CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1400|Reply: 3

[Sarawak] Cinta kek lapis Sarawak

[Copy link]
Post time 21-11-2021 12:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 20-11-2021 04:13 PM



BAGI pelajar yang bakal bergraduasi ini, Nur Fatin Nik Hassan, 22, jatuh hati pada juadah ikonik Sarawak — kek lapis sejak kali pertama menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang.

Hampir dua tahun dia tinggal di negeri ini.

Anak kelahiran Pahang Darul Makmur yang melanjutkan pengajian di Unimas ini, bukan sahaja meminati juadah seperti kek lapis Sarawak tetapi juga pelbagai jenis roti selain minat memasak dan menjahit.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanakan, banyak masa terluang.

Selain meneruskan sesi pembelajaran dalam talian, saya juga ingin melakukan sesuatu yang boleh dibawa balik ke negeri asal saya.

“Oleh yang demikian, saya memulakan hobi baharu dengan belajar beberapa resipi kek lapis Sarawak.

Ini kerana ia merupakan juadah yang menjadi lambang negeri ini… kepelbagaian warna dan coraknya telah menambat hati saya,” katanya kepada Suara Sarawak.

Menurutnya, antara kek lapis pertama yang dipelajarinya ialah Kek Lapis Horlick dan masih lagi banyak yang perlu dipelajari seperti Kek Lapis India seterusnya yang paling unik iaitu Kek Hati Pari.

“Hobi ini memberi saya ketenangan, peluang untuk mempelajari resipi baharu dan paling penting saya tidak perlu ke kedai atau ke luar untuk membeli kek lapis kerana saya yakin boleh menghasilkannya sendiri,” tambahnya.

Jelasnya lagi, hobi baharu itu memberikan kepuasan kepadanya kerana kek dapat dihasilkan mengikut cita rasa tersendiri.

Katanya, “Paling penting aktiviti ini boleh mengurangkan tekanan.”

“Saya masih ingat lagi pengalaman kali pertama merasai kek lapis apabila datang ke Sarawak.

Sejak itu, ia menarik minat saya untuk mencuba juadah ini.

“Sebelum ini, saya hanya melihat juadah ini di media sosial dan televisyen tetapi tidak berkesempatan untuk mencubanya.


“Tidak pernah terlintas di fikiran saya sendiri boleh membuat kek lapis sehinggalah berjumpa dengan guru pembuat kek lapis di Sarawak,” katanya.

Fatin turut bercerita tentang pengalaman menarik apabila ada orang ingin membeli kek lapisnya, malah berpeluang untuk melihat sendiri secara fizikal gurunya membuat kek lapis.

“Saya mula menjual kek lapis di rumah iaitu di Kuantan, Pahang dengan harga RM15 hingga RM50 mengikut jenis kek dan saiz yang pelanggan mahu,” dedahnya.

Menurutnya lagi, kepuasan pelanggan akan memberi kesan baik kepadanya. Kesannya, ia mendorongnya untuk menghasilkan kek lapis yang mampu menarik minat sesiapa yang ingin mencuba kek lapis Sarawak.

Bagaimanapun Fatin menjelaskan, untuk menghasilkan kek lapis, banyak kekangan atau cabaran perlu dhadapi dan dia akur bahawa kesabaran tinggi perlu disemat di dalam diri.

“Kita perlu tanam sifat sabar yang tinggi untuk menghasilkan kek lapis ini.


Ada kalanya kek lapis tidak menjadi, masa yang diambil untuk membakar lebih dari sepatutnya.

“Rasa tidak menepati cita rasa sendiri dan mendapat pandangan yang sama daripada orang lain juga antara cabaran yang dihadapi semasa menghasilkan kek lapis,” ujar Fatin mengenai pengalaman pahit ketika membuat kek lapis.

Pelajar jurusan Kognitif Sains ini berkata, bahan pembuatan kek lapis ini agak sukar diperoleh lebih-lebih lagi di tempat dia sendiri.

Fatin terpaksa membeli barangan secara dalam talian atau memborong dari Sarawak untuk dibawa balik.

Loyang pelbagai saiz, bahan-bahan kek lapis seperti perasa dan pewarna, gula apong dan gula hitam antara barangan yang dibekalkan dari Sarawak dan mendapatkannya dengan harga yang lebih murah.

Namun perkara itu tidak mematah semangatnya untuk terus mencuba dan berusaha menghasilkan kek lapis kerana tidak ingin menghampakan permintaan pelanggan dan diri sendiri.


Di samping itu, memastikan segala perkakasan dan peralatan membakar kek dalam keadaan bersih sebelum, semasa dan selepas menggunakannya.

“Saya sentiasa memastikan mesin pengadun, ketuhar, penimbang elektronik dan peralatan membakar yang lain dalam keadaan bersih dan barangan yang dipakai, disimpan rapi dan dicuci dengan bersih,” tegasnya. Selain itu, Fatin juga berpeluang untuk mengikuti pertandingan pembuatan video dengan menghasilkan video pembuatan kek lapis anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan memperoleh tempat ketiga.

Baginya, ia merupakan pencapaian peribadi terbaik dan untuk sasaran yang seterusnya, Fatin ingin fokus kepada kariernya demi masa depan yang lebihi cerah.

“Sentiasa berani untuk mencuba dan jangan mengalah sekiranya gagal untuk mendapatkan hasil yang sepatutnya.

“Saya juga mencadangkan hobi ini kerana hasilnya yang memberi kepuasan sekiranya dapat dinikmati bersama dengan keluarga dan rakan-rakan,” kata Fatin.

Beliau berharap agar aktiviti pembuatan kek lapis ini dapat diteruskan dan belajar lebih banyak lagi resipi unik untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.





suarasarawak.my/2021/11
by EZZATY EXANULLAH
November 20, 2021


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2021 01:24 AM | Show all posts
cara mkn kek lapis yg btol...

potong  nipis yg paling nipis...pastu letak atas lidah biaq cair...isap2 gitu...x payah kunyah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2021 07:40 PM | Show all posts
musangbodoh replied at 20-11-2021 05:24 PM
cara mkn kek lapis yg btol...

potong  nipis yg paling nipis...pastu letak atas lidah biaq cair...is ...

haha aderke

sy tak berapa suka makan kek lapis sebab terlalu manis
tapi kalo makan kek saya suka dengan air teh o panas


Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 02:01 AM | Show all posts
Vellfire replied at 22-11-2021 07:40 PM
haha aderke

sy tak berapa suka makan kek lapis sebab terlalu manis

yela vell

kwn kita bini dia org sarawak...slalu gk dpt mkn dan mmg dia ptg kuih tu nipis2...cam tu cara mkn kek tu....

err btw kek secret recipe durian best..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.064419 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list