga hitam.

Malah, ada sesetengah daripada pesakit itu akan lemah semangat. Mereka juga akan meracau seperti kerasukan, lagi-lagi menjelang waktu maghrib.

Sakit yang mereka alami itu tidak terkata kerana urat di sekitar perut akan kejang dan perut mereka turut mengeras seperti batu. Sakit itu akan beransur surut lepas waktu isyak.

Pesakit juga akan berasa sakit semula pada waktu tengah malam sama seperti tadi. Adakalanya mereka turut terdengar suara sayu-sayu memanggil nama mereka.

Santau busung katak ini mestilah dirawat dengan segera kerana jika tidak dirawat, ianya boleh membawa maut.

Sudah tentu lah hanya perubatan Islam seperti ruqyah mampu merawat mereka yang terkena santau ini.

Apa-apa pun, berbuat baiklah dengan semua orang. Kalau dah kena santau ini memang menangis tak berlagu lah nak menahan sakitnya tu, seram betul!

Sumber:https://penunggu.com/asal-usul/busung-katak-santau-yang-membunuh/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2021 04:54 PM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 21-11-2021 04:56 PM

.
Oops, salah tred. Minta maaf.
.


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
ciklah pernah kena, santau siam berdarah, santau miang tebu, santau lalang..
kawan ciklah kena, santau besi ..
kenalan ciklah kena santau besi keluli..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 01:29 PM | Show all posts
ciklahcuteII replied at 29-11-2021 06:54 AM
ciklah pernah kena, santau siam berdarah, santau miang tebu, santau lalang..
kawan ciklah kena, san ...

kesiannya..

sekarang dah ok?

tau sapa penghantar santau?


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Paiya replied at 29-11-2021 01:29 PM
kesiannya..

sekarang dah ok?

tau.. imam selempang kuning.. sebelah rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
nenek kaka orang lama dan "berilmu" masa meninggal pun umur dia cecah 110 kot. Gigi masih penuh dan rambut hitam berkilat takde uban. Dia meme byk amal petua. Masa kaka umur remaja dia rajin share mcm2 cerita amalan org dulu2. Antara yg kaka igt cane  nak buat busung katak. Dan cane nak guna katak kalau nak halang org dr kawen. Guna petua jek. Selagi kita tak lepas katak tu, katanya 100x lafaz pun mmg taksah akad nikah nye. Dulu laa. Kaka tak amek port sgt. So ilmu pun hilang ditelan masa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:55 AM | Show all posts
mane lg cite lain..xsmpai 1 page nie tajuk best
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 05:08 PM | Show all posts
sebut pasal santau ni kan, teringat la dulu masa aku masuk matriks kat belah utara nun. matriks masa tu setahun je, tapi pihak matriks akan mintak senior2 thn sebelum tu utk jadi fasi kami la. ada sorg akak fasi ni pesan kat kami kalau nampak rambut dlm bilik mandi tu tolonglah buang dalam  lubang air tu, takpun bungkus ngan tisu buang dlm tong sampah.  time ni matriks masih lg bumiputera jadi mmg majoriti melayu pastu adalah sorg dua anak orang asli. akak tu kata penah ada kes, makcik cleaner, masa tu cleaner ramai dr seberang die gi kutip rambut-rambut tu buat test ilmu santau die.  mmg ada yg menjadi sbb ada satu blok tu ramai yg jatuh sakit, mula-mula sakit-sakit biasa tp lama-lama jadi macam kene rasuk plak.  tp aku tak sure la betul ke tak citer akak tu sbb lecturers pun tak penah citer pastu matriks tu mmg takde senior sbb sethn je kan. ataupun akak tu saja nak suruh kitorg jaga kebersihan ke wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 09:15 PM | Show all posts
ciklahcuteII replied at 1-12-2021 12:43 AM
tau.. imam selempang kuning.. sebelah rumah..

jahatnya imam tu


Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 10:32 AM | Show all posts
pernah terkena..secara rawak..seksa betul. selepas minum air bacaan dr seorang kiai, keluar minyak hitam dr dubur...kesan sampingan masih2 ada even dah dekat 10 tahun berlalu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2022 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.078520 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list